CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6268|Reply: 12

Bisikan Hati

[Copy link]
Post time 8-11-2019 01:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by BRuby at 8-11-2019 02:11 PM


Chapter1

PERTEMUANITU ….. Hani Azlia vs Lelaki


Waktu-waktu begini, suasana dikawasan Sri Hartamas amat tenteram sekali. Pintu-pintu pagar tertutuprapat.Sesekali bunyi hon kecil penjual ikan memecah kesunyian. Di hadapanrumah, dua tiga orang perempuan sedang mengerumi lori tersebut. Isteri orangkah atau pembantu rumah? bisik Hani Azlia yang berdiri di tepi tingkap memerhati keluar. Sambil itu, dia memusingkan badannya ke kiri dan kanan untuk membetulkan urat sarafyang tegang akibat terlalu banyak membongkok. Isteri orang agaknya, kalau orang gaji, tak kanberani duduk sembang lama2.Bisiknya apabila dilihat perempuan itu mula mencari tempat duduk dan akhirnyaberlabuh di tembok longkang.


Hmm…asyik fikirkan pasal orang,kerja aku pula yang tak siap.Keluhnya. baru sahaja sekejap tadi dia selesai mengelap lantai di tingkat atas.Tanpa bersungut, gadis putih kuning itu mencapai baldi dan mop. Apalah punya nasib, baru 2 hari bekerja dah sakit pinggang! Selesai kerja itu, Azlia bergegas ke belakang pula. Di situ sebakul besar pakaian kotor telah sedia menanti. Mujurlah ada mesin pencuci, bukannya payah,tekan saja suis, bersihlah! Belum sempat dia berehat selepas menyidai kain, Arif, anak bungsu Puan Juwita dan Encik Kamal pulang dari mengaji dimadrasah. Bergegas pula Azlia menyediakan makanan, sebelum dia ke sekolah petang. Bukan susah sangat, nasi berlaukkan telur sahaja sudah memadai. Benar kata Puan Juwita, anak itu makan tanpa banyak kompelin itu dan ini.


Setelah Arif ke sekolah Azlia merebahkan badan ke sofa. Letihnya badan, tak usahlah cerita. Dia hendak berehat sebentar, sebelum menyediakan makanan tengahari. Tatkala itulah dia teringatkan Shima, kawannya dari kecil . Semuanya ini memang kerana Shima, kerana dialah, Azlia berada di rumah batu satu tingkat ini, bergelumang dengan kerja yang membosankan. Memang, Shima lah yang punya angkara. Tapi, mulut aku ni bukannya baik sangat, desis Azlia .Sedikit pun tidak pernah dia menduga yang kata-katanya boleh menjerut leher sendiri.


“Alah….kerja rumah tu bukannya susah mana! Aku tengok Mak Limah sambil pejam mata pun boleh buat kuih! Getus Azlia selepas Shima mengadu tentang susah senang bekerja di rumah orang.Kata-kata itu jugalah yang membuatkan Shima mencabarnya supaya melakukan kerja yang sama. Dan kerana sudah terlanjur bicara, dia terpaksa menanggung risikonya. Selama ini pun Shima mengenalnya sebagai gadis yang pantang dicabar.

“lagipun aku harus tunjukkan yang aku ni cakap serupa bikin,”.Azlia menanam keyakinan diri.


“ Ok Lia,cuti semester kali ni aku carikan kau kerja. Aku yakin, tak sampai seminggu, kau dah cabut lari. Iyalah…anak orang kaya, manalah pernah pegang periuk” sindir Shima. Dan kerana pertaruhan itu,cutis emesternya beraakhir di rumah ini. Sepatutnya aku sudah berada di Kota London sekarang, ikut mama dan papa melawat Kak Long Azrinanya yang baru saja melahirkan cahaya mata. Nasib baik mama dan papa tidak banyak menyoal tentang keengganannya untuk turut sama, sedangkan selama ini dialah yang paling kecoh bercerita tentang itu dan ini.


Lamunannya tersentak tatkala terdengar loceng pintu dibunyikan orang. Segera dia bangun dan bergegas ke pintu depan. Di luar pagar, dilihatnya ada seorang pemuda sedang berdiri mengarahkan mata ke rumah itu.Sebuah beg yang besar, tergolek di kakinya Orang menjual agaknya bisikAzlia. Sambil itu dia menyarung selipar lalu menghampiri pagar. Lelaki itu memerhati Azlia dengan penuh telilti.


“ Kalau awak jual ubat,maaflah.Saya tak ada masa ni.” Ujarnya. Pintu pagar yang dikunci tidak dibuka,malah kuncinya juga tidak dibawa bersama. Pemuda itu tersentak. Diatiba-tiba tersenyum sebelum menggeleng.


“ Ini rumah Kak Juwita kan?Abg Kamal?” soalnya


Azlia tidak segera menjawab.Pesanan Puan Juwita segera diingatnya, jangan lekas percaya pada orangyang tidak dikenali. Apalagi memberinya masuk. Manalah tahu kalau2 pencuri.


“ Saya adiknya, tolonglahbukakkan pintu,” kata lelaki itu dengan penuh yakin. Sesekali dia mengelappeluhnya. Adiknya?adik siapa?. Seingatnya Puan Juwita tidak pula meninggalkanapa2 pesanan. Kalau betul adiknya hendak datang,sudah tentu awal2 lagi dia diberitahu.


“ Maaflah saudara, kerja saya banyak,” kata Azlia cuba berlalu pergi

“ Saudari…nanti dulu.Saya tak bohong.Kak Juwita tu memang kakak saya.”Wajah lelaki itu ditenungnya dan daripada pandangannya lelaki itu sedikit pun tiada mirip2 Puan Juwita


“ Memanglah tak sama, dia perempuan,saya lelaki.” Bagaikan tahu apa yang bergolak dalam hati Azlia,lelaki itu bersuara. Melirik memandang Azlia .


