Walaupun Sam Bunkface atau nama sebenarnya Shamsul Annuar gagal mempertahankan rumah tangganya, dia masih tidak serik untuk berkahwin lagi bila sudah sampai jodohnya untuk kali kedua.
Namun, dia belum menemui lagi wanita yang sesuai untuk bersama-sama melayari bahtera hidup dalam tempoh terdekat ini.
Foto: Instgram Sam Bunkface
Baginya, hidup tetap diteruskan seperti biasa dan masih dalam proses mencari pengganti dalam hidupnya.
Ketika ditemu bual mStar Online pada sidang media Hausboom, dia percaya perkahwinan itu adalah sesuatu yang baik untuk kehidupan dan disebabkan itu dia tetap mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Dalam urusan penjagaan anak pula, Sam dan bekas isteri, Aida masih mengekalkan hubungan baik dan bergilir-gilir menjaga anak mereka. Semua dilakukan secara adil dan anaknya, Maleeq juga gembira walaupun ibu bapa tidak lagi tinggal sebumbung.
Bunkface akan menemui peminat di Konsert Hausboom Music yang akan diadakan pada 10 November di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).
Antara yang turut terlibat kumpulan Hujan, Gerhana Ska Cinta, Ella, K-Clique serta ramai lagi.
Mereka berasa teruja untuk menghiburkan peminat bersama barisan artis yang lain kerana sudah begitu lama tidak berkumpul dan akan secara langsung mempersembahkan lagu terbaru Bunkface yang berjudul, Suara.
Siapa yang tidak mahu kahwin bukan walaupun sudah berpisah? Apa pun moga Sam jumpa wanita idaman dan jadikan kehidupan lalu sebagai pengajaran. - CARI
|