View: 4107|Reply: 39
|
"Allah Yang Gerakkan Hati Semua Bantu Kes Adib" - Peguam Terharu, Bers
[Copy link]
|
|
"Alhamdulillah saya sudah boleh menghela nafas lega.
"Bagi saya ALLAH lah yang menggerakkan hati semua dalam membantu dan memudahkan kami dalam berhadapan dengan kes Allahyarham Adib ini."
Begitulah yang dikatakan oleh peguam, Syazlin Mansor yang mewakili keluarga anggota bomba dan penyelamat, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Kredit foto: carian internet
Memetik laporan Sinar Harian, peguam ini berkata keputusan mahkamah itu benar-benar membebaskan lelah dan bebanan yang ditanggungnya selama ini selepas pelbagai cabaran dilaluinya dalam kes tersebut.
"Kalau ikutkan sebagai seorang peguam sepatutnya kita tidak merasakan apa-apalah.
"Apa-apa keputusan sama ada memihak atau tidak memihak, sepatutnya kita terima sebab itu adalah keputusan mahkamah terima dengan reda, tapi pada saat itu saya tak dapat lari daripada perasaan sebak untuk kes ini sahaja banyak rintangan yang telah dilalui,begitu susah payah bila dapat keputusan itu rasa sangat-sangat bersyukur memang rasa alhamdulillah akhirnya keadilan untuk arwah dan keluarga," katanya lagi.
Katanya lagi, dia tidak berasa seperti wira kerana ia merupakan tanggungjawab serta merasakan keluarga tersebut 'perlu dibantu'.
Malah, pertolongan yang diberikan juga percuma tanpa ada sebarang bil atau caj.
"Sebenarnya saya tak rasa saya seorang wira, saya rasa ini tanggungjawab, saya rasa tak ada lagi sumbangan lagi yang boleh saya berikan kepada arwah, ini kemahiran saya dan gunakan kemahiran dengan ilmu undang-undang yang saya ada ini untuk membantu arwah, tapi saya tak tahu kenapa saya terpanggil untuk membantu," katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cakap banyak pula minah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa susunan bahasa berita ni hauk sangat?? Google translate ke? {:dot |
|
|
|
|
|
|
|
Knights replied at 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni
#KNIGHTSJIWATAKTENTERAM |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah xnak komplen dia xpakai kelubong menutup aura heshe ke? Tiba2 perempuan free hari jdi hero pak lobai |
|
|
|
|
|
|
|
Knights replied at 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni
Sentap la tu.. Kalah kan |
|
|
|
|
|
|
|
dia cakap banyak sebab dia ada sumbangkan sesuatu untuk keadilan & membantu..kita yang xberi apa sumbangan nie xpyh lah nk jeles2 atau melebih...doa jer dlm diam2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by harizs at 2-10-2019 02:01 PM
Bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Peguam Negara, Tommy Thomas berhubung inkues kematian anggota bomba itu.
Permohonan ex-parte (sebelah pihak) itu difailkan Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, melalui Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates.
Perkara tersebut dimaklumkan peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Kamaruzaman A Wahab kepada Koroner Rofiah Mohamad ketika prosiding inkues kematian Muhammad Adib di Mahkamah Koroner di Shah Alam.
"Permohonan itu sudah difailkan pagi tadi," kata Kamaruzaman pada hari ke-40 prosiding inkues berkenaan.
Sementara itu, peguam, Mohd Zubir ketika ditemui pemberita kemudiannya berkata, Tommy telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April lepas.
"Dalam afidavit tersebut, Tommy menyatakan bahawa kematian Muhammad Adib bukanlah dipukul oleh mana-mana orang (sedangkan punca kematian belum diketahui),” katanya.
Beliau berkata antara kandungan permohonan ex-parte itu menyatakan Tommy telah cuba untuk menindas peguam Syazlin Mansor daripada menjalankan tugasnya sebagai peguam bela dan peguam cara serta pegawai mahkamah yang sah mewakili kepentingan bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) , bomba dan keluarga Muhammad Adib |
|
|
|
|
|
|
|
Knights replied at 2-10-2019 12:41 PM
cakap banyak pula minah ni
Dia terangjn perkara sebenar sbb sblm ni dah byk sgt spin.... |
|
|
|
|
|
|
|
Wartawan tak interbiyw doktor yg kata arwah di langgar ke?.... |
|
|
|
|
|
|
|
dia layak bckp byk..biar la kt dia..
percuma je kan dia bantu kes adib ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
harizs replied at 2-10-2019 02:00 PM
Bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim hari ini memfailkan permohonan untuk memulakan pros ...
Aku x sabar tunggu ni pulak.. Mesti ada menyalak sebab AG kesygn kena heret kes hina mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
gmbr DP ko tu pla diam seribu bahasa
|
|
|
|
|
|
|
|
buat pro bono oiii...kes susah lak tu...nak lawan AG lagi |
|
|
|
|
|
|
|
masa tomi tomes hanat dilantik, ramai orang puji kepandaian leluhur kerala sedangkan mereka tau lidah kerala tak boleh dipercayai |
|
|
|
|
|
|
|
tak boleh diganggu... kan sakit?
warded lg aritu kan?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|