Isu siapakah yang akan menggantikan diva terkenal negara Siti Nurhaliza di AJL ke-34 makin jadi bualan ramai. Lagunya, Anta Permana antara yang tersenarai ke peringkat separuh akhir pada 15, 22 dan 23 November ini.
Umum mengetahui Siti Nurhaliza sudah lama menarik diri daripada menyertai pelbagai anugerah di Malaysia, langkah yang patut dipuji sebab kalau dia masuk mestilah asyik menang kan?
Dilaporkan Berita Harian, nama Bob Yusof antara penyanyi yang disebut-sebut akan menggantikan Siti Nurhaliza untuk menyanyikan lagu Anta Permata pada pertandingan itu.
Bob, bagaimanapun terkejut dengan berita itu, tetapi meluahkan rasa "bertuah" sekiranya benar berlaku.
"Kalau benar berita berkenaan, saya bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin," katanya.
Diva negara Siti Nurhaliza tak perlu masuk pertandingan lagi. Foto: Instagram
Wakil syarikat Universal Music, Amir Wahab bagaimanapun berkata, pihaknya masih belum memutuskan siapakah pengganti Siti Nurhaliza, walaupun mereka sudah menetapkan beberapa kriteria tertentu.
"Ketika ini, kami masih mencari penyanyi sesuai untuk menggantikan tempat Siti. Kalau boleh, penyanyi itu biarlah lelaki dan bukan daripada kalangan artis baharu.
"Segala keputusan bagaimanapun perlu mendapat persetujuan daripada komposer dan penyanyi asal lagu itu," katanya.
Boleh ke Bob Yusof bawa lagu Siti Nurhaliza? Foto: Instagram
Apa kata anda? Boleh ke Bob bawa lagu diva negara dipuja seantero nusantara ini? Atau anda ada calon lain? - CARI |