View: 8721|Reply: 44
|
Senario Bakal Adakan Reunion, Aziz M. Osman Minta Peminat Doakan
[Copy link]
|
|
Jika anda seorang penggemar filem tanah air, sudah tentu anda pernah menonton sekurang-kurangnya satu daripada filem Senario yang diarahkan oleh pengarah terkenal negara, Aziz M. Osman. Sebelum ini, Aziz M. Osman telah membuat comeback bagi melengkapkan trilogi filemnya; XX Ray (1992), XX Ray II (1995) dan XX Ray III (2019). Kini, pengarah hebat tersebut sudah memaparkan ura-ura untuk beliau kembali mengarah filem Senario pula.
Untuk makluman, Aziz M. Osman telah mengarah lima filem Senario sebelum ini, termasuklah Senario The Movie (1999), Senario Lagi (2000), Lagi Lagi Senario (2001), Senario XX (2005) dan Senario Pemburu Emas Yamashita (2006). Siapa saja boleh lupa persaingan ketat antara dua warung roti canai, Warung Azlee dan Warung Mazlan satu ketika dahulu? Oleh itu, Aziz M. Osman sememangnya orang yang sesuai untuk meneruskan lagi saga perjalanan kumpulan komedi tersebut.
Kredit Gambar: Carian Google
Baru-baru ini, Aziz M. Osman telah memuatnaik satu gambar pada Twitter berkenaan cadangan sebuah filem Senario ciptaannya, berjudul Ada Lagi Senario. Tajuk ini nampak selari dengan filem trilogi awal dari Aziz. Beliau turut menyebut barisan nama-nama ahli Senario termasuklah Saiful Apek, Azlee, Yassin, Hamdan dan Ilya (kini turut dikenali dalam kumpulan Sepahtu). Pengarah hebat itu turut meminta peminat mendoakan langkah pertamanya dalam menghasilkan reunion epik tersebut.
Kredit: Twitter
Post tersebut menerima sambutan yang baik dari warganet yang rata-ratanya tidak sabar akan kemunculan semula pelawak lagenda mereka. Ramai di antara mereka, mungkin juga kita sendiri, dibesarkan dengan jenaka-jenaka dari kumpulan Senario menerusi filem-filem dan sitkom mereka.
Namun, ada juga yang mempersoalkan apabila nama Lan Pet Pet dan Wahid tidak terlintas pada tweet itu. Jika projek ini diteruskan, semoga mereka berdua turut disertakan dalam barisan pelakon.
Kredit Foto: Twitter
Ha, yang dari kecil tengok Senario tu mesti tak sabar, kan? Sama-sama kita nantikan berita selanjutnya berkenaan projek ini! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dgar citer wahid da zuhud skang ni da xnak join dunia glamores..si lan todak tu sjak kes terajang pakgad maybe ajis risau lan bakal terajang ajis kat set lak..hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
iols skeptical yach..
dulu masing2 tgh top... skrg semua kertu2...
dulu lagu dalam album pun best2 jadi ost sekali... skrg ada lagu?
utk yang masih bersentimental lebih baik buat untuk siri tv jah |
|
|
|
|
|
|
|
Sejujurnya iols memang suka karya2 bang ajis. Tapi karya yg dulu2 la. Sejak filem azura tu terus karya2 bang ajis flop. Paling terbaru yg film xx ray 3 tu. Flop habissss. So utk film senario yg ni iols tak nak letak harapan terlalu tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Please don't suka bawa lawak slapstick and they are not FUNNY AT ALL |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pun nak reunion jugakkk |
|
|
|
|
|
|
|
azlee pls kalu cakap tu tak payah mcm tengking2...sakit telinga dengar...lagipun lawak diaorg dah x umphhh |
|
|
|
|
|
|
|
inspektoremos21 replied at 26-9-2019 03:19 PM
Sejujurnya iols memang suka karya2 bang ajis. Tapi karya yg dulu2 la. Sejak filem azura tu terus kar ...
Setuju...macam something hilang jer sejak azura...takde idea dah kot |
|
|
|
|
|
|
|
bang ajiz, buat cite lain laaaaa.....adventure plus misteri ke....all the myths and tales kat mesia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua pun sapa nak tgk lg... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn letak harapan tinggi sgt la. da tak relevan da dorg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi la chance kat aziz m osman dgn senario. Semoga sukses ! |
|
|
|
|
|
|
|
ntah laa bg meols senario buat comeback tu dh ok tp bukan dgn berlakon filem. filem melayu zaman skrg dh la ssh nk dpt tmpt kt hati rakyat malaysia. lagi2 mainkan senario as main actor. sbb dorg dh tak relevan pn. buat laa mcm sepahtu reunion ke. senario n friends ke mcm bocey tu. at least blh laa comeback blik pelakon lama2 yg dorg penah berlakon dlu mcm syanie, umie aida, raja azura sume. buat filem mcm tak bape jln last2 skli rugi je. sory just my 2 cent |
|
|
|
|
|
|
|
time flies so utk senario versi kertu ni x perlu la lawak budus semua dh tua kn x in nk terkinja2 plop |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya utk sekadar sentimental buat je la Telemovie or Sitcom jah...
Mostly filem2 sequal utk filem2 yg pernah meletop dulu2 flop yach..
Adik Manja, Sembilu 2005, Azura 2012 |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by natrahn at 26-9-2019 05:11 PM
Betul tu. Dia ada kat Taman Perpaduan, Ipoh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Omg senario moviesss
Mmg childhold meols dihiasi filem2 senario.. Plg best senario lagi kot..
Kekuatan filem senario ni storyline dia.. Not much on character lawak tu sendiri.. |
|
|
|
|
|
|
|
natrahn replied at 26-9-2019 05:06 PM
Betul tu. Dia ada kat Taman Perpaduan, Ipoh..
Wahid antara retis yg nmpak perubahan lepas balik dri haji spedoan tv3 trusssss dia tinggalkan dunia glemores ni..tak cam hehaji retis lain da jejak kaki kat tanah haram makin haram perangai |
|
|
|
|
|
|
|
senario yg lama2 best.. senario lagi.. lagi2 senario.. yg bru sikit xbest.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|