CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3869|Reply: 38

Kemerdekaan & Kita

[Copy link]
Post time 20-8-2019 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Jom cerita2 pasal kemerdekaan.
Jot down cerita2 tentang merdeka yg korang mgkn dengar dari nenek n moyang.
Best kalau dpt compile cerita2 dr orang dulu2.

Arwah ayah saya sempat merasa hal2 berkaitan komunis. Masa menteri pertahanan sekarang berbangga mahu menaikkan sejarah komunis, mengalir air mata sy cerita ttg kekejaman komunis.

Ayah ckp, dia n org kampung kena menyorok kt kubu bawah tanah. Depa panggil bunker ke apa tah.

Kalau ayah tengok filem Bukit Kepong, mesti dia termenung n kemudian bercerita pengalaman dia ms kecik.

Korang ade cerita merdeka?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2019 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
arwah wan saya , time jepun kena menyorok bawah tanah jugak. waktu tu saya kecik. terfikir gak, tak lemas ke sebab ingat bawah tanah tu macam kubur. tapi scary la. sebab tu bila masuk form 4&5 tak suka belajar sejarah. sebabkan kisah kekejaman jepun, saya taknak sambung belajar kat jepun lol.

pastu mak pulak cerita masa 13 mei, time tu dia duduk kat kl. memang scary bukan pada melayu je pada cina jugak. jiran dia cina, keluarga mak tolong coverkan untuk diorang dan bagi makan . kira tolong sesama. sebab cina jiran tu tak salah pon. huhu

fil pulak cerita zaman cina sampai tanah melayu berak merata2 kat atas daun. sama macam prc sekarang. lepas tu daun tu terbang ditiup angin masuk dalam rumah melayu. melayu baik sangat masa tu kutip bersih kan. lepas tu slow2 ajar orang2 cina adab dan layan diorang baik.

sebab tu lah. saya rasa nak bersatu ni kita kena ada 1 persamaan. agama kita dah x sama, bahasa apetah lagi, budaya? memang x. pengalaman bersama yang boleh kita baik dengan seseorang. sebab tu sokong satu sekolah supaya wujud pengalaman atau masa bersama2 dari budak kecik lagi.

budak2 satu yang bagus, dia ni jenis tak tau ape suci je. melainkan dah dihasut. jadi kalau dah dari kecik kawan sama2. main sama2. kita boleh pupuk bonding yang kuat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 09:20 AM | Show all posts
Arwah nenek saya selalu jugak cerita pasal tentera jepun masuk kampung dan orang-orang kampung lari masuk hutan, tak boleh dibayangkan waktu tu, dalam hutan tebal dengan binatang buas lagi, dia orang terpaksa bermalam dalam hutan.  Nenek saya pulak waktu tu masih muda belia, takut sangat sampai tak hirau dengan binatang buas.  Sedih sangat kisah dia.  Sebab tu arwah nenek dan atok sangat menghargai hari merdeka.  Dia orang sangat patriotik.  Bukan macam sekarang, bendera pun pasang terbalik, apa tujuan dan motif dia orang ni tak tahulah....  Semoga Malaysia terus aman makmur dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 10:59 AM | Show all posts
nenek saya kalo ikut ic umur dh 110 tahun..
tapi tak nah cerita apa2..
ohh nenek
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 02:34 PM | Show all posts
Nenek saya cerita dulu ada org kampung Jepun masukkan air sampai boncit perut dia,  lepas tu kena pijak ke apa ntah perut tu. Tapi x mati pun org tu.. haha

Walaupun Jepun jahat, tapi sy nk ucapkan terima kasih juga kat diorg sbb tanamkan sifat berani kat org2 Tanah Melayu untuk bangkit melawan British. Kalau x, sebelum tu org2 melayu ingat British x mungkin boleh dikalahkan. Cuma yang kecewanya sebab kita baik sangat sampai serahkan sebuah negara kat Selatan tu kat pendatang. Kalau x, cuba bayangkan betapa kayanya Tanah Melayu atas faktor strategik negara tu sebagai sebuah pelabuhan..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah Makwe akak dulu time zaman Jepun tgh anak dara.. Bila dengar je Jepun datang, anak2 dara ni disorok dalam bakul atau almari kayu di dapur. Kalau tak memang selamat jadi makanan diaorg.. Zaman tu susah nak dapat beras. Nasi bukan makanan harian tapi ubi kayu gantinya. Tapi Makwe akak cakap ubi kayu dimasak pelbagai cara so sedap la rasanya. Sampai sebelum Makwe sakit dan x kuat lagi, Makwe masih selalu pelbagaikan ubi kayu yg Atuk tanam di belakang rumah.. Rebus bodoh dgn garam di cicah dgn kelapa bergula je oun kami rasa sedap dan makan mcm piranha sampai la ni..

