Hattan kesal dengan stesen-stesen radio popular tempatan yang dikatakan mengamalkan dwistandard.
Kredit foto: Instagram
Penyanyi rock otai, Datuk Hattan kecewa dengan sikap stesen-stesen radio tempatan yang didakwa mengamalkan dwistandard terhadap artis-artis senior yang seangkatan dengan beliau.
Memetik status dalam laman Facebooknya pada 29 Oktober, single yang dihasilkan artis-artis senior jarang disiarkan kecuali oleh stesen-stesen radio dalam talian.
Hattan menyatakan, stesen-stesen radio popular agak keberatan untuk memainkan lagu artis-artis senior dengan menjadikan rating sebagai alasan.
"Come on..guys..be pro...lah sikit.. ingat senang ke recording... adil lah sikit... ni bila nak konsert pandai pulak panggil senior artis turun...
"Search..Wings..Datuk Ramli Sarip, Datuk M Nasir semua masih power lagi," katanya.
Amy Search masih menjadi pilihan penganjur-penganjur konsert di Malaysia.
Kredit foto: Instagram
Beliau turut memberi contoh tiket konsert M Nasir yang habis dijual walau single yang dihasilkannya belum tentu disiarkan stesen radio.
"Yang dia orang mainkan lagu lama... tapi apa nak buat, radio bapak dia orang punya... kita yang senior ni melukut di tepi gantang," katanya.
Tiket konsert M. Nasir sentiasa habis dijual. Kredit foto: Instagram
Sebagai penyelesaian, Hattan mencadangkan agar persatuan artis mengendalikan stesen radio sendiri agar artis-artis senior sepertinya tidak dipinggirkan.
Betul juga cakap Hattan, lagu dan muzik yang dibawakan oleh artis-artis senior jauh lebih berkualiti daripada sebahagian besar artis baharu yang lebih terkenal dengan gosip berbanding bakat mereka. - CARI |