CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1397|Reply: 0

APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN UNTUK MENGATASI KULIT KUSAM?

[Copy link]
Post time 19-8-2019 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Kulit kusam boleh menjejaskan penampilan seseorang sehingga mengganggu tahap keyakinan diri. Terasa diri serba kekurangan dan malu berada dalam kelompok yang ramai. Memang rasa down sangat!
.
JADI, APAKAH YANG HARUS DILAKUKAN UNTUK MENGATASI KULIT KUSAM?
.
1. RUTIN MEMBERSIHKAN WAJAH
Untuk mengatasi kulit wajah kusam, hal pertama yang harus dilakukan adalah rutin membersihkan wajah. anda disarankan untuk membersihkan wajah sebanyak dua kali dalam sehari, iaitu pada pagi dan malam. mencuci muka sebelum tidur dapat membersihkan muka dari segala kekotoran dan memberi ruang pada kulit untuk bernafas
.
2. GUNAKAN PELEMBAP
Amalkan menyapu pelembap kulit setiap hari. Pastikan anda menggunakan pelembap yang sesuai dengan jenis kulit atau berjumpa dengan pakar kulit terlebih dahulu sebelum memilih pelembab yang sesuai
.
3. AMBIL MAKANAN MENGANDUNGI BETA KAROTEN
Buah-buahan dan sayur-sayuran misalnya mengandungi Beta karoten iaitu sejenis mineral antioksidan yang mempercepatkan proses kelembapan kulit. Apa lagi, jom makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Dalam masa sama, ia membuang toksin dalam badan dan mengembalikan seri kulit kusam.
.
4. MINUM AIR 8 GELAS SEHARI
Kurang air dalam badan menyebabkan kulit jadi kering dan nampak tidak bermaya menjadikan anda tampil tua daripada usia. Latih diri minum air 8 gelas sehari untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.
.
5. JOM BERSENAM
Apabila bersenam, peluh yang keluar membawa sekali toksin dalam badan. Bukan sahaja menukar kulit kusam kepada lebih segar malah tubuh badan kembali bertenaga. Tahap konfiden anda juga pasti meningkat.
.
6. DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
tidur yang cukup penting untuk menjana dan menghasilkan semula pertumbuhan sel-sel dan kolagen. Apabila anda tidak mendapatkan tidur yang cukup, sel-sel kulit anda tidak akan dapat menjana semula dengan cepat dan cekap seperti biasa, sebaliknya kulit menjadi kasar, kusam, kering, lingkaran hitam sekitar mata dan juga memberi kesan kepada perubahan pengeluaran minyak dan pengelupasan sel kulit.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044117 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list