Bekerja di kawasan pembinaan sering dikatakan tidak sesuai bagi seorang wanita. Ini kerana selain persekitaran yang memerlukan fizikal yang lasak, kadangkala kita juga perlu bekerja dengan pelbagai jenis perangai manusia yang mungkin berbeza dengan kita. Jadi kita perlu sentiasa berwaspada agar tidak melampau batasan dalam bergaul, silap sedikit boleh membawa padah.
Kredit foto: Carian Google
Itulah yang diceritakan oleh seorang wanita bernama Nija di Twitter mengenai seorang kawannya yang bekerja sebagai jurutera tapak.
Menggunakan akaun @njhh_k, Nija berkata kawannya telah 'dihembus' oleh pekerja Indonesia di site sehingga angau setiap hari.
Kredit foto: Twitter
Menurutnya kejadian berlaku pada satu malam di mana kawannya menjaga kerja-kerja menyimen sampai pagi, dijadikan cerita kawannya leka bercerita dengan seorang buruh Indonesia sehingga tiba-tiba tiada angin tiada rebut dia itu terus berteriak on the spot.
Kredit foto: Twitter
'Esoknya terus angau dengan sorang pekerja Indon sampai pergi kerja pun tak sempat breakfast tak sabar jumpa, lepas tu setiap malam menyembang tak tahu cerita apa' kata Nija lagi.
'Dua bulan budak Indon tu kikis duit dia walaupun tahu pekerja Indon tu sudah berbini' tambanhya.
Kredit foto: Twitter
Sehinggalah suatu hari kawan Nija itu sedar daripada angaunya ketika sedang menunaikan solat.
Selepas bossnya campur tangan dan siasat serta memecat buruh Indon yang dikatakan 'menghembus' sesuatu kepada gadis itu.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Rupanya di kalangan buruh tapak pembinaan, sudah menjadi kebiasaan mengamalkan ilmu 'hembus' untuk mendapat layanan lebih daripada pihak atasan.
Jadi berhati-hatilah dalam pergaulan terutama bagi wanita yang bekerja dalam bidang yang didominasi oleh lelaki.- CARI |