|
|
Polis sedang menyiasat kes lelaki warga emas yang dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kedai seks.
Memetik The Sun, kejadian berlaku di Marghera, Itali apabila pelancong warga Britain berusia 60 tahun itu menonton video porno di kedai berkenaan.
 Foto: Daily Mail
Mangsa dikatakan membayar 5 Euro (RM23) untuk menonton video porno 15 minit di dalam sebuah bilik khas di kedai terbabit pada petang Jumaat.
Staf kedai berkenaan berkata, mereka mula berasa bimbang apabila lelaki terbabit tidak keluar selepas 30 minit berlalu.
Pemilik kedai, Franco Garoni berkata, lelaki itu sedang berbasikal menuju ke Venice sebelum singgah ke kedainya untuk menonton video seks.
Namun, selepas 30 minit, Garoni menemuinya rebah di lantai.
Katanya, mangsa kelihatan agak mengah ketika masuk ke kedainya.
 Foto: Daily Mail
Paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung. - CARI |
|