“Alahh…sekarang ni, bukannya boleh percaya sangat. Musang pun boleh tunjuk muka baik , buaya pun boleh jadi alim ” balas Azlia selamba.

“ Betul..saya tak bohong.Kalau tak percaya, tengok kad pengenalan saya ni,” katanya. Pantas tangannya menyeluk saku. Tingkahnya itu meyebabkan Azlia segera berlari ke dalam. Dia bimbang jika pemuda itu mengeluarkan senjata berbahaya. Tanpa menghiraukan pemuda itu, Azlia mengunci pintu.Panggilan lelaki itu sedikit pun tidak dihiraukannya. Jika benarlah dia ada hubungan keluarga dengan majikannya,mengapa harus bertanya lagi?Takkan rumah kakak sendiri pun tak tahu!Huh , kelentong aku lah tu


Sambil memasak, Azlia tak lupa berulang-alik ke tingkap,mengintai pemuda itu.Masih ada rupanya dia!sedangmengesat peluh. Kasihan juga Azlia melihatnya, tapi dia takkan tunduk pada rasa kasihan. Bukankah rasa itu selalunya membawa padah. Azlia terus menyudahkank erjanya.Selesai memasak,jam sudah hampir 2.30 petang kejap lagi tentu Puan Juwita pulang. Serta merta Azlia teringatkan lelaki tadi. Ada lagikah?Seraya itu, pantas dia melompat bangun mengintai di tingkap. Hmm…lega!!lelaki tu dah tiada.


Deruman enjin kereta mula kedengaran. Bibirnya menguntum senyum,Azlia menarik nafas lega. Namun, kelegaanitu tidak kekal lama apabila dilihatnya dari balik birai tingkap  lelaki tadi keluar dari kereta majikannya. Dapat dilihatnya betapa mesra mereka berbual. Azlia tersentak. hatinya penuh debaran. Sebelum mereka melangkah masuk, cepat2 dia berlari ke dapur Rupanya-rupanya lelaki itu betul-betul ada hubungan keluarga dengan majikannya. “Alamak…camna ni? Matilah aku kali ni! Kerja baru tiga hari,kalau kena buang nanti??Aduhhh…” Sudah tentu sekejap lagi pasti Puan Juwita akan memanggil aku . Adoiiii ….

--------------------------------------------------- bersambung ------------------------------------------------------------------------



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2019 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa SPM dulu iols n squad berebut2 habiskan novel camni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2019 02:58 PM | Show all posts
KIM.K replied at 8-11-2019 02:13 PM
Masa SPM dulu iols n squad berebut2 habiskan novel camni

hehe.. ini cerpen pertama yang dibuat 14 tahun dulu... dulu join satu forum teratak, tapi dah tutup..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2019 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
BRuby replied at 8-11-2019 02:58 PM
hehe.. ini cerpen pertama yang dibuat 14 tahun dulu... dulu join satu forum teratak, tapi dah tutu ...

Ow iols pun Ada situ. Comel je u ni buh balik
Trratak famous dgn cerita abang yg kematian isteri bersalin anak sulung
Dia cerita pengorbanan dia besarkan anak 2 tahun sendiroan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2019 04:10 PM | Show all posts
Chapter 2

TIKA ITU … Hani Azlia vs Hakimi


“ Kau ke mana nii  Lia?Keluar pagi, senja baru balik,” Mak Limah membebel apabila dilihatnya Azlia tersandar keletihan.

“ Rumah kawan, belajar menari Mak Limah,” jawab Azlia acuh tak acuh. Semalam alas an itu juga dikemukakan, orang tua yang baik itu hanya mengerutkan muka.

“ Belajar menari apa, dari pagi sampai petang. ? Berhenti sajalah Lia. Mama kau tentu tak suka kau melompat terkinja2 tu. Kalau mama kau tahu, Mak Limah tak nak masuk campur” Beria-ia benar Mak Limah mengulangi nasihatnya semalam.Azlia hanya tersenyum

“ Bukan ke bagus kau masuk kelas memasak ke, tak pun kau masuk kelas agama, belajar hukum-hakam. Nak kahwin pun senang,,” katanya lagi

“ Mak Limah..Lia tahu..tapi kali ni ja Lia mintak tolong ya.Janganlah kasitahu mama. Habis Lia nanti kena marah. Bolehlah Mak Limah, sekali ni saja. Lia janji,” rayu Lia meminta simpati.Memujuk Mak Limah bukannya susah peluk saja tubuhnya, tayangkan muka kasihan, pasti dia berhenti meleter.

“ Iya…iyalah..dengan kau ni, tak terbuat dek aku,” rungut orang tua itu, bahu Azlia dipeluk mesra

“ Sudah..pergi naik atas, mandi..sembahyang jangan lupa, lepas tu turun makan,” Azlia hanya tersengih, di cium pipi orang tua itu sebelum berlalu kebiliknya.

Memang di antara anak2 perempuan Zuraidah dan Mokhtar, Cuma Azlia seorang yang rapat dengannya. Becok, mulutnya.ada saja yang hendak ditanya. Dia tidak seperti kak Long Azrina nya yang berminat dengan kerja-kerja dapur. Buku2 resepinya masih lagi ada di rumah ini. Walaupun kini dia berada di London mengikut suaminya. Nasib baiklah Abang Ngah nya Azwan tiada di sini,kalau tidak mahu pecah rumah ini dibuat mereka berdua


………………………………

Azlia memulas tombol pintu, ditutupnya dan perlahan menuju ke arah katil. Badan yang keletihan, mula merasa lega tatkala tubuhnya dilabuhkan di situ.Nikmatnya terasa. Hilang sedikit keresahan di hatinya.

“ Kalau tidak pandai menjawab, tentu rahsianya sudah bocor di tangan Mak Limah,” Azlia mengeluh.Keluhannya bukan disebabkan bebelan Mak Limah tapi mengeluh bila memikirkan kejadian petang tadi. Masih terbayang lagi di kotak fikirannya. Jelas…

……………………………….

