Seorang matador kini parah selepas ditanduk lembu di pangkal pahanya.
The Sun melaporkan, kejadian berlaku ketika Gonzalo Caballero menyertai satu pertandingan di gelanggang terbesar Sepanyol, Las Ventas di Madrid pada Sabtu.
Kredit foto: The Sun
Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika lelaki berusia 27 tahun itu yang juga teman lelaki kepada anak saudara Raja Sepanyol itu hampir menamatkan perlawanannya sebelum lembu itu tiba-tiba bangkit dan menyerangnya.
Kejadian itu turut disaksikan teman wanitanya, Victoria Federica, 19, anak saudara kepada Raja Felipe VI.
Kredit foto: Lecturas
Dapat dilihat lembu itu menyerang mangsa bertalu-talu selepas serangan pertama menyebabkan Caballero terlambung ke udara.
Serangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di pangkal pahanya.
Kredit foto: The Sun
Caballero dipindahkan ke hospital di San Francisco selepas menerima rawatan selama dua jam di rumah sakit gelanggang berkenaan.
Kredit foto: The Guardian
Mangsa yang dalam keadaan kritikal itu dikatakan baru saja kembali ke arena selepas pulih dari kecederaan akibat ditanduk lima bulan lalu. - CARI
|