Maya Karin (kiri) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (kanan). Kredit foto: Twitter
Twitter Maya Karin tentang kisah seorang kanak-kanak perempuan di Terengganu yang tidak menjawab soalannya dalam bahasa Inggeris turut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen tentang hubungannya dengan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Seorang netizen bertanya mengapa pelakon filem Ombak Rindu itu memetik nama Nik Nazmi yang tidak mempunyai kaitan dalam status Twitter berkenaan.
Kredit foto:
Walaupun Maya turut memetik nama Dr. Maszlee Malik, perkara itu tidak kelihatan janggal kerana beliau merupakan Menteri Pendidikan.
Mungkin spekulasi timbul memandangkan Maya masih solo dan Nik Nazmi pula berstatus duda selepas bercerai dengan bekas isterinya, Dr. Imaan Abdul Rahim pada 2 Julai lalu.
Utusan Online pada 3 Julai melaporkan, Maya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai kaitan dengan perceraian Nik Nazmi dan Dr. Imaan.
"Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dia (Nik Nazmi)," jelasnya.
Maya bertanya soalan dalam bahasa Inggeris kepada kanak-kanak perempuan terbabit dalam program ini. Kredit foto: Twitter
Status Twitter Maya tersebut juga mengundang pelbagai reaksi di mana sebahagian besar netizen mempersoalkan motifnya berbuat demikian.
Kredit foto: Twitter
Pada masa yang sama, segelintir netizen berpandangan bahawa tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid sekolah di negara ini masih lemah.
Kredit foto: Twitter
Setakat ini, masih belum ada respon daripada Nik Nazmi atau Maszlee terhadap isu yang dibangkitkan oleh Maya. - CARI |