View: 6523|Reply: 43
|
Budak 6 Tahun Lumpuh Dipaksa Guru Tarian Buat Split
[Copy link]
|
|
Hancur luluh hati ibu melihat impian anak menjadi penari terkubur selepas lumpuh akibat cedera dalam kelas tarian.
Kredit foto: AsiaOne
Kanak-kanak berusia 6 tahun yang hanya dikenali sebagai Tongtong itu cedera selepas guru tariannya menolak kakinya secara paksa untuk membuat gerakan split.
Lapor media tempatan seperti dipetik AsiaOne, kejadian berlaku di Henan, China pada 6 Oktober lalu.
Kredit foto: Youtube
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Tongtong berbaring di atas lantai dan gurunya menolak kaki kirinya ke atas kepala.
Sejurus melakukan split itu, Tongtong dilihat masih mampu berjalan walaupun tertatih dan tidak stabil.
Kredit foto: Youtube
Namun, sebaik dia duduk, kanak-anak itu dilihat cuba beberapa kali untuk berdiri tetapi gagal menggerakkan kedua-dua kakinya.
Guru-guru yang menyedari keadaan Tongtong bergegas memberi bantuan sebelum membawanya ke hospital di mana doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan saraf tunjang.
Kredit foto: Youtube
Sejak kejadian, Tongtong yang sudah dua tahun menghadiri kelas tarian tidak lagi mampu berjalan.
Berkata kepada media, ibu Tongtong yang dikenali sebagai Li memaklumkan doktor ada memberitahu supaya tidak terlalu berharap.
"Mereka kata, peluangnya sangat tipis untuk sembuh melainkan berlaku keajaiban," katanya.
Katanya, pada hari kejadian Tongtong mungkin sudah mengalami kecederaan kecil ketika melakukan pergerakan melentikkan badan.
Keadaannya mungkin bertambah buruk selepas dia dipaksa melakukan split.
Kredit foto: Youtube
Sementara itu, jurucakap akademi seni tarian itu berkata, perkara itu tidak mungkin berlaku dalam latihan asas jika kanak-kanak berkenaan tidak memiliki masalah kesihatan tertentu.
"ihak akademi telah menanggung kos perubatan awal kanak-kanak itu atas dasar simpati, namun sukar bagi kami untuk terus menampung kos perubatannya kelak," jelasnya.
Difahamkan, Li mengakui pihak akademi sangat membantu pada awalnya, tetapi mereka berhenti melawat Tongtong dan tidak lagi menjawab panggilannya apabila keadaan kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang perubahan positif. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jatuh terduduk pun sakit ni kan pulak kena paksa kaki lipat mcm tu.. Kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
perfection punya pasai....giler |
|
|
|
|
|
|
|
Gila. Salah cikgu tu la paksa2 kenapa bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
aduh.. siannye in split seconds je boleh berubah nasib budak tu. tak sangka pulak sampai bleh lumpuh. mula2 elok berjalan, pastu tetibe je lumpuh. dahla muka tak nampak macam sakit pun.
aku sebagai mak yang train sendiri anak buat split mulela terasa.. huhu nasib baik Allah lindung.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa ramai je budak2 kat PRC kena dera cmni..sbab aku penah baca kat website mana tah pasal hardcore training atlit kanak2 utk sukan..no wonder la dorang ni boleh jadi juara sbab dari kecik da kne dera hardore cmni..cuma kes budak ni dia xbernasib baik so terpaksa la tanggung sakit cmni...kesian dia ni..hmmm |
|
|
|
|
|
|
|
chicozinn: aku rasa ramai je budak2 kat PRC kena dera cmni..sbab aku penah baca kat website mana tah pasal hardcore training atlit kanak2 utk sukan..no wonder la ...
Mungkin pernah ada kes, tapi tak kena dedahkan.
Sebab dorang ni mmg training hardcore punya.
Pernah tengok kat yt budak belajar jalan jadi peragawati... Instructor tu marah budak 8-9 tahun, mcm marah org besar je.
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian
buat sesuatu besderhana la |
|
|
|
|
|
|
|
musnah impian budak tu..heharap la bole berjln blek..
skolah tu pon cm lepas tgn gak..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
patut cari cikgu tu, pastu tarik kaki dia smpai lumpuh |
|
|
|
|
|
|
|
sekolah cina mmg ticer dorg tegas sikit kan. tak kira la tarian ke, pembelajaran ke. plan jgk nk msk kan ank kat taska mandarin tp dgr byk kes n ticer sejenis yg suka trjerit2 terus cancel nk anta. tgk la dh besar cket nti |
|
|
|
|
|
|
|
Ksiann. Dr cctv tu dpt bygkn tulang budk tu lari msa ckgu dia buat tu. Trus ckgu dia benti. Msti ckgu dia da tau tu tp buat2 cam xde pape. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ..realitinye prc mcm tu la, budak 3_4 tahun dah dilatih buat akrobatik yang ekstreme2. yang masuk olimpik pun. tu pasal gymnast dorang muda2 dan terrer2. rejim latihan yang keras sangat untuk acara yang berlangsung tak sampai seminit |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannyaa dah lumpuh nak g kencing pun tak boleh apatah lg nak keje
|
|
|
|
|
|
|
|
Badannya belum cukup lembut untuk dileturkan sampai macam tu mana tak mendatangkan kecederaan. Tahap kertahanan badan setiap individu itukan berbeza. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Pity both budak tu n cikgu tu. cikgu tu mesti xsangka nk jd mcm tu n guilty gila2. Rasanya pernah baca mmg kene paksa / train mcm tu. ni mesti sbb yg part last dia tolak kaki tu |
|
|
|
|
|
|
|
CatMiow replied at 25-10-2019 02:45 PM
Mungkin pernah ada kes, tapi tak kena dedahkan.
Sebab dorang ni mmg training hardcore punya ...
Hmm patut la perangai diaorang end up jd mcm skg. Patut la yg mana sekolah SK , perangai elok sikit mcm ada keperimanusiaan lg. Yg SJKC mcm setan. Agknya dri kecik dah kene maki hamun |
|
|
|
|
|
|
| |
|