CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11483|Reply: 128

"Dahla Karamel, Bubuh Sirap Lagi, Boba, Whipping Cream. Tak Takut Kena Dial

[Copy link]
Post time 27-8-2019 02:19 PM | Show all posts |Read mode

Rakyat Malaysia dengan minuman manis seakan tidak dapat dipisahkan.  Sebut sahaja minuman yang ditambah 'pearl' atau boba semakin dikenali ramai hinggakan anak kecil pun sudah pandai meminta-minta.



Bukan itu sahaja,  kafe hipster dan restoran berjenama antarabangsa pun turut menghidangkan gaya hidup urban,  kononnya.



Sudahlah minuman berkaramel,  diletakkan sirap gula lagi,  tabur dengan karamel di bahagian bawah dan atas dan akhir sekali masukkan whipped cream yang menjadi kebanggan segelintir orang.



Namun, hakikat yang terpaksa dihadapi selepas itu sangat menyakitkan.  Ini kerana hampir 40,000 warga Malaysia disahkan mengalami kegagalan buah pinggang dan ianya berpunca daripada minuman manis!







Kredit foto: Twitter




Hal ini sangat menggusarkan di mana kesan negatifnya bukan lagi memberi impak kepada orang tua sahaja,  malahan generasi muda yang sangat menyukai minuman tidak sihat ini!






Foto : Google



Angka ini akan semakin meningkat jika obses terhadap 'minuman potong kaki' ini tidak dihalang. Malahan ada yang berkata mujurlah kos perubatan di negara kita masih mendapat subsidi kerajaan.  Jika tidak, memang parah!



"Nasib kita bukan macam amerika, insulin pun

almost free, kalau tak ramai dah mati. Oh well"




foto : Google



Bagaimanapun, ada yang berkata ianya boleh diambil selagi kita mampu mengawalnya.  Sebagai contoh,  sebulan sekali sahaja dibenarkan.


"Tbh... I nak rasa je. As self reward myself. I think ok kalau nak minum but kena cut 500kcal per daily."





Jadi,  bagaimana?  Takut kan melihat orang muda-muda belum 30an lagi terpaksa membuat dialisis kerana masalah yang dicari sendiri. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Boboa hunting...terpengaruh la ni..
Harap2 trend ni cepat berlalu bagaikan anginnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:27 PM | Show all posts
manis2 ni aku x minum la
hari2 minum air putih kosong jerk
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg kena tu jenis tak biasa minum air kosong kot. Dah tu kat rumah hadap lagi air kordial.

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:38 PM | Show all posts
kalau dah selalu minum manis, bila tak dapat rasa mengelupor je.. tu yg ada tu siap hunting benda mcm ni..
harap2 berpada2 la nk minum, klau boleh elakkn. cuba la
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Naseb baik aku bukan peminat manis2 ni
Aritu brown pearl kat Family Mart sekali je beli..tak sedap pun.
Tak leh telan manis berlemak2 gini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-8-2019 02:41 PM | Show all posts
giler....
bila umur 30++ baru menyesal....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:41 PM | Show all posts
Terus terasa insaf kejap tak nak minum manis2 ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 02:43 PM | Show all posts
nak minum boleh...takde la tak minum langsung..but u have to drink a lot of water after that..and regular excercise...banyak makan nasik juga boleh menyebabkan kencing manis...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
CatMiow replied at 27-8-2019 02:33 PM
Yg kena tu jenis tak biasa minum air kosong kot. Dah tu kat rumah hadap lagi air kordial.

Pehtu sayur hijau tanak makan. Ikan pon jarang makan. Asyik melantak ayam dan daging. Masak pon balik2 stail goreng, balik2 bersantan, balik2 gulai masak kasi pecah minyak segala. Makan sayur hijau tumis bawang putih ngan garam jah (or if nak sedap sikit, letak la oyster sos), tak reti.

Selayaknyalah dapat penyakit macam2.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakej cepat ke spital
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:00 PM | Show all posts
mujo aku tak gemor benda2 gini... kalo tak skang ni mesti aku dah kena cucuk insulin gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:00 PM | Show all posts
benci aku  manis2 ni
benda ntah korang kemaruk sangat

sakit tekak oi
diabetes lagi satu hal

aiyoooo korang millenial
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarkan dia nak minum....20 tahun lagi tempah katil hospital sebab makan Manis berkilo kilo camni... Sendiri Cari penyakit...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:03 PM | Show all posts
boleh je.. in moderate. bukan setiap minggu..
sebulan sekali untuk hilangkan sugar craving
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:04 PM | Show all posts
Boleh minum manis tetapi kena kawal, jangan terlebih minum sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2019 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa si epal akan jd org pertama yg kena dialisis dek bobba tea ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli lah jugak sebab nak try. Tak boleh beli selalu, parah poket.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:12 PM | Show all posts
Everything in moderation lah. Nak cut off terus nanti hilang nikmat hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2019 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah cuba yg viral ni...tu lah sekali aje.
X tau napa org kata sedap...memang manis...pearl tu pn payah nak kunyah.
Citarasa x sama kot..tp rasa sedap lg teh ais.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.107705 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list