Selalunya kalau ada kes tak senonoh yang kita dengar ia melibatkan orang muda. Tetapi, seorang nenek berusia 85 tahun membuktikan usia bukan penghalang untuk terus tenggelam dalam kenikmatan dunia.
Dilaporkan akhbar NST, Joyce Butler, 85, terlibat "berprojek" bersama-sama suaminya Richard Butler, 82 dan empat atuk lain Daniel Dobbins, 67; Otto D. Williams, 62; Charles L. Ardito, 75; dan John Linartz, 62.
Antara yang ditangkap. Foto: NST
Polis menangkap mereka ketika sedang "hangat berprojek" di kawasan hutan simpan Grace Richardson di Fairfield, Connecticut, Amerika Syarikat .
Semua mereka kini didakwa kerana menganggu ketenteraman awam dan perbuatan tidak senonoh. Ini betul-betul menganggu ketenteraman awam ni!
Kawasan projek. Foto: Google
Pihak berkuasa mula meningkatkan pemantauan di kawasan itu selepas menerima laporan ia menjadi tumpuan orang "berprojek".
Mesti polis ingat jumpa orang muda "berprojek", rupa-rupanya warga emas yang kantoi.
Aih macam-macam. - CARI |