“ Puan Juwita, Lia ….

“ Lia, bukan ke akak suruh Lia panggil akak je. Tak payah nak berpuan-puan,” pantas Puan Juwita memotong .

“ Kenapa Lia tak bukakan pintu tadi?kasihan adik akak, terpaksa berjemur,” kata Juwita bila melihat Lia masih terpaku di situ.

“ Lia tak tahu itu adik Kak Juwita.Lia ingatkan pencuri,”balas Lia sambil tangannya lincah membuka peti ais dan diambil ketulan ais untuk di buat air.

“ Pencuri?adik akak punya handsome kau kata pencuri?,” usik Juwita tertawa. Azlia hanya tersenyum pahit

“ Wah, gembira nampak, napa ita?.” Tiba-tiba sahaja suami Puan Juwita sudah tersembul di muka pintu.

“ Takda bang, Lia ni ha, dia ingat si Hakimi tu pencuri. Sebab tu lah dia tak bukakan pintu,” Encik Kamal hanya tersengih memandang isterinya. Azlia hanya tertunduk malu. Nasib baiklah, Puan Juwita ini seorang yang baik hati. Kalu tidak, beraya sakanlah si Misya!!

“ Dah la tu yang, abang dah lapar ni. Anak2 awak pun tengah lapar , tu siapkan nasi,” suruh Encik kamal. Azlia bergegas mengambil dulang dan mengisi minuman sejuk tadi untuk di bawa ke meja makan. Puan Juwita mengekor dengan mangkuk nasi di tangan.

“ Arif, Amylia .. mari makan.Ajak Uda sekali,” laung Puan Juwita sambil menarik kerusi. Azlia menuangkan nasi ke dalam pinggan. Dari ekoran matanya, dia melihat lelaki itu sudahpun menghampiri meja makan. Matanya merenung Azlia. Azlia tahu, lelaki itu masih marah. Tak berkedip2 memandang.

Adehh … dia ni, cungkil gak biji mata tu kang ! Jakun ke apa?. Azlia cuba berlagak selamba biarpun tenungan lelaki itu membuatkan hatinya tidak tentu hala .

“ Ida mana dah berhenti ke Long?” sesekali mata lelakinya mencuri pandang ke arah Azlia .

“ A’ah..dah nak kahwin pun. Lia ni pun kerja sementara je kat sini. Nak tampung yuran sekolah katanya,” ujar Puan Juwita sambil memperkenalkan Azlia kepada adiknya

“ Dia ni bakal je arkitek Lia . Sebelum dia mula kerja, akak suruh dia datang sini. Tapi Lia, jangan ambil hati sangat, perangai dia ni mengalahkan budak2. Apa dia buat yang Lia tak berkenan, Lia tegur saja,” pesan Puan Juwita

“ Ha.. yang kau ni pun satulah Uda, datang mengejut. Kata nak datang minggu depan, itu sebab Azlia tak tahu. Dia ingat kau ni pencuri !! “

Hakimi tersedak. Pencuri ?aikk..biar betul dia ni? Terdengar gelak ketawa memenuhi ruang makan. Terkulat2 Azlia. . Memandang ke arah lelaki itu, dia tidak berani. Tanpa memandang sesiapa, Azlia meminta diri ke dapur.

Adehh .. abislah aku kali ni ! getus Azlia sambil mengeluh. Dia yakin, pasti ada sesuatu yang akan berlaku..’perang’..perang antara dia dan adik majikannya…


………………………………


“ Ishh..siapa pula yang call malam2 ni?,” matanya baru saja terlayang apabila telefonnya, menyahut-nyahut supaya di angkat. Seketika terdengar empunya suara yang cukup Azlia kenali

“ Hello Lia..kau dah tidur ke?”

“ Iya..Misya..kau tahu tak dah kul bape ni yang oii? Esok aku kena bangun awal, kene kerja”

“ Sorrylah, aku bukannya apa, saja nak tanya khabar kau”

“ Aku baik , aku ingat lagi ‘pertaruhan’ kita. Aku boleh tahan lagi. Kau sediakan duit banyak2 untuk belanja aku nanti ya,” Azlia berkata perlahan .

Di hujung talian sana, Misya hanya tersenyum. Dia arif benar dengan perangai Azlia. Pantang dicabar. Walaupun mereka sering berselisih pendapat tapi bagi Misya Azlialah kawan baiknya yang dikenali sejak di bangku sekolah. Dan kerana perangai mereka yang suka mengusik itulah mengeratkan lagi perhubungan mereka, walaupun ianya nampak pelik di dengar.

“ Okeylah Lia kalau macam tu. Best of luck..Gud nite.”

“ Gud nite” Azlia tersenyum, namun bila memikirkan hal esok, debaran hatinya mula terasa. Hakimi, camna aku nak buat ya? Azlia termangu2, sehinggalah dirinya terbuai lena sekali lagi.

.................................................. bersambung...................................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-11-2019 03:52 PM | Show all posts
Chapter 3

DEBARAN APAKAH  INI ??


Azlia gelisah . Sejak kehadiran hakimi di rumah ini , semua kerjanya tidak menjadi . Ada saja yang tidak kena di mata lelaki itu. Daripada raut wajahnya, dia tahu dan pasti lelaki itu masih menyimpan dendam . Mengingatkan hal itu , Azlia semakin terseksa. Azlia mengeluh , nama saja bakal arkitek , tapi perangai macam budak-budak . Tak cukup mata memandang, mulut tuu pun sama nak bercakap .

“ Hei , cik kak , mengamuk ke ? dari luar boleh dengar bunyi pinggan mangkuk tu ! “ Azlia tersentak , Adoii, mahu kena sakit jantung dibuatnya . Dilihatnya Hakimi berpeluk tubuh memerhati dari muka pintu. Malas aku nak melayan . Azlia hanya mendiamkan diri. Sesudah mencuci , Azlia beralih pula untuk mengelap meja makan . Dari ekoran matanya , dia tahu Hakimi masih lagi berdiri di situ memandangnya . Eleh macamlah , aku takut !. Namun kata itu hanya diucapkan di dalam hati. Tidak berani untuk Azlia lontarkan.

