View: 2478|Reply: 16
|
Maut Cuba Sembunyi Dalam Longkang Lepas Pecah Rumah
[Copy link]
|
|
Orang awam menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap di dalam sebuah longkang di Taman Inderapura, Kuantan jam 11 malam kelmarin.
Berita Harian melaporkan, mayat lelaki berkenaan disyaki terbabit dalam cubaan memecah masuk sebuah rumah pada Jumaat lalu.
Foto: BH Online
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan.
Unit forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang menemui mangsa berusia 47 tahun dalam keadaan tertiarap, dengan berseluar jeans, tetapi tidak berbaju.
“Berdasarkan maklumat yang kita terima, berlaku kejadian cubaan pecah rumah dalam kawasan perumahan itu pada Jumaat lalu.
“Ada kemungkinan mangsa lari menyembunyikan diri di bawah longkang itu,” katanya.
Tambahnya, pemeriksaan awal forensik tidak menemui sebarang kecederaan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bekas cikgu kata nya
kesian
|
|
|
|
|
|
|
|
Tlampau neves sampai kena sakit jantung ke |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya knp jd bekas cikgu umur pun belum pencen lg tu. sampai nak pecah masuk rumah org. sakit mental kot
|
|
|
|
|
|
|
|
biar btl... pengakhiran hidup aib mcm tu. ye ke cubaan pecah rumah? jgn2 kes lain? dosa weyh kalau bukan itu yg sebenanrya. malu keluarga deols kalau ini fitnah. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tau pasaipa aku rasa simpati dgn nasib dia ni. mcm mental breakdown pun ada... curious about his life story? apa yang sebab dia jadi mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
mental or not pecah rumah or not
tak sure
yg sure nya he is an ex teacher & ex wife pun dah confirm kan
|
|
|
|
|
|
|
|
KUANTAN - Seorang lelaki ditemui mati di dalam longkang di hadapan sebuah rumah di Taman Inderapura, di sini malam tadi.
Mayat mangsa dikenali sebagai Rosmizi Suhani, 47, beralamat di Kampung Razali, Jalan Gambang, di sini ditemui orang awam kira-kira jam 11.08 malam sebelum penemuan dilaporkan kepada pihak polis.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, mayat mangsa hanya berseluar jeans tanpa baju ketika ditemui.
Menurutnya, hasil pemeriksaan awal, Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang mendapati tiada kecederaan pada tubuh mangsa atau sebarang kesan pergelutan.
“Identiti mangsa dikenal pasti berdasarkan pengecaman bekas isteri berdasarkan tanda pada lengan kanannya.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
aka cikgu mizi
so aku assume dia ni bekas cikgu la
& a few komen yg cakap benda sama
|
|
|
|
|
|
|
|
oo ex cikgu ke.. cemane boleh buat keje pecah rumah pulak.. pengakhirannye pon kat longkang |
|
|
|
|
|
|
|
takut sangat kot....... mungkin ni 1 st time... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm
Tuhan dah tolong jatuhkan hukuman
So
THANK GOD |
|
|
|
|
|
|
|
Ke dia jatuh. Coincidence pulak ada kejadian pecah rumah hari tu. Speculation je dia pelaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya.. Hopefully tak betul la pasal pecah rumah tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|