Kredit Foto - Google
Sekiranya ada satu perkara yang kita cinta akan Korea, ia haruslah makanan! Terima kasih kepada kebangkitan restoran mesra-Muslim pada tahun-tahun kebelakangan ini, lebih mudah untuk mencari makanan Korea halal di Korea pada masa sekarang.
Namun begitu, ada peniaga 'licik' atau mungkin tidak memahami konsep halal, menjual makanan tidak halal di restoran mereka.
Perkara ini telah dikongsi menerusi Facebook Mikail Arjuna di group Backpackers Buddies Malaysia (BBM) perihal sebuah restoran di Dongdaemun, Korea yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia ketika melancong ke sini.
Dongdaemun Grilled Fish Street
Rupa-rupanya restoran itu selain daripada menjual ikan bakar turut menjual makanan yang menggunakan daging babi. Malah restoran itu mempunyai dua menu berbeza; satu dengan menu babi dan satu lagi tanpa menu tersebut.
Menurut Mikail, perkara ini disedari beliau apabila terlihat menu ‘pork stew’ pada menu di dinding restoran. Baca lanjut :
Ahjumma agak keberatan beri menu...
Rupanya restoran turut menjual masakan daging babi!
Bayar dan terus keluar dengan penuh tanda tanya...
Licik ! Ahjumma buat dua menu berbeza rupanya
Terlalu terkejut sampai lupa nak snap gambar menu babi warna pink di dinding...
Muslim perlu peka ...
Biasanya, kita suka siasat betul-betul. Bukanlah sesuatu yang salah untuk menyelidik, sebab kita memang perlu jaga apa yang kita makan. Kita perlu faham betul-betul bab status Halal.
Jadi, sebagai Muslim yang beriman, dalam kita menjaga kehalalan makanan, kita juga perlu menjaga akal, hati, dan lidah ketika mengembara ke negara orang.
Semoga bermanfaat.- CARI
|