Kedut pada bahagian leher kemeja T anda mungkin tidak dapat dielakkan terutama apabila kemeja tersebut diperbuat dari kain jenis kapas.
Kredit Foto - Says
Jujurnya, sudah berapa kali anda terpaksa memakai kemeja T kegemaran hanya di rumah atau dijadikan alas kaki sahaja kerana keadaan leher baju tersebut sudah terlalu teruk berkedut seperti ropol?
Berikut mungkin cara untuk menyelamatkan bahagian leher kemeja T kegemaran anda seperti yang ditunjukkan pakar dobi dari Jepun ini.
Menurut laporan portal Taiwan, TEEPR seperti dipetik SAYS, seorang pakar dobi Nexcy telah berkongsi tip bagaimana mengekalkan keadaan kolar kemeja T seperti baru.
Menurut beliau, bahagian leher kemeja T menjadi kedut atau rosak bukan kerana pemakaian berulang kali, tetapi ianya berlaku ketika dijemur untuk dikeringkan.
Jadi, untuk memperbaiki kolar kemeja T, anda perlu menyediakan:
1. 1 mangkuk kiub ais dan air sejuk
2. Seterika
3. Meja yang mempunyai permukaan rata untuk meletakkan kemeja T kesayangan anda.
Berikut adalah empat langkah untuk menyelamatkan kemeja T anda:
1. Lipat bahagian leher kemeja T anda secara bertindan (waves) dan rendam bahagian tersebut dalam kiub ais + air sejuk.
2. Perah lebihan air dan pastikan lipatan bahagian leher (waves) tersebut masih kekal.
Kemudian, hamparkan kemeja T di atas permukaan rata dan gosok bahagian tersebut menggunakan tangan terlebih dahulu.
3. Seterika bahagian leher menghala ke arah atas.( rujuk gambar).
PENTING: Jangan seterika sampai bahagian leher kering. Memadai bahagian tersebut diseterika sehingga menjadi lembap sahaja.
4. Hamparkan baju yang telah digosok di bahagian leher tadi di atas meja permukaan rata untuk dikeringkan.
Selepas kering, leher kemeja T anda akan kelihatan seperti asal seperti semasa anda membelinya!
Mudah bukan? Jika anda berjaya, banyak juga kemeja T lama yang bakal diselamatkan. Semoga bermanfaat. - CARI
|