Berita Harian baru-baru ini telah melaporkan lima kematian melibatkan perokok vape di Amerika Syarikat (AS).
Kredit foto: Carian Google
Menurut laporan itu, ribuan lagi pengguna kini menghidap pelbagai penyakit pulmonary, malahan ada remaja yang kini sedang koma berdepan maut.
Kredit foto: BH
Kredit foto: FB
Kredit foto: Carian Google
Bagaimanapun, kesan negatif ini cuba dibangkang oleh pengguna-pengguna tegar dan pengusaha produk vape tempatan yang tertekan dengan kisah negatif itu.
Di sebuah portal Facebook Smokers Confession MY, sebuah kenyataan mempertahankan penggunaan vape dengan mendakwa semua mangsa kes kematian menggunakan produk dari pasaran gelap iaitu e-kanabis, berbeza dengan produk yang dipasarkan di pasaran tempatan.
Admin portal itu mendakwa produk yang membawa maut itu dicampur dengan bahan-bahan yang merbahaya seperti ganja sedangkan produk yang ada di pasaran tempatan tidak mempunyai sebarang campuran.
Kredit foto: FB
Kredit foto: FB
Kenyataan admin portal itu sebenarnya bertentangan dengan laporan susulan yang mengatakan tidak ada campuran larangan dalam kes kematian tersebut, dan kematian yang sama juga boleh berlaku sama seperti produk yang sama di pasaran.
Satu lagi hujah penyokong vape ini mengatakan buat masa ini belum ada kematian di Malaysia, jadi bolehlah merokok sesuka hati tunggu ada kematian dulu baru berhenti, dan kononnya berita kematian itu hanyalah digembar-gemburkan untuk menakutkan perokok vape.
Tidak cukup dengan itu, ada juga pro-vape yang berkata vape walaupun tidak 100% selamat tetapi sekurang-kurangnya ianya selamat sedikit daripada merokok .
Kredit foto: LObak Merah
Kenyataan ini telah dinafikan oleh beberapa pakar kesihatan tempatan yang menyatakan impak vape sama bahayanya seperti merokok kerana kandungan kimia yang digunakan tidak dikawal.
Mereka tidak menyedari bahawa option yang jauh lebih baik ialah berhenti merokok dan berhenti vape.- CARI |