“ Awak tepilah ! tak nampak ke saya nak mengelap ni ? “ Azlia merengus geram bila hakimi sudahpun berdiri betul di depannya , menghadang !

“ Ishhk dia nii !! tepilah ! “ Azlia hanya menunduk, tidak berani untuk memandang lelaki itu . Namun Hakimi masih tidak berganjak . Melihat keaadan itu, Azlia berundur sedikit ke belakang . Seketika Azlia memandang , niat ingin melempiaskan rasa amarah tidak dapat diluah bila matanya singgah di bibir lelaki itu yang tersenyum . Sepantas Azlia membuang pandang ke arah lain .

“ Ada pun suara , ingatkan dah bisu “ wajah nan ayu itu ditatapnya. Tergelak hati Hakimi, bila melihat reaksi Azlia yang sebegitu  Takutkah atau malu ? ! Azlia menjeling sekilas. Hakimi hanya tersenyum sinis lalu berlalu menuju ke ruang tamu . Arif yang berada di situ tidak menghiraukan apa yang berlaku . Matanya masih tertumpu ke arah televisyen.

Azlia geram sendiri . Apa lagilah orang tua ni mahu agaknya ? sedangkan aku sendiri sudah pun meminta maaf . Soal Azlia dalam hati . Muka je handsome , perangai … nauzubillah ! Kalau adik aku , dah lama aku tepuk2 mulutnya . Takper sabar Lia , sabar . Tinggal 2 bulan saja lagi . Aku yakin kau boleh ! Kata2 semangat yang meluap2 membangkitkan semula keyakinan yang mula hilang . Azlia tersenyum . Tersenyum untuk dirinya .


………………………………....................


Sudah hampir sebulan Azlia berulang-alik ke rumah ini . Sudah tidak banyak kesilapan yang dilakukan, memasak juga dia sudah tahu , walau tidak sehebat mana . Cuma yang menjadi masalahnya ialah Hakimi ! Mengadap mukanya saban hari mengundang rasa meluat yang tidak terhingga . Setiap kali bertembung , pasti ada perang mulut berlaku . Walaupun Hakimi adalah adik majikannya , namun Azlia tidak khuatir , kerana dia tahu Puan Juwita akan berlaku adil padanya .

“ Lia , esok pagi Lia pergi ke pasar boleh ? Akak ada out-station dengan Abg Kamal semalam . Tak sempat nak pergi . Nak harapkan si Hakimi tuu , manalah dia tahu “ pinta Puan Juwita sebaik saja Azlia sudah menyediakan mee teaw goring untuk sarapan pagi .

“ Pasar ? Lia bukannya tahu kak , nak beli apa “

“ Takpa , lagipun akak dah senaraikan barang2 yang hendak dibeli . Lia cuma cari je . Boleh Lia ? “ pinta Puan Juwaita sekali lagi . Matanya singgah di wajah Azlia . Memang semenjak bersua muka dengan gadis itu , hatinya begitu senang menerimanya . Ingin benar dia menjalinkan kemesraan yang lebih erat melebihi hubungan majikan dan pekerja . Sekilas matanya memandang ke arah adiknya yang sedang kusyuk membaca surat khabar . Tetapi dia tahu , bukan dia yang perlu membuat keputusan . Kalau macam ni lah sikap adiknya pada gadis ini , alamatnya berkurun lah mahu menjadinya !

“ Uda, nanti kau bawakan Lia ke pasar ye …  esok “  suruh Puan Juwita sebaik saja dilabuhkan punggungnya ke kerusi makan . Azlia tersentak . Di pandang nya Puan Juwita dengan seribu pertanyaan . Di kerling nya Hakimi , tetapi dia melihat lelaki ini masih tidak menunjukkan sebarang reaksi . Mengangguk tidak , menggelang pun tidak . Azlia resah .

“ Boleh ya uda , kau pakai kereta Along kat dalam garaj tu . Kunci nanti Along tinggalkan  “

“ Lia , nanti Hakimi temankan . Kesian budak2 ni tak berlauk pula nanti , “ Azlia hanya tersenyum, dengan mempunyai majikan yang sebaik ini , Azlia tidak mampu untuk menjawab tidak !

………………………………...............

Jam sudah pun menghampiri pukul 9.30 pagi  . Puan Juwita dan Encik Kamal sudahpun keluar bekerja . Begitu juga Arif dan Dina sudah pun pergi ke sekolah . Namun bayang lelaki ini , masih belum lagi kelihatan . Azlia resah , mundar mandir di dapur . Selalunya , tiap kali sarapan , lelaki ini sudahpun bersiap sedia bangun. Tapi , kenapa  kalibatnya tiada pula  pagi ini ? Tak bangun tidur lagi kah ? Tak kan dia dah lupa , aku kena pergi ke pasar hari ni ? Getus Azlia , namun soalan itu hanya berlegar di kepala  , kerana jawapan itu tidak ada pada dirinya !

Kaki Azlia sudah pun berdiri di muka pintu bilik  lelaki itu . Resah Azlia di buatnya . Berura-ura mahu meneruskan atau tidak . Apa nak takut , bukan aku yang suruh dia temankan aku . Kakak nya sendiri yang minta tolong . Bisik Azlia dalam hati . ,Dengan sedikit rasa debaran,  tangannya  perlahan mengetuk pintu . Tiada balasan. Azlia mengetuk kuat sedikit , namun buat seketika masih belum ada respon dari lelaki itu . Hai, tidur mati ke orang tua ni ? Getus Azlia . Tangannya cuba memulas tombol pintu . Tidak berkunci . Detik Azlia .

