CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4021|Reply: 16

Akibat Nafas Berbau, Remaja Ini Sanggup Cabut 'Braces' Guna Pengetip Kuku!

[Copy link]
Post time 4-11-2019 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Mungkin sudah tidak tertahan dek kerana buka mulut saja nafas 'berbau longkang', seorang remaja bertindak membuang pendakap gigi tiruan menggunakan pengetip kuku.



Walaupun sudah banyak kempen kesedaran mengenai bahaya pemasangan 'braces' palsu kepada umum, namun masih ada yang berdegil mahu memasang pendakap gigi mungkin kerana harganya yang lebih murah tanpa memikirkan kesan sampingannya.



Kisah ini dikongsi seorang doktor gigi di laman Facebook beliau iaitu Dr Azila Mohd Kasim. Seorang pesakit beliau telah menceritakan pengalamannya yang terpaksa membuka pendakap gigi tiruan tersebut menggunakan pengetip kuku kerana tidak tahan mulutnya yang berbau busuk dan gusinya yang semakin membengkak.







Sekadar gambar hiasan


Hanya pasang di rumah yang diubahsuai dari flat menjadi klinik








Remaja itu menceritakan dengan lebih lanjut mengenai prosedur pemasangan pendakap gigi tersebut yang hanya dilakukan di sebuah rumah. Menurutnya lagi, selepas beberapa hari dipakai, mulutnya semakin berbau dan gusi semakin membengkak.



Akhirnya, remaja tersebut terpaksa membuka 'bracket' gigi itu menggunakan pengetip kuku.





Last-last cabut pakai pengetip kuku






Malah, individu yang menggelarkan dirinya sebagai doktor gigi itu hanya menampal bracket tersebut menggunakan gam sehingga meleleh sampai ke gusi. Malah, bayaran permulaan dikenakan hampir RM1,000 untuk satu sesi.  



Setiap bulan, remaja tersebut dikehendaki datang untuk servis dan dikenakan caj tambahan sebanyak RM150. Jika ada wire atau bracket tercabut, caj ekstra dikenakan pula!





Bayar hampir ribuan ringgit








Nasib baik remaja itu cepat tersedar mengenai fake braces tersebut dan membuangnya cepat-cepat. Beliau berkongsi pengalaman ini kepada orang ramai supaya tidak cepat terpengaruh dan terpedaya dengan sindiket pendakap gigi palsu ini.



Jika ingin membuat rawatan gigi, dapatkan rawatan di hospital dan klinik yang berdaftar sahaja ya! - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2019 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sanggup nak baca, geli
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 10:50 AM | Show all posts
menda la nk ctk tp ambik mur2
sdhnya  ko yg seksa
ngeri tgk gigi ko dek
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
aku baca post ni sambil ngilu gigi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 10:55 AM | Show all posts
ngeri nya la
x sanggup nak tengok
knpa x gi jumpa doc jerk
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 11:25 AM | Show all posts
yerrr... sakitnya.. tengok gigi yg tercabut tu aduhhhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2019 12:04 PM | Show all posts
dekkkk hakak pakai kt klinik gigi pun harga mcm tu jgk lebih kurang. depo 1k monthly installment rm200. knp bodoh sgt dekkk adoi. sakitnyaa tgk pic tu. sedia ada pakai braces mmg sakit tgk kau pakai fake lg gerun dekk. riki2 la dulu klinik tu kt mana, location or review dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 12:13 PM | Show all posts
omggg gross nya. kenapa lah tak survey betul2 bfore this?>
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2019 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu kurex nak buat braces original dari klinik sebab gigi tak cantik (bagi kurex) sebab ada gigi telingkih.. sekarang ni, lantak biarkan sebab ramai orang puji
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Eiii..seram tengok....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
tmpt operasi pun bkn btul klinik gila berani jejak msuk smata hrga murah.   luar biasa bodohnya ni. klau xckup duit kumpul la dlu smpai mmpu jgn ambik jln mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 06:33 PM | Show all posts
Nak sangat yang murah tampa tauliah mendapat sudah.  Impikan jadi elok tapi hasilnya terus jadi lebih buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsnggup nengok gmbr tu, ngeri...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2019 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat braces kena buat one time payment ke? Bukan sikit-sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
fifie_olin: menda la nk ctk tp ambik mur2sdhnya  ko yg seksangeri tgk gigi ko dek



Gambar tu dari google chuols

Iols minat dengan text budak tu
"Nasib baik saya cepat sedap"

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2019 09:31 AM | Show all posts
budak2 skrg berani lain macam..

lepastu cepat terpengaruh... dulu2 susah nak tengok orang pakai braces. sekarang pi mana bersepah. diaa biasa pakej braces, spek bulat, shawl kaler pastel.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong jangan cari penyakit, jumpa doktor yang diiktiraf sahaja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54635 Replies : 23
[MBC/Netflix] My Dearest - Nam Goong Min, Ahn EunJin, Lee Hak Joo, Lee Da In, Lee Chung Ah
xyla73[MBC/Netflix] My Dearest - Nam Goong Min
Views : 12005 Replies : 114
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 286056 Replies : 8457
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 99563 Replies : 1037
Berita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan Tawar Khidmat Seks
borneBerita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan
Views : 28492 Replies : 82
Ada Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,500 Dakwa Beli Honda City Sebagai Kesilapan Terbesar Dalam Hidup
YgBenarAda Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,50
Views : 72391 Replies : 78
6.73 juta pekerja naik gaji
Abahmung6.73 juta pekerja naik gaji
Views : 53041 Replies : 0
Kenaikan cukai taksiran di KL tahun depan.Anda bersedia?
YgBenarKenaikan cukai taksiran di KL tahun depa
Views : 65966 Replies : 0
RCI Batu Puteh bukan balas dendam - PM
AbahmungRCI Batu Puteh bukan balas dendam - PM
Views : 54172 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.078143 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list