CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2296|Reply: 11

Siapakah Pemenang Peraduan Cipta Logo CARI? Nantikan 1 November Ini!

[Copy link]
Post time 26-8-2019 10:24 AM | Show all posts |Read mode
Wow! CARI Sudah Berusia 23 Tahun!


Bersempena ulang tahun ke-23 CARI.com.my pada tahun ini, kami mengajak anda serlahkan kreativiti untuk menghasilkan logo CARI yang baharu! Mana tahu rekaan logo anda akan menang dan dijadikan logo rasmi CARI yang baharu!


Menerusi peraduan ini, pemenang utama akan memenangi wang tunai RM1,000! Manakala, pemenang untuk Logo Paling Popular yang diundi sepenuhnya oleh user CARI bakal mendapat wang tunai RM300.


Kemaskini:

1. Undian untuk Logo Paling Popular akan bermula dari 21 Oktober - 29 Oktober 2019. (akan diadakan di Forum CARI dan Facebook CARI Internet-BM)

2. Pemenang utama dan Logo Paling Popular akan diumumkan pada 1 November 2019.







Bagaimana untuk sertai?


- Peraduan berlangsung dari 26 Ogos hingga 30 September 2019
- Logo CARI haruslah memiliki imej korporat dan serius
- Logo wajib ada perkataan 'CARI'
- Logo baharu haruslah tidak berbeza sepenuhnya dengan logo semasa untuk elak kekeliruan user CARI


Spesifikasi logo


- Logo haruslah dihantar dalam format PNG
- Dimensi yang diperlukan adalah 800px tinggi ATAU 800px lebar
- Fail yang dihantar haruslah boleh diakses menggunakan Adobe Illustrator


Terma dan syarat


- Tarikh akhir penghantaran penyertaan adalah pada 30 September 2019
- Hantarkan penyertaan ke alamat emel [email protected] bersama maklumat peribadi anda
- Dengan menghantar penyertaan tersebut, peserta setuju untuk memberikan hak eksklusif dan hakcikpta kepada CARI untuk apa jua kegunaan
- Pemenang boleh menyimpan logo untuk kegunaan portfolio anda

- Isikan butiran peribadi seperti berikut:
  -Nama seperti dalam MyKad/ Passport
  -Nombor MyKad/ Passport
  -Nombor telefon


- Nama pemenang akan diumumkan pada 1 November 2019
- Hadiah wang tunai akan dikreditkan 15 hari selepas pemenang diumumkan
- Pihak CARI berhak memanjangkan tempoh peraduan tanpa sebarang notis terlebih dahulu kepada mana-mana pihak
- Pihak CARI berhak mengubahsuai mekanisme peraduan, menarik balik atau menghentikan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu
- Pihak CARI sendiri yang akan memilih pemenang utama secara mutlak


Hadiah dan pemenang


- Satu pemenang utama akan dipilih secara mutlak oleh pihak CARI dan akan memenangi wang tunai RM1,000
- Manakala, satu pemenang Logo Paling Popular akan dipilih menerusi undian oleh user CARI dan akan memenangi wang tunai RM300
- Hanya pemenang utama yang akan digunakan sebagai logo CARI yang baharu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2019 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat logo guna power point je saya reti
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lukis kat kertas pastu pos boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2019 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaaaaaa..chuols taktau ke iols bertapa berbulan2 taw nak siapkan satu grafik berkualiti..sekarang tasty nak join contest lak uhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau Designer macam saya ni sehari kena buat 5 logo pun takde hal. Harap boleh menang seribu nak guna utk Bayar yuran pengajian
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 10:19 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 26-8-2019 11:29 AM
Lukis kat kertas pastu pos boleh tak?

hadiah nya menyedihkan sis.. takpayah lah susah2 pos
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2019 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuh..tua dah cari ni. Iols baru umur 8 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2019 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok x sbr {:laugh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2019 04:57 PM | Show all posts
buat kat microsoft word je pastu edit kat paint...setel
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2019 09:18 AM | Show all posts
makap la skit hadiah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 12:42 PM | Show all posts
Tak sabar nak vote
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
alamak dah 2024, ketinggalan saya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.039976 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list