Aktres Jenna Dewan mendedahkan kepedihannya sewaktu berpisah dengan bekas suami, Channing Tatum, pada tahun lepas selepas berkahwin selama 9 tahun. Beliau juga meluahkan rasa duka apabila mendapat tahu tentang hubungan baru suaminya ketika itu melalui internet, di dalam buku autobiografinya; 'Gracefully You: Finding Beauty And Balance In The Everyday'.
Saat-saat bahagia Tatum dan Dewan. Kredit foto: US Magazine
Pelakon 'Step Up' itu menulis yang beliau langsung tak terfikir untuk bercerai dan perasaan sedih sewaktu menjawab soalan-soalan wartawan tentang Tatum selepas perpisahan mereka.
"Di awal perpisahan kami, saya merasakan seperti berada di dalam sebuah almari gelap, berusaha sedaya-upaya untuk mencari cahaya atau jalan keluar," katanya. "Saya berada dalam keadaan terkejut. Seminggu saya berkeadaan sangat bagus dan tiba-tiba diselubungi dengan emosi lain yang membunuh."
Sementara media berusaha untuk mendapatkan kisah demi kisah mereka, Dewan mendedahkan yang beliau akan menyorok di dalam selimut di katilnya.
"Keperitan itu menyakitkan saya seperti satu runtuhan. Saya diselubungi ketakutan dan kesedihan," tulisnya. "Saya mengambil masa yang lama untuk duduk berseorangan dalam kesedihan, untuk memaksa diri ini menyerah kepada situasi yang seperti roller coaster ini."
Mengetahui kecurangan pasangan melalui internet adakalanya menguji rasa percaya Dewan terhadap orang lain. Apatah lagi apabila mengetahui pasangannya itu kini mampu meneruskan kehidupan bersama orang lain.
"Saya dapat tahu tentang suami saya melalui cara yang orang lain tak lalui ― melalui internet, sepanjang ia berlaku," tulis Dewan, merujuk tentang khabar angin yang Tatum ketika itu sedang bercinta dengan penyanyi, Jessie J. "Saya pada masa itu berada di atas kapal terbang, berseorangan, dapat tahu tentang hubungan barunya. Saya berasa terkejut. Memilih untuk mengekalkan kesopanan setelah mengetahui perkara ini bersama-sama orang ramai sememangnya sesuatu yang sangat sukar."
Channing Tatum kini bahagia bersama Jessie J. Kredit foto: People.com
Dalam pada mereka menuju ke arah perceraian, Dewan kini melangkah ke fasa kehidupan yang lebih bahagia apabila bakal menimang cahaya mata dengan teman lelaki barunya, Steve Kazee.
View this post on Instagram
Speaking of peace....❤️
A post shared by Jenna Dewan (@jennadewan) on Jun 5, 2019 at 10:16am PDT
Bersama Tatum, Dewan mempunyai seorang anak berusia 6 tahun, Everly. Bayi baru yang bakal ditimang merupakan anak pertama bagi Kazee. - CARI |