Makwe cakap, pak saudara dia sorang kena pancung dek Jepun.. ...
Dituduh sebagai tali barut sebab ada informer nampak pak saudara dia bercakap dengan sorang cina ni.. Memang diaorg bercakap pun sebab tu kawan dia dari kecil lagi. Cuma dah lama x tanya khabar sebab kawan cina tu pergi menyorok sebab takutkan askar Jepun. Sekali balik kampung, jumpa kawan lama tanya khabar je.. Memang kejam askar Jepun zaman tu.
Arwah Atuk akak pula cerita. Atuk akak ni anak org kaya dulu. Dia sekolah omputih di Melaka time tu. Tak ingat sekolah mana pulak.. Zaman tu biasa anak lelaki je yg dpt ke sekolah sampai habis. Tapi bila Jepun masuk, sekolah omputih ditutup. Diganti dgn Nippon. Setiap pagi kena nyanyi lagu kebangsaan Jepun . Sampai tua dia masih hafal. Makwe akak pun hafal sebab selalu dengar adik-beradik lelaki dia nyanyi di rumah.
Lepas org putih dapat balik, Atok akak kerja dgn omputih. Kerja pejabat. Then dapat kerja di Dunlop pula. Tapi Atok akak punya English.... Dasyat! Memang fluent dan lenggok Brits terus! Selalu dia pakai kemeja putih dan seluar panjang putih dengan topi pun putih. Setiap petang pergi main squasy. Pakai reket yg berframe kayu tu.. Segak je akak tengok Atuk tu. X pernah x segak walau pergi main squasy sekalipun. Dah kalau pergi solat jumaat tu mcmkan org nak gi nikah siap bersqmpin dan songkok disengetkan sikit sampai la hari terakhir dia mampu bangun..
Atuk akak ni rupanya dia salah seorang yg berada di belakang tabir masa nak dapatkan kemerdekaan dari British dulu. Ramai politician otai yg kenal dia disebabkan itu. Tapi sampai kat cucu2, dah enjoy masing2... Walau akak memang org2 pure UmNo sebab kami tengok gambar2 yg Atuk simpan & cerita2 Atuk sendiri serta cerita2 dari org2 kampung ttg jasa Atuk zaman dulu, akak rasa skrg ni pemimpin2 Umno dah sangat jauh menyimpangnya. Takut memikirkan kemerdekaan kita jika kita tidak bersatu dalam menjaga kemakmuran negara..
Kemerdekaan dicapai bukan dengan cara yg mudah. Dan juga bukan murah harganya.. Rakyat berkorban jiwa dan harta demi sebuah kemerdekaan. Tapi sekarang semua makin hambar. Kemerdekaan pun x berapa dihargai selagi mereka tak rasa harta dan kedudukan tergugat.
Akak x pandai berkata2. Tapi akak harap kita tanam dan kekalkan kemerdekaan yg ditinggalkan oleh nenek moyang kita ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah tok pernah citer yg masa jepun masuk.. Cikgu sekolah dia yg cina kena bunuh.. Dipaksa belajar lagu kebangsaan jepun. Cuma depa bernasib baik tak pernah makan ubi kayu sbb arwah moyang kerja istana.

Selain tu arwah tok pernah citer moyang lelaki pernah kena paksa minum air sabun dan hampir dipijak2 perut. Yg pasti arwah kata jepun sgt kejam.. Sampai tua arwah x suka jepun.

Kalau zaman komunis pulak, apa yg berlaku kat bukit kepong arwah tokwan ckp dia tak boleh terima. Byk anggota keselamatan negara yg dibunuh dan mayat depa diseksa. Citer tok sy mengasuh,  arwah suami dia dulu tok guru agama tentera, salah seorg yg terlibat dalam penubuhan KAGAT, pernah satu kes arwah suami dia nak mandikan jenazah anggota yg terkorban kena serang hendap, tgk ada benda pelik rupanya ada bom yg komunis boh dlm perut jenazah. Kalau tak perasan mmg arwah dah masa tu.

Org tua2 dulu sgt sayangkan negara kita ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Selepas 62 tahun Kita merdeka ini baru pertama kalinya Kita dapat rasakan Kemerdekaan sebenar sebagai Bangsa Malaysia yang berbilang kaum.

No more Melayu, Cina, India,...we are all Malaysian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2019 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq guys for the cerita. Will come back to u tonight.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2019 04:52 PM | Show all posts
atuk aku mensebayakan 3 orang anak lelaki dia. masa tu anak lelaki umur (berapa tahun aku tak ingat) kena daftar kat Nippon Camp di Melaka. katanya untuk belajar bahasa dan budaya Nippon supaya nanti senang keje dengan Nippon. siapa mahu pircaya kan? so 3 orang anak lelaki dia terus disebayakan. kembar 3.

mungkin takut Komunis pulak yang amik alih Tanah Melayu dan guna cara yang sama so  walaupun Nippon dah surrender, masih lagi kekal disebayakan

Jadi 3 beradik tu belajar satu kelas. 2 orang masuk sekolah perguruan yang sama, 2 orang share satu pelamin - pengantin 4. walaupun hakikat bukan kembar, tapi memang nampak macam kembar.

disebalik kisah pedih zaman Nippon, amat sedikit pengalaman yang manis.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2019 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 21-8-2019 10:59 AM
nenek saya kalo ikut ic umur dh 110 tahun..
tapi tak nah cerita apa2..
ohh nenek

X tanye. Gi tanye
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 05:08 PM | Show all posts
Edited by system_failure at 22-8-2019 05:15 PM

Aku tak pasti boleh ke tak aku post dlm thread ni...

