Ingatkan kisah Sufi Rashid, isteri dan ibunya telah berakhir apabila Sufi sendiri membuat permohonan maaf di Facebook dan tidak mahu lagi memanjangkan isu keluarganya.
Foto: Sumber Internet
Terbaru, ibunya pula membuat pendedahan di Facebook tentang keluarganya dihalang masuk ke majlis perkahwinan tersebut.
Foto: Beautifulnara
Dia memuat naik video yang tular berkenaan dan meminta netizen menilai sendiri tindakan isteri Sufi yang meninggalkan pelamin sebaik dia datang memeluk anak lelakinya itu.
Dia juga menceritakan mereka sekeluarga dihalang untuk masuk ke majlis tersebut walaupun menerima undangan. Katanya, mereka sekeluarga diperlakukan seperti penjenayah dan ditahan daripada memasuki majlis anaknya.
Foto: Beautifulnara
Foto: Facebook Irma Mahamud
Menurutnya, banyak lagi video yang mempunyai kesahihan rakaman tentang situasi tersebut dan ada juga tetamu yang biadab dengan dirinya pada majlis itu.
Makin keruh nampaknya hubungan anak-beranak ini. Harap Sufi dapat menyelesaikan kemelut ini secepat mungkin dan ada baiknya bawa ibu dan isteri bertentang mata agar tiada lagi fitnah dan salah faham. - CARI |