Bahang Anugerah Akademi ke72 yang bakal berlangsung pada Februari tahun hadapan kian terasa. Pihak the Academy telah mengumumkan bahawa mereka telah menerima penyertaan dari 93 negara bagi kategori filem Antarabangsa terbaik. Jumlah penyertaan kategori tersebut menyaksikan peningkatan kepada 93 filem berbanding 92 filem pada tahun 2017.
Seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani, The Academy telah mengumumkan senarai penuh bagi kategori filem Antarabangsa terbaik pada Isnin lepas dan menariknya, filem M for Malaysia arahan Ineza Roussille menjadi wakil tunggal negara yang akan bersaing dalam kategori tersebut.
Filem tersebut turut disertai oleh wakil dari negara serantau iaitu Thailand menerusi filem berjudul "Inhuman Kiss" dan Indonesia diwakili oleh filem berjudul "Memories of My Body". Keseluruhan 93 penyertaan bakal menjalani penjurian dan hanya 10 filem sahaja akan disenarai pendek dan diumumkan pada 16 Disember ini.
Menurut The Hollywood Reporter, filem dari Korea Selatan berjudul "arasite" merupakan "calon favourite" yang dijangka bakal memenangi kategori tersebut.
Poster Film M for Malaysia menampilkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan PM ke-8. Sumber Foto-iMDb
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr.Siti Hasmah bersama krew produksi filem M for Malaysia. Sumber Foto- myMetro
M for Malaysia adalah sebuah filem bergenre dokumentari yang berkisar mengenai pembentukan Malaysia Baharu secara tidak dijangka sewaktu pilihanraya umum pada tahun 2018 lalu.
Biarpun mendapat respon positif di negara luar, filem tersebut menerima sambutan dingin dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri setelah ditayangkan sejak September lalu berikutan ramai yang menyifatkan filem tersebut sebagai berat sebelah dan suatu propaganda oleh kerajaan gara-gara kegagalan pemerintah untuk memenuhi manifesto pilihan raya dan dalam mengurus tadbir negara.
Namun, sekalung tahniah dicapkan kepada krew produksi dan pengarah filem ini di atas pencapaian mereka dan marilah sama- sama kita saksikan sama ada filem ini bakal emenangi kategori tersebut.- CARI |