Mana-mana artis akan sentiasa mendapat perhatian masyarakat tentang apa sahaja yang mereka lakukan. Tiada siapa boleh lari daripada keadaan tersebut.
Menerima kecaman netizen adalah asam garam dalam dunia seorang selebriti dan tidak terkecuali pelakon dan penyanyi Erra Fazira.
Foto: Instagram Erra Fazira
Dia mempunyai tip untuk mengatasi situasi tersebut dengan tidak membaca komen negatif netizen.
Jika hati kita tidak kuat untuk menghadapinya, pasti akan luluh juga dengan kata-kata makian netizen.
Sebelum ini, dia pernah dikecam netizen disebabkan kemelut yang berlaku dengan pelakon Datin Seri Umie Aida.
Dia mengambil langkah untuk memohon maaf atas kesilapannya berulang kali dan kontroversi yang melanda itu juga telah selesai dengan baik.
Tambahnya lagi kepada mSar Online, dia mengambil pendekatan untuk berkongsi segala kesedihan dengan Allah berbanding meluahkan pada orang lain.
Apapun pandangan orang luar dia tidak mengambil pusing dan baginya cukuplah orang sekeliling tahu perkara sebenar yang berlaku.
Meluahkan segala isi hati pada Allah pasti akan menemui petunjuk hidup yang lebih baik. Itulah terapi dirinya untuk meredakan rasa tekanan dalam diri.
Erra Fazira seorang selebriti yang tenang menghadapi kontroversi. Tidak mudah melatah walaupun kita tahu dia juga sedih dan tekanan. Dia seorang artis yang sangat kuat hatinya. - CARI
|