dedahkan laaaa jenama dan origin produk tu... jabatan berkenaan kena pantau isu ni. banned jenama dan negara pengeluar. tak selamat laaa gini. setan betul puak2 nak kaya cepat kedekut maintenance.
Takutnya, Paz kalau nak escalator takut betul nak pijak kat mula dan akhir escalator. Dan kagum tengok orang naik escalator bila nak sampai boleh meloncat yer. Ngeri nak pikir.
Seriau! Lelaki Tersepit Di Eskalator Kompleks Pertama Sampai Patah Kaki
Lelaki berusia 49 tahun berdepan detik cemas apabila kakinya tersepit pada eskalator di Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pagi semalam.
Berita Harian melaporkan, kejadian itu menyebabkan mangsa patah kaki kanannya.
Kredit foto: BH Online
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOKL) mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.01 pagi sebelum mengerahkan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa ke lokasi.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, kaki kanan mangsa yang berusia 49 tahun itu didapati mengalami kecederaan, dengan kaki kanannya tersepit pada eskalator di pusat beli belah berkenaan.
“Anggota bertugas kemudian bertindak mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit sebelum diberikan rawatan kecemasan,” katanya. - CARI