Sekumpulan lelaki dengan kejam membiarkan seekor anjing jenis Pitbull membaham kemaluan seorang lelaki sambil merakamnya.
Menurut laporan media tempatan Mexico seperti dipetik dari METRO, lelaki itu dipegang lima lelaki dipercayai kumpulan sindiket dadah ketika haiwan berkenaan menyerang alat kemaluannya.
Kredit foto: ViralPress/METRO
Kumpulan terbabit kemudian menyebarkan video mengerikan itu dan polis percaya ia bertujuan memberi amaran kepada perogol lain.
Menerusi video itu, mangsa dibogelkan dan tangannya digari sambil dipegang lima lelaki sebelum mereka membiarkan anjing terbabit menyerangnya.
Kredit foto: ViralPress/METRO
Kedengaran lelaki itu menjerit dalam bahasa Sepanyol; "Berhenti, tinggalkan saya, pergi!"
Salah seorang daripada suspek kemudian menyumbat gumpalan kain ke dalam mulut mangsa.
Difahamkan, dendam dipercayai menjadi motif utama serangan itu selepas mangsa didakwa merogol seorang wanita di Mexico City, bulan lalu. - CARI |