View: 2058|Reply: 18
|
Bekas Pemain Sayap Pahang, R. Gopinathan Sah Peluk Islam
[Copy link]
|
|
Nama Gopinathan Ramachandra atau lebih dikenali sebagai Gopi pastinya tidak asing lagi bagi peminat-peminat bola sepak tanah air. Berdasarkan perkongsian video dari Twitter pagi semalam, Gopi telah sah memeluk agama Islam selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang.
Beliau memilih untuk menggunakan nama Muhammad Gopi Rizqi bin Rama Chandra sebagai nama barunya.
Difahamkan beliau sudah lama tertarik dengan agama Islam selepas melihat rakan-rakannya solat dan menjalani kehidupan sebagai muslim. Beliau turut menyatakan kepada Harian Metro bahawa hasratnya untuk memeluk Islam sudah dipendam kira-kira dua tahun, sebelum hatinya terbuka untuk mengucapkan dua kalimah syahadah secara rasmi.
Gopi juga dikhabarkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya yang berketurunan Melayu Islam dalam masa terdekat.
Pemain sayap berusia 29 tahun itu pernah beraksi bersama pasukan-pasukan ternama bola sepak Malaysia, termasuklah Pahang, Selangor dan JDT. Beliau juga pernah mewakili pasukan kebangsaan, Harimau Malaya pada tahun 2012 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal. Kini beliau beraksi bersama pasukan PDRM FA dalam saingan Liga Premier.
Semoga dengan keputusan Muhammad Gopi Rizqi untuk berhijrah ini akan menjadikannya seorang muslim yang baik dan sentiasa menerima keredhaan dari Allah S.W.T.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah bersinar wajahnya |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah, baguih la terus nak kawen ngan gadis melayu..siapa bilang gadis melayu tak menawan?tak menarik hati tiada memikat~~~
adakah gadis melayu Islam tu royani sebab sheollss ckap nak cari shuben untuk train anak2 main bola?hikhikhik |
|
|
|
|
|
|
|
Tp heols kategori India yg muka manis gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. quite good looking gak ek dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah
Selamat kembali ke fitrah |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. ..tak berlemuih muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah...muka manis je |
|
|
|
|
|
|
|
Minat dengan dia masa main Pahang
Tapi rasa dulu dia couple dengan amoi |
|
|
|
|
|
|
| |
|