Saat pintu terbuka, Azlia cuba menjengukkan lehernya memandang katil di sudut kanan . Mencari sesusuk tubuh yang mungkin berlengkar di situ . Takut untuk melangkah masuk .Diketuk kuat buat sekian kali mengharapkan lelaki itu boleh tersedar . Ada ke tidak dia ni ?  Azlia berang , kesabaran betul lah dia ni !

“ Awak , awak “ Azlia memanggil . Seram pula rasa bila kakinya mahu melangkah masuk . Kalau mama tahu aku masuk bilik orang bujang , sudah tentu aku kena ‘fire’ . Saat kaki sudah melangkah setapak , tiba –tiba muncul tubuh lelaki ini di balik pintu. Mahu menjerit Azlia . Terkejut dengan kehadiran lelaki itu secara tiba2 . Apa dia buat di belakang pintu ni ? Kenapa aku panggil dia tak menyahut tadi ? Azlia geram !

“ Tak malu ke masuk bilik org bujang ni ? “ Berdesing telinga Azlia mendengar kata dari lelaki itu. Azlia cuba berundur sedikit ke belakang , bila lelaki ini cuba menghampiri. Kalau nak cakap, tak boleh jauh2 ke , bukannya aku pekak pun . Lain lah dia tuu ! desis Azlia .

“ Saya dah panggil , tapi awak yang tak menyahut , ingatkan tidur mati “ Dikerlingnya sekilas . Melihat senyuman tertukir  di bibir lelaki itu menambahkan lagi rasa geram di hati . Dengan hanya tubuhnya berbalut dengan singlet dan berseluar pendek paras lutut , makin segan pula Azlia untuk memandang

“ Saya tak dengar pun , lagipun nama saya bukan ‘awak ‘ “ Tersenyum Hakimi . Inilah peluang untuk mengusik gadis di depannya . Dari tadi dia sudah bersiap bangun . Malas pula hendak turun, bila anak buahnya memanggil untuk bersarapan pagi tadi . Kusyuk melayari internet , hingga dia terlupa masa sudahpun hampir ke pukul 10 pagi . Lebih2 lagi bila terdengar ketukan di pintu , barulah Hakimi tersedar .

“ Saya nak ke pasar ni “ Malas Azlia hendak melayan karenah lelaki yang seorang ini . Bukan kerana takut kalah , tapi memikirkan pesanan Puan Juwita agar membeli barang2 dapur hari ini  , jadi pesanan itu perlu Azlia segerakan dahulu .

“ Pergilah “ Pantas Azlia memandang . Pergilah ? Lupakah dia ?

“ Bukan ke semalam awak  ada cakap kat kakak awak , yang awak nak temankan saya pergi pasar ? “ Azlia cuba mengingatkan

“ Yer ke saya ada  cakap ? “ Hakimi cuba menahan gelak , terkulat2 gadis ini dilihat dari matanya . Azlia termangu . Memang pun semalam lelaki ini tidak mengatakan setuju . Tapi , kalau tidak mahu temankan , kenapa hanya berdiam bila di suruh semalam ?

“ Kalau camtu , saya pergi sendirilah “ Azlia berura mahu melangkah . Mengandaikan jam mungkin sudah pukul 10 pagi , Azlia malas mahu memanjangkan pertingkaian dengan lelaki itu . Lagipun , aku bukannya tidak tahu pasar tu di mana . Sesekali pernah juga menemankan Mak Limah bila membeli barang dapur lagipun senarai barang sudah ada , jadi  mudah sikit untuk membeli .

“ Tunggu kat bawah , saya bersiap “ Seketika Hakimi memberi arahan . Melihat keruhan di wajah gadis itu , tidak sampai pula hatinya untuk terus menyakat . Azlia tidak membalas , hanya kakinya sahaja berlalu melangkah . Pelik benar lelaki ini . desis Azlia . Tapi bagus juga dia nak temankan , takut juga sebenarnya pergi seorang . Azlia menguntum senyum .


..................................................... bersambung ...................................................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2019 02:18 PM | Show all posts
Cerita baru.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2019 04:26 PM | Show all posts
Chapter  4

DETIK DIA DI SISI …



Tinggal beberapa barang saja yang belum di beli . Sejak dari tadi mencari , akhirnya barulah selesai semuanya , penat pula dirasakan . Bila melihat lelaki yang berjalan di depannya , makin membuku pula rasa di hati .Bukan mahu menolong . Serupa saja sama ada dia teman atau tidak . Tengok ! Kita punya lah sarat membawa barang , dia boleh buat tak tahu ! Apalah nasib berjumpa dengan lelaki ini . gerutu Azlia .

“ Aduh “ Azlia mengaduh . Hampir terkeluar isi barang di beg plastik yang di pegangnya. Keadaan di pasar yang agak sesak dengan orang ramai, menyulitkan langkahan Azlia . Di tambah lagi dengan barang yang penuh di tangannya . Tidak mustahil badannya yang kecil molek itu akan berlanggar dengan sesiapa di situ .

“ Awak ni jalan pandang mana ? bagi sini beg tu !“ getus Hakimi dan menghampiri , cuba mengambil beg plastik di tangan Azlia . Namun Azlia menggeleng , berundur . Tidak mengharapkan bantuan dari lelaki itu .

“ Takpa , lagipun dah nak sampai pun dengan kereta “ Azlia memandang sekilas , tiba saja muncul rasa sayu di hati . Terasa dengan sikap lelaki ini . Salah kah kalau dia bercakap baik dengan aku ? desis Azlia . Perasaan sayu yang mula hadir di buang jauh2.  Dikemaskan tangannya memegang beg , takut sekiranya terjatuh . Hakimi tidak berganjak , hanya memandang seraut wajah itu . Timbul pula rasa bersalah di hati . Setiap kali dia cuba hampiri , setiap kali itu juga gadis ini cuba menjauhi . Takutkah dia dengan aku ?

