Tindakan seorang lelaki yang dipercayai doktor mentong-sampahkan cenderahati kenduri, membangkitkan kemarahan warganet.
Mengkritik pemberian tuan rumah kepada anaknya sebagai sampah kerana dipenuhi 'fake food' serta membuang makanan tersebut menjelekkan lagi status tersebut.
FB
Dengan melabelkan makanan penuh gula, perasa tiruan, pengawet dan bahan-bahan kimia membuatkan ramai yang melenting.
Tetapi ianya bukan kerana teguran tetapi lebih kepada tidak beradab dalam menegur.
FB
Banyak kesalahan yang boleh didapati dalam post ini seperti menghina makanan walaupun ianya 'fake food', beranggapan ianya terlalu sampah sehinggah tidak sanggup memberi kepada orang lain sebaliknya lebih rela membuangnya (membazir) serta ayat perasan bagus.
FB
Jika benar mahu memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya makanan ringan, janganlah sampai membuang ole-ole tersebut. Ianya adalah rezeki dan mungkin tuan rumah ternampak lalu berkecil hati. Begitu juga dengan penggunaan ayat, mungkin boleh dilembutkan serta tidak berbunyi angkuh hingga menyebabkan ramai berasa menyampah.
FB
Kalau diikutkan budaya Malaysia, makanan yang dikatakan sampah ini banyak dijadikan 'goodies' kerana sifatnya mudah, murah dan tahan lama.
Mungkin boleh mulakan budaya baru dengan makanan sihat, tetapi perlu ambil tahu juga kemampuan tuan rumah. Sebaik-baiknya usah menimbulkan huru-hara dengan ayat tidak matang tersebut.- CARI