Setiap orang memiliki cita rasa berbeza dan jenama kegemaran bagi produk tertentu. Begitu juga dengan bahan masakan.
Cuba lihat di dapur anda. Pasti ada botol kicap, minyak dan sebagainya yang tidak pernah bertukar jenamanya. Malah, ada yang sanggup tak nak makan kalau bukan kicap manis Cap Kipas Udang yang digunakan!
Gambar Hiasan
Sama seperti wanita ini. Namun, ada cerita menarik dan melucukan di sebaliknya.
Selama ini, dia menyangkakan mayones kegemaran yang dibelikan suaminya adalah jenama Hellmann yang agak mahal. Tetapi, dia langsung tidak menyedari bahawa isinya (mayones) adalah daripada jenama lain.
Menerusi sebuah posting di laman sembang Reddit, seorang lelaki membuat pengakuan bahawa dia telah menipu isterinya selama setahun dengan menukarkan isi mayones kegemaran wanita itu tanpa pengetahuannya.
Akuinya, selama ini dia sebenarnya membeli mayones dari pasar raya Aldi yang jauh lebih murah dan memasukkan isinya ke dalam botol mayones Hellmann menggunakan piping bag.
Malah, botol Hellmann itu adalah botol sama digunakan sejak setahun lalu!
Kata lelaki itu, isterinya langsung tidak menyedari dirinya ditipu hidup-hidup selama ini.
Kredit foto: Reddit/Mirror
"Sedang memasukkan mayones yang dibeli di pasar raya Aldi ke dalam botol Hellmann yang digunakan sejak setahun lalu, jadi dia (isteri) tidak akan tahu dia sebenarnya 'hanya orang kebanyakan'," tulisnya.
Kalau dilihat harganya, memang padanlah lelaki itu berbuat demikian. Kita beli mayones Lady's Choice pun dah okey, kan?
Kredit foto: Lazada
Kredit foto: TESCO Malaysia
Aduhai, kasihan isterinya yang selama ini menyangka dia memakan mayones rendah lemak. Ada yang pernah buat macam ni tak? - CARI |