Azlia mula mahu meneruskan langkahan . Cuba tidak menghiraukan pandangan lelaki itu . Saat dia menghampiri , terasa lengan tangannya dipegang . Tersentap Azlia , di pandang lelaki itu. Berkerut dahinya . Namun tiada reaksi di wajah lelaki itu . masih seperti tadi , pandangan yang sama .

“ Eh , kenapa awak nii ? “ Azlia memandang , segan bila diperlakukan seperti itu , lebih2 lagi di keadaan tempat yang bersesak ini . Azlia cuba menarik tangannya , namun dengan keadaan barang yang sarat, Azlia tidak mampu .

“ Kenapa awak degil ni ? Kan ke saya kata bagi beg tu ! ’ Tangan lelaki itu sudah pun menggapai beg di tangan kiri Azlia  . Malas pula mahu berebut beg , Azlia melepaskan genggaman nya . Nak sangat , ambik lah ! Tika beg sudah beralih tangan . Azlia memandang lagi . Berkerut . Di alihkan matanya ke arah lengan tangannya yang masih di genggaman lelaki itu

“ Kenapa ? “ Hakimi menyoal .

“ Tangan saya ni ! Awak nak beg , kan saya dah kasi . Tangan saya tuu kasi lah balik ! “ Azlia merengus geram . Pantang pula sekiranya lelaki ini cuba mengambil kesempatan . Lelaki ini hanya memandang . Lama . Dengar ke tidak dia ni ?

“ Awak “ sedikit kuat Azlia memanggil

“ Oo … ingatkan tangan saya tadi “Hakimi tersenyum memandang. Dilepaskan tangan Azlia dan berlalu meninggalkan gadis itu . Azlia yang mendengar , tersentak . Dengan rasa tidak puas hati bermukim di dada, Azlia meneruskan langkah . Dari kejauhan sudah ternampak kereta yang elok di parking di bawah pokok . Hakimi sudah pun mengeluarkan kunci kereta . Di buka bumper belakang untuk di masukkan barang2 yang dibeli . Tiada suara , yang kedengaran hanya bunyi deruman kereta yang berulang – alik .  Saat Azlia menghampiri pintu  kereta . Kedengaran ada suara yang memanggil .

“ Lia ….. wei, Lia

Di tika itu, ingin saja Azlia melarikan diri . Suara itu memang cukup di kenali nya . Mendengar  suara yang memanggil makin dekat dirasakan , Azlia tidak boleh mengelak .
Azlia berpusing memandang . Cuba tersenyum . Hakimi yang berada di situ, hanya memandang .

“ Lia , kau buat apa kat sini ? “ gadis itu menyoal . Sesekali matanya memandang ke arah
Hakimi . Di jenguk pula lehernya ke dalam kereta .

“ Wei , kau dengar tak ? “ gadis itu menjengilkan matanya .

“ Aku beli barang sikit “ Azlia tersenyum . Dengan rasa debaran di hati, dia berdoa agar gadis ini tidak berkata yang bukan2 . Di pandangnya Hakimi yang hanya berdiam di situ .

“ Hai , saya kawan Lia , Misya “ Misya memperkenalkan diri . Tangan di hulur , ada senyuman di bibir lelaki itu . Perlahan di sambut tangan Misya .

“ Saya Hakimi , adik kak Juwita “ Azlia memandang . Melihat riak wajah mereka berdua .Mengundang rasa tidak selesa di hati Azlia . Bukan cemburu , tapi risau seandainya kemesraan yang ditunjukkan oleh Misya akan membongkar identiti dirinya . Resah sekiranya Misya akan terlepas kata .

“ Wah , Lia patutlah kau boleh bertahan , ada pakwe handsome kat situ rupanya “ Misya mengusik . Hakimi yang mendengar hanya tersenyum . Banggalah tu , ada orang puji ! Azlia menjeling sekilas . Masakan aku boleh tidak tahu yang Kak Juwita ada adik lelaki . Terlepas pandang kah aku ? Kalau ada lelaki macam ini tinggal di rumah itu , aku pun sanggup kerja 24 jam . Desis Misya di dalam hati .

“ Ok tak kerja dia awak ?  Lia ni bukan biasa buat kerja semua tu , maklumlah anak orang kaya “ Misya mengerling .Terkejut Azlia di buatnya . Detik  yang paling ditakutkan sudah pun berlaku . Dengan pantas Azlia menukar bicara , ekoran melihat  Hakimi berkerut2 memandang .

“ Aku perlu balik lah Misya, tak masak lagi ni . Kita sembang lain kali lah ya “ Azlia mengarahkan Hakimi segera menghidupkan enjin kereta . Dengan tersenyum Misya hanya mengangguk . Azlia melabuhkan diri di kerusi depan , melambai Misya sebelum Hakimi memandu keluar meninggalkan tempat itu .

Suasana di sepanjang balik agak sunyi. Yang kedengaran hanya bunyi lagu yang berkumandang di dalam kereta. Lagu dari Syafinaz Ingin Bersamamu . Sesakali terdengar suara lelaki ini menyanyi . layan jugak orang tua ni lagu jwang , ingatkan stone cold ! Gumam Azlia sambil tesenyum . Sedetik Azlia  teringat dan berdoa . Berdoa agar lelaki di sebelahnya tidak menyoal apa tentang kata2 Misya sebentar tadi . Azlia tidak berani untuk memandang , hanya di buang pandangannya  di kiri jalan . Menghitung bila saatnya akan tiba di rumah .

“ Tadi kawan awak cakap , awak ni anak orang kaya . Orang kaya mana ? “ Hakimi bersuara , bila dari tadi dia melihat Azlia hanya membisu .Dikerling sekilas raut wajah disisinya  , namun masih tiada jawapan .Azlia yang mendengar , terkedu . Ingat lagi rupanya dia ! Saat itu, bermacam2 jawapan yang berlegar di fikiran Azlia . Berterus terang atau tidak ? Azlia termangu . Di tarik nafas panjang seketika .

