Kehangatan Minggu Fesyen Kuala Lumpur ataupun nama glamournya KL Fashion Week 2019 masih terasa apabila rakan artis serta peminat fesyen galak memuat naik gambar 'outfit of the day' ataupun ootd sempena majlis tersebut di media sosial.
Ada yang mengikut tema, ada yang jauh menyimpang dengan kesesuaian majlis. Namun yang menarik perhatian adalah fesyen seorang artis meningkat naik, Mimi Lana yang ternyata menjadi buah mulut netizen kerana bentuk fizikalnya.
Menarik perhatian sekali apabila Mimi menggayakan satu persalinan berwarna merah berjenama antarabangsa serta boot hitam paras lutut yang sungguh menawan.
Namun lain pula yang menarik perhatian netizen, apabila kaki Mimi Lana yang dikatakan kelihatan sangat kurus seperti 'tiang lampu'. Amboi, netizen pun dah pandai body shaming nampaknya.
Tu kaki ke tiang lampu?
Namun begitu, Mimi Lana tidak memberi apa-apa reaksi terhadap komen netizen yang membanjiri laman instagram beliau.
Netizen pun berpada - padalah dalam memberi komen. Bentuk fizikal dan tubuh badan orang janganlah di buat gurau senda walaupun kurus atau gemuk. Dah 2019 dah wahai netizen, sudah-sudahlah dengan sikap 'body shaming' ni. Insaf-insaf lah ya! - CARI
|