View: 3890|Reply: 16
|
Macam Budak Sekolah Rendah, Guru 'Baby Face' Ini Sebenarnya Berusia 23 Tahun!
[Copy link]
|
|
Sekali lihat, tiada siapa menyangka lelaki ini sebenarnya seorang guru kerana wajahnya yang kelihatan jauh lebih muda berbanding usia.
Malah, dia diberi julukan 'baby face' kerana wajahnya yang kelihatan seperti kanak-kanak.
Kredit foto: AsiaOne
Ian Manga, 23, dari Filipina sering kali disalah anggap sebagai pelajar oleh ibu bapa kerana kelihatan sebaya dengan anak muridnya di sebuah sekolah di San Jose Del Monte, Bulacan di Filipina.
Menurut AsiaOne, Ian mengajar murid prasekolah dan Tahun 3 Sekolah Mater-El-Roi.
Ian yang mempunyai ketinggian 162 sentimeter berkata kepada GMA News bahawa tumbesarannya terbantut selepas diserang penyakit ketika kecil menjadikan dia lebih rendah berbanding rakan sebaya.
Katanya, dia sering sekali dianggap sebagai adik kepada rakan sekelasnya. Malah, dia sering diejek sebagai 'buak kecil'.
Guru itu bagaimanapun tidak pernah mendapatkan nasihat doktor mengenai situasi dialaminya.
Kredit foto: AsiaOne
Cita-citanya mahu menjadi seorang guru seperti ibunya menguatkan semangatnya dalam menghadapi ejekan orang ramai yang memandang rendah terhadapnya hingga berjaya lulus dalam peperiksaan lesen guru (LET) pada May lalu.
Jelasnya, keadaannya itu adalah kelebihan untuk dia lebih dekat dengan pelajarnya.
"Saya berasa seperti seorang abang dan saya suka bermain dengan mereka," katanya.
Bagaimanapun, dia perlu menjadi tegas ketika mengajar supaya murid mendengar kata. Selain itu, Ian juga akan mengenakan pakaian besar dan longgar serta memakai kasut kulit untuk membezakan dirinya dengan murid-murid. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Xkan la 162cm ketot cmtu..msti 140~150cm |
|
|
|
|
|
|
|
162cm taklah pendek sgt pun..i pun 163 cm rasa begau sgt dah compared dgnn rakan2 lain..ramai je kawan jejantans yg lagi katik dr meols |
|
|
|
|
|
|
|
Termasuk galam golongan kerdil dengan muka dan suaranya sebegitu berbanding ketinggial kebiasaan lelaki normal. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka x payah pakai filter kids. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dah ada awek ke belum?
|
|
|
|
|
|
|
|
@Kurex tak taste ke dgn mamat ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Andyscenes replied at 30-9-2019 05:59 PM
@Kurex tak taste ke dgn mamat ni?
Tak.. Kurex suka zul ripin |
|
|
|
|
|
|
|
Uiksss.. Muka blom baligh |
|
|
|
|
|
|
|
Comel je macam student dia pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Mfzg89 at 1-10-2019 11:35 AM
g mana2 bayar tiket harga budak la ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni betul2 baby face.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan 162cm, tapi 152cm. Based on gambar graduation dgn kawan2 perempuan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|