“ Bukan , ayah saya jual kaya . Jadi tu yang dia cakap saya ni anak orang kaya “ Azlia menjawab . Mintak2 lah dia boleh terima jawapan aku ni , getus Azlia . Sesaat dua Azlia menunggu jika ada pertanyaan lagi dari lelaki itu . Tiada . Azlia menarik nafas lega . Sama ada lelaki ini  percaya atau tidak, terpulang ! Yang penting aku selamat kali ini . Azlia berbisik dalam hati . Ada senyuman di bibir hatinya !


-----------------------------bersambung--------------------------------------------

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-11-2019 04:25 PM | Show all posts
Chapter 5

ADA RASA DI HATI INI ? !


“ Kak Lia , tengok ni  “ Amylia memanggil dan melambaikan tangannya ke arah Azlia supaya datang menghampiri . Segera Azlia menutup air paip yang dibuka sebentar tadi untuk menyiram bunga di halaman rumah yang agak luas . Puan Juwita dan suaminya tiada ketika ini , menziarahi kenalan mereka yang baru saja menjalani pembedahan . Amylia dan Arif tidak di bawa sekali , dibiarkan tinggal bersama Uda mereka .

“ Kenapa Amy ? “ Azlia menghampiri . Sesekali matanya mencari kalibat Arif . Mana pula budak ni ? . getus Azlia .

“ Ni ha , tengok Kak Lia … cantik tak ? “ Amylia menunjuk ke arah  bunga yang elok berkembang di deretan pasu2 yang terletak di taman mini Puan Juwita .

“ Cantik “ Terkejut . Azlia menoleh empunya suara yang menjawab . Dikerling lelaki itu sekilas . Tiba2 saja muncul orang tua ni ! Tak bagi salam pula tuu . Desisnya geram .

“ Uda ni . Amy tanya pasal bunga lah “ tersenyum amylia memandang . Cuba mengusik Uda nya . Azlia yang mendengar baru tersedar , adakah jawapannya adalah untuk aku ?

“ Mana lah uda tahu , Amy nya soalan tak lengkap !“ Hakimi memandang . Senyuman di bibir lelaki itu masih menguntum . Apa maksudnya ? Betulkah aku yang dimaksudkan ? Ada secebis rasa yang hadir tika ini . Gurauan atau pujian ? Suasana sepi seketika , tidak berani Azlia untuk menduga. Hanya dibiarkan andaian itu di hatinya .

“ Kak Lia , Amy tolong kemas kat sini … Uda , tolong lah sekali “ Amylia sudah berlalu pergi . Diusia nya yang baru menginjak 15 tahun , mustahil jika dia tidak dapat menduga apa yang berlaku di depan matanya . Hampir saban hari Azlia di rumah itu , begitu juga dengan Udanya , mungkin ada sesuatu yang disorokkan oleh mereka berdua . Pandangan Udanya pada Azlia sudah boleh menjelaskan segalanya . Amylia tersenyum .

“ Cik bunga nak saya tolong apa2 tak ? “ Hakimi menanya , cuba mengalih perhatian Azlia yang seolah-olah tidak menyedari kehadiran nya di situ . Tiada reaksi dari gadis itu. Teruk sangat kah aku nii ? Hakimi termangu , masih menunggu .

“ Tak per lah wak , nanti kotor baju tuu , biar saya dan Amy je yang buat “ Azlia bersuara bila lelaki itu masih lagi tidak berganjak .Diambil semula getah paip yang disangkutnya di ambang pintu gate dan menghampiri pili air untuk menyambung siraman yang tergendala tadi . Lelaki itu mengekori . Saat Azlia cuba membuka pili air , tangan lelaki itu lebih pantas menghalang . Di tutupnya pili air itu terlebih dahulu dan tidak dialihkan tangannya .Azlia mendengus . Nak cari gaduh ke lelaki nii ?

“ Eh , awak nii kenapa ? “ Azlia geram . Geram dengan perlakuan lelaki itu yang dilihatnya seperti kebudak-budakan . Jarak yang agak dekat , menyukarkan Azlia untuk berganjak , lebih2 lagi keadaan yang agak licin membuatkan Azlia berhati2 untuk melangkah .

“ Biarlah saya tolong “

“ Takperlu , saya boleh buat “ Azlia menegaskan sekali lagi . Wajah lelaki didepannya dipandang . Segan pula jika adegan ini dilihat oleh anak2 Puan Juwita . Matanya mencari kalibat Arif . Tiada . Amylia pula sedang sibuk mencabut rumput di hujung laman . Dengarkah dia ? Azlia mengetap bibir .

“ Alih kan lah tangan tuu ! “ Makin hilang sabar pula melayan karenah lelaki ini .

“ Eh , nii tangan saya , biarlah dia kat situ “ Hakimi tersenyum , saat begini rasa syok pula menyakat . Lebih2 lagi melihat gadis di didepannya sudah bertukar warna wajahnya . Malu barangkali .

“ ok2  saya kasi awak tolong , tapi alihkan tangan tu dulu “ Azlia cuba memujuk . Hakimi menggelang . Tidak bersetuju dengan kata Azlia barangkali .

“ Tak , kasi dulu getah paip tuu “ Hakimi menjuihkan bibirnya ke arah getah paip yang masih berada di tangan Azlia . Azlia menjeling . Isshh .. macam budak2 !

“ Awak alihkan dulu , baru saya kasi . sungguh ! “ Azlia cuba membuat janji . Hakimi memandang . Antara percaya atau tidak . Hakimi tersenyum . Segera dilepaskan tangannya yang sedari tadi memegang pili air . Saat dilepaskan , Azlia segera membuka .

“ Tadi awak janji nak kasi “ Hakimi cuba berlari bila Azlia sudah mengarahkan muncung getah paip ke arahnya . Azlia ketawa melihat reaksi lelaki itu yang cuba mengelak dari terkena semburan air .

