CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9570|Reply: 107

[Jenayah] Kali ni di Perak-Liwat isteri cabul anak

[Copy link]
Post time 30-10-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 30-10-2019 05:29 PM

Pemandu didakwa liwat isteri, cabul anak



Muhammad Apendy Issahak
[email protected]

PENJAWAT awam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, hari ini dengan 104 pertuduhan seks luar tabii kerana meliwat isterinya sejak Mac hingga Jun lalu.

Tertuduh berusia 42 tahun yang bekerja sebagai pemandu juga didakwa dengan tujuh pertuduhan amang seksual terhadap tiga anak perempuannya yang berusia 12, 10 dan lima tahun pada Mei dan Jun lalu.

Lelaki terbabit didakwa meliwat isterinya yang berusia 37 tahun dengan purata dua atau tiga kali hampir setiap hari bermula pada 1 Mac hingga 3 Jun lalu antara 12.30 tengah malam hingga 11.30 malam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tanpa kerelaan isterinya di kediaman mereka di Sungai Siput dekat sini.

Bagi kesemua 104 pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu dia didakwa melakukan amang seksual terhadap tiga anak perempuannya pada 4 dan 7 Mei lalu serta 4 Jun lalu di lokasi sama pada 6 petang dan 9 malam.

Bagi kesalahan itu dia didakwa enam pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14 akta sama yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta tambahan lima tahun dan dua sebatan jika membabitkan anak.

Lelaki terbabit bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi keseluruhan 111 pertuduhan yang dihadapi hari ini dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan satu persatu di hadapan Hakim Rohaida Ishak yang mengambil masa hampir sejam.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Hasyutantee Khalil dan tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nor Izawani Ahmad Jalaludin untuk rayuan jaminan.

Pihak pendakwaan membantah sebarang jaminan kerana mangsa membabitkan isteri dan anak-anak tertuduh yang berkemungkinan boleh mengganggu mangsa.

Tertuduh dalam rayuannya memohon dibenarkan jamin susulan dia tidak lagi tinggal bersama dengan isteri dan anak-anaknya serta dalam proses perceraian selain hanya bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM1,000 sebulan.

Hakim Rohaida kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 28 November ini bagi sebutan semula kes serta lantikan peguam untuk tertuduh.

Difahamkan tertuduh juga dijangka akan didakwa dengan 10 pertuduhan lagi di Mahkamah Majistret Sungai Siput esok membabitkan kes sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Oktober 2019@5:18 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bapak laki setan.. dah tua jgn terhegeh2 cari anak.. setan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 tak bersalah pulak jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak-anak yang masih kecil tak mengerti apa-apa, dikhianati oleh bapanya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
104 pertuduhan? Tak layak jadi bapak
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Terajang ja masuk sg perak. Habih cerita. Kuang ajar sgt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2019 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mencekik apa le tetiba nafsu mcm hewan....

Bermula mar- jun tahun ni kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Setannnnnnnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sangapp nyerr seran nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik polis cekak pinggang.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga mampus digelek lori..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat sangat ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
bangsat begini perlu di keluarkan dari society.....perlu buat seperti england dahulu...penjenayah sexual perlu di buang jauh jauh ....buang ke north pole or south dengan hanya pakai spender biar nature hukum lahanat begini ....
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat mmpus
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:33 PM | Show all posts
torres9 replied at 30-10-2019 06:35 PM
104 pertuduhan? Tak layak jadi bapak

104 pertuduhan tu yg dia liwat bini dia saje..baru nk berjinak2 sentuh anak pulak lah tu, start dgn mencabul dulu. naseb baik kena tangkap dulu.

mcm mana lah bini dia boleh tahan kena liwat setiap hari berkali2. gila seks betul. tgk porn kategori semburit kot. kebetulan perkataan semburit pun mula hangat dibincangkan tahun ni. tu yg dia cuba and no turning back after that. agaknya lah
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:42 PM | Show all posts
semoga mereput dalam penjara ye dek..

nafsu syaitonnn betui.. syaitonnn pun keji mcm nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2019 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa Meloya YG meloyakan tekak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesis yg elok pupus saja di bumi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 07:49 PM | Show all posts
Bangsa yahudi kan  ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2019 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Xlayak jd bapak.. Dah dpt mak anak pon nak jugak.. Gileee.. Setannn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.139839 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list