Mak nora.. kalo tak sesuai sila delete dan potong -100


Pd pendapat aku, kita secara teknikalnya telah merdeka pd 15 august 1945.

Sebabnya itu adalah tarikh jepun menyerah kalah.
Dan british arrive semula ke malaya pd 3 sept 1945.
Maka ada tempoh lompong kat situ... selama 19 hari beb...
Masa ni la kominis try nak merampas malaya.


So aku try buat anologi camgini..

-Ade sekor hanjing ni (british) curik ayam kfc kepunyaan mak nora.
-pastu datang pula hanjing kedua (jepun) dan merampas kfc nora itew..
-selepas bosan dgn kfc mak nora sebab tak sedap, hanjing kedua pun melepaskannya..

so persoalannya ialah..
ATAS DASAR TAKRIFAN APAKAH yg mengatakan bahwasannya selepas hanjing kedua itu melepaskan mak nora, terus ianya menjadi milik hanjing yg pertama tadi?!


secara teknikalnya ayam kfc tuh dah jadik "merdeka" dan sapa cepat dia la yg dapat... betul tak?

dlm kes ni, muncul pulak babi hutan (komunis) yg try nak ambik ayam tuh... tapi belum sempat nak menjilat, hanjing pertama datang semula dan rampas ayam tu...
maka telan air liur je la dia terlihatkan kekasihnya dibawa pergi oleh perampas itew...


maka,
mengikut bahasa loyar.... atau secara harfiahnya :
"Malaya pernah merdeka pada 15 august 1945 dari jepun, tetapi dijajah kembali oleh British pada 3 sept 1945".


betul tak?

sapa kata salah aku sepak bontot ko....




sorry ye mek..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2019 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 22-8-2019 05:08 PM
Aku tak pasti boleh ke tak aku post dlm thread ni...

Mak nora.. kalo tak sesuai sila delete dan p ...

Aku tak terfikir pulak ni.. Ada betul. Maaf masa babi hutan cuba merampas.. Teruk juga penduduk asal berjuang pertahankan kfc tu.. Tapi tu la anjing 1st pulak dpt nama kononnya depa selamatkan kfc dari babi hutan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2019 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
system_failure replied at 22-8-2019 05:08 PM
Aku tak pasti boleh ke tak aku post dlm thread ni...

Mak nora.. kalo tak sesuai sila delete dan p ...

Rase mcm Ade thread psl 19 hari free penjajah tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 08:02 AM | Show all posts
sarah82 replied at 22-8-2019 10:28 AM
Aku tak terfikir pulak ni.. Ada betul. Maaf masa babi hutan cuba merampas.. Teruk juga penduduk as ...

Takde la teruk mana. Komunis bapok bangsa ayam ada kelebihan senjata british pun tetap lembik pengecut . Hanya mampu kuasai beberapa kawasan cina saja kecuali kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 23-8-2019 08:02 AM
Takde la teruk mana. Komunis bapok bangsa ayam ada kelebihan senjata british pun tetap lembik peng ...

Ya.. Tapi byk juga melayu kena bunuh.. Tu yg buat kelukaan di hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2019 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-8-2019 01:07 AM
Ya.. Tapi byk juga melayu kena bunuh.. Tu yg buat kelukaan di hati.

Cina pun banyak kena bunuh. Di tangan melayu dan di tangan cina
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 23-8-2019 10:10 AM
Cina pun banyak kena bunuh. Di tangan melayu dan di tangan cina

Cina yg dibunuh Bintang 3 adalah yg Pro kuomintang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 10:52 AM | Show all posts
iols pernh dgr cerita pakwe ja. Sama la mcm forumer lain cerita. Pakwe benci sgt2 dgn jepun.
Kalau boleh jgn nmpak la cerita jepun tu. Habis di makinya.

Org lama2 ni semangat patriotik dia sgt2 la tinggi. Bagi iols nk bg bersatu balik semua kaum sepatutnya sekolah wawasan patut di teruskan. Sebab nk melentur beluh biar dari rebungnya. Bdk2 ni kalua dah berkawan dari kecil ok saja berlainan kaum. Cuma dah besar pyh dah nk terapkan nilai2 hormat kepada kaum lain. Maka wujud la racist ni.

Apa2 pun selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-62.

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2019 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 23-8-2019 02:14 AM
Cina yg dibunuh Bintang 3 adalah yg Pro kuomintang.

Tak payah sokong kuomintang bagai. Cina yang tak mau sokong komunis ramai dibunuh sesuka hati. Sekarang cina bodoh lagi mau sanjung
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 1.600927 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list