View: 7440|Reply: 21
|
Samseng Pernah Diupah Cacatkan Muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee
[Copy link]
|
|
Sebut saja namanya, sudah pasti ramai akan teringat karya-karya senimana agung Malaysia ini.
Daripada tua sehinggakan yang muda, setiap lapisan masyarakat tidak akan terlepas daripada sentuhan magis karyanya, sama ada daripada tinggalan muzik atau lakonannya.
Siapa lagi kalau bukan Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai Tan Sri P.Ramlee.
Sebagai penghormatan kerana jasanya dalam dunia hiburan tempatan, mari kita mengungkap cerita-cerita dan fakta-fakta menarik tentang Seniman Legenda Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang mungkin ramai tidak tahu.
1. Cuba lihat gambar di bawah ini. Anda mungkin pernah melihat figura tinggi ini di dalam filem Allahyarham, tapi yang mana satu ya?
Sumber : Astro Prima
Figura yang mudah dikenali dengan panggilan Mr.Singhini terlibat dengan dua filem Allahyarham yang porpular iaitu Pendekar Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.
Bukan sekadar menjadi pelakon tambahan di dalam filem-filem Allahyarham malahan apa yang menarik lagi, Mr.Singh juga akan datang ke rumah Seniman Legenda Malaysia ini hampir setiap minggu untuk mengurut beliau.
2. Jika di Hollywood mereka ada Eminem yang mempopularkan pekataan 'stan', Drake dengan 'yolo' dan Miley Cyrus dengan 'twerk'. Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya.
Seniman lagenda negara kita, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee telah mencipta beberapa perkataan yang masih digunakan sehingga sekarang. Allahyarham telah mencipta perkataan di mana beliau memendekkan perkataan tersebut dengan mengambil sebutan awalan untuk setiap perkataan seperti;
KUGIRAN yang diambil daripada Kumpulan Gitar Rancak dan
PAWAGAM yang diambil daripada Panggung Wayang Gambar
3. Bagaikan sebuah kisah dongeng jika dapat menjadikan seorang permaisuri sebagai seorang isteri. Tapi untuk Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bukan lagi dongeng kerana pada tahun 1955, pada usia 26 tahun, Allahyarham telah mendirikan rumah tangga bersama Allahyarhamah Seniwatati Norizan Binti Muhammad Noor.
Sumber: Internet
Yang mana Seniwati tersebut pernah menjadi isteri pemaisuri untuk Sultan Perak ke 32, Sultan Sir Yusuf Izzuddin Shah pada tahun 1954 pada usia 27 tahun, sebelum bercerai setahun selepas itu. Hubungan rumah tangga yang didirikan bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee juga tidak bertahan lama kerana hanya dapat bertahan selama 6 tahun sahaja yang menyaksikan tahun 1961 menjadi tahun terakhir mereka menjadi pasangan suami isteri.
4. Kejayaannya dalam bidang hiburan bukan saja di Malaysia, malahan beliau penah mendapat beberapa pengiktirafan daripada negara luar atas bakatnya sebagai seorang penghibur. Tetapi dengan kejayaan itu juga telah melahirkan seteru- seteru yang dengki dengan pencapaian Seniman Legenda Negara itu.
Terdapat beberapa komplot untuk menjatuhkan beliau dengan cara mengupah samseng – samseng bagi bertujuan mencacatkan muka Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Sumber: Youtube\Kipaszz
Walau bagaimanapun, hal ini telah sampai ke pengetahuaan Allahyarham melalui bantuan rakan sekerjanya. Bagi mengelakkan perkara buruk itu berlaku, Allahyarham terpaksa meminta pertolongan daripada seorang penyanyi piring hitam iaitu Allahyarham Jasni Ahmad ataupun lebih dikenali sebagai Wak Jasni oleh orang di sekelilinya. Beliau juga adalah suami kepada Neng Yatimah dan juga bapa kepada Roseyatimah.
Begitulah antara cerita menarik yang dilalui legenda tanah air ini. Apa pula kenangan zaman kecil anda dengan figura ini? Kongsikan bersama kami di ruang komen. - CARI
Sumber : Internet
|
|
|
|
|
|
|
|
yang penting aura arwah P Ramlee ni masih ade..suka btul aku tgok iklan powerroot yg macam dolu2 tu..ni kalu anak2 p ramlee tgok aku rasa dorang mesti menangis sebab figura n sore fairuz sama cm p ramlee |
|
|
|
|
|
|
|
kecik-kecik dulu suka main belakon-belakon dengan sepupu sepapat..
filem yang kami suka ialah pendekar bujang lapok.. kelakar bila dikenang semula..
setiap dialog n scene tu kami hafal hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
arwah Abah aku peminat Allahyarham
aku igt lagi zaman tu
kereta arwah Abah ada catridge player
mmg mainkan lagu2 Allahyarham je lah
1 hari tu arwah Abah suh beli catridge lagu baru
aku beli la lagu Suhaimi Mior Hassan masa tu
marah arwah Abah.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Wak jasni buat apa sampai komplot semua tak jadi ? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cclina2 at 8-10-2019 09:33 AM
P. Ramlee in a promotional still, 1954
Born YM Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
22 March 1929
George Town, Penang, Straits Settlements
(now Malaysia)
Died 29 May 1973 (aged 44)
Setapak, Kuala Lumpur, |
|
|
|
|
|
|
|
akk pun tertanya2..bantuan mcm mana tu kan..nak tau jg.
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu neng yatimah tu tau lah dia ada silat, plus pandai baca2 skit..
Pasal wak jasni ni kurang tahu skit. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah pegi rmh Allahyarham kt setapak ngn arwah abah & mak.. seronok betul arwah abah ngn mak dpt msk dlm tu & tgk brg2 Allahyarham... |
|
|
|
|
|
|
|
Ye lah kan. emak i siap konfius lagi iklan tu. emak i kata, kenapa macam lain je ni?
i cakap, 'tu iklan je, mak. p.ramlee tu bukan p.ramlee betul. tu orang lain berlakon jadi p.ramlee.'
|
|
|
|
|
|
|
|
seniman yang tiada gantinya.. sampai skrg org masih ingat dan filem2nya mmg tak jemu nak tonton.. |
|
|
|
|
|
|
|
Filem2 arwah antara filem melayu yg aq boleh layan berulang kali... |
|
|
|
|
|
|
|
Masa kecik2 aku panggil P. MALEE. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi nampak cam real kan?of coz la xleh nak 100% sama sebab arwah da takde |
|
|
|
|
|
|
|
kat youtube tu ada cerita wak jasni buat siasatan dan sound kat depa yg terlibat kalau apa2 jadi kat p ramlee depa akan terima akibatnya...wak jasni ni orang yang disegani di singapura masa tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau isterinya hebat pasti suaminya lagi hebat..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ooo. Hebat tul wak jasni tu
@ikanmasin
|
|
|
|
|
|
|
|
oh gitu..wah mmg hebat org nya..
|
|
|
|
|
|
|
|
itulahh ..ptt lah takde yg berani usik kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahyarham tiada yg dapat menganti tempatnya..Sedih juga baca kisah hidup allahyarham,dimana yg sama turut menjatuhkannya adalah terdiri dari rakannya sendiri,wartawan dan orang yang diperkenalkan beliau kedalam dunia seni...memang kacang lupa kulit sungguh orang yg sanggup nak menjatuhkan P.Ramlee dulu.. Alfatihah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|