“ Memang saya janji nak kasi, tapi saya tak cakap nak kasi getah paip nii “ Azlia ketawa . Lepas . Hilang amarahnya , bila kali ini dapat mengenakan lelaki itu . Baju lelaki itu sudahpun basah . Arhh biarkan ! Azlia tersenyum puas .

“ Ok2 “ Hakimi mengangkat tangan tanda mengalah . Namun melihat Azlia yang masih lagi tertawakannnya , dia turut tersenyum .

“ Suka awak ya , dapat kena kan saya “ dipandang bajunya yang sudah lencun disembur air . Azlia masih lagi tertawa . Kalau lah Puan Juwita nampak apa yang aku buat pada adiknya , macam manalah reaksinya ya ?

“ Bak sini getah paip tuu “ seketika Hakimi bersuara dan cuba menghampiri . Azlia menjauhi dan menggeleng.

“ Awak berani lah dekat , saya sembur lagi nanti “  Azlia berura-ura dan menghalakan muncung getah ke arah Hakimi semula . Melihat wajah lelaki itu yang tersenyum sinis Azlia terkedu . Langkahan kaki lelaki itu masih cuba menghampiri . Tidak takutkah dia, tadi punyalah mengalah ! Setapa, dua tapak lelaki itu melangkah .

“ Awak ingat saya takut ke ? “ Azlia menyoal , sedangkan derap degupan jantungnya sudah laju ketika ini . Hakimi mengangkat bahu . Senyuman di wajah lelaki itu membuatkan Azlia berundur ke belakang . Kemas langkahan lelaki itu . Azlia tahu lelaki ini pasti akan cuba mendapatkan  apa yang dia mahu . Nak bagi ke tak ni ? Kalau aku bagi , dah tentu akhirnya dia yang memang .Kalau tak bagi ? Azlia mengumam di dalam hati memikirkan apa tindakan lelaki itu padanya !

“ Awak nak kasi atau tidak ? “ Hakimi menanya sekali lagi . Jarak semakin dekat dan jika di gerak laju sedikit pasti gadis ini sudah berada di rangkulannya .

“ Ok2 saya kasi ‘ Akhirnya Azlia bersetuju .  Hakimi yang mendengar tersenyum . Wah cepat mengalah pula dia ? Saat Hakimi sudah berdiri  betul didepan gadis itu , Azlia menyuakan getah . Pelik, kenapa tidak diambil ? Azlia memandang .

“ Nah lah “ Azlia menyua sekali lagi . Hakimi mendekati . Tak sampai ke tangan tuu ? Perlu ke datang sedekat ini ? Makin laju pula degupan hati yang Azlia rasakan . Tiba2 Azlia tersenyum . Hakimi yang memandang sedikit terkejut . Tadi cuak semacam , kenapa tiba2 boleh tersenyum ? Adakah ..

“ Rasakan “ Kali ini Azlia betul2 membuat seperti yang dikatakan . Getah paip di tangannya di sembur betul ke muka lelaki itu sebelum cuba berlari pergi . Hakimi terkejut , Tidak sangka Azlia boleh mengenakannya buat kali kedua . Namun dengan pantas dia menarik tangan gadis itu. Getah ditangan Azlia terlepas . Air percikan turut mengena bajunya  . Azlia cuba menarik tangannya semula, namun keadaan yang sedikit lecak , membuatkan badan Azlia hilang pertimbangan . Seketika Azlia sudah berada di rangkulan lelaki itu . Sepi ..

“ Awak “ Azlia cuba menolak tangan sasa lelaki itu yang melingkar di pinggangnya . Kurang selesa berkeadaan begitu . Renungan lelaki itu sudah mempu membuatkan Azlia terpana dan terkedu .

“ Awak lepaslah , jangan nak ambil kesempatan pada saya “ Azlia bersuara perlahan . Malu sekiranya dilihat Amylia dan Arif . Lebih2 lagi jika adegan ini dikhabarkan pada mama nya . Pasti tidak senang untuk berlama di rumah itu . Terbayang wajah Misya seketika!

“ Kata nak kasi ? “ Hakimi mengingatkan . wajah yang dekat dimatanya tika ini dipandang puas . Tidak terfikir untuk mengambil kesempatan ke atas gadis itu . Ada rasa lain di hatinya .

“ Saya dah kasi tadi, tapi awak yang tak ambil “ Azlia mendengus geram .

“ Saya tak nak yang itu “ Azlia menjengilkan matanya . Memikirkan maksud kata lelaki ini . Tangannya masih lagi menolak2 tangan yang melingkar di pinggangnya . Kuat nya dia ni ! Azlia getus geram .

“ Abis awak nak apa ? “ Sedikit kuat suara kedengaran . Dijeling Hakimi yang memandang . Korek biji mata tu kang !

“ Nak awak “ perlahan Hakimi bersuara . dekat di telinga Azlia . Azlia terkedu .

“Ehem2 .. apa yang Uda buat ni ? suara Amylia kedengaran . Serentak itu juga barulah tangan lelaki itu melepaskan rangkulan . Azlia tidak bersuara . terkejut dengan kehadiran Amylia secara tiba2 dan tersentak dengan kata2 Hakimi sebentar tadi .

“ Mana ada , kan ke Uda tolong Kak lia ni “ Reaksi lelaki itu yang tidak menunjukkan apa2 , menambahkan lagi resah dihati Azlia . Sesekali mata lelaki itu memandang . Amylia turut tersenyum .

“ Jom kak Lia “ Amylia sudah menarik tangan Azlia . Azlia hanya menurut langkahan kaki . Tidak dipandang wajah lelaki itu .

“ Uda , tolong kemas getah paip ni , kalau tak , amy ngadu kat mama “ Amylia menjuihkan bibirnya dan tersenyum . Hati Azlia mula berlagu . Adakah ianya akan memyanyikan lagu rindu? Azlia terkedu sekali lagi .


...................................................... bersambung..............................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2019 08:42 AM | Show all posts
Edited by BRuby at 28-11-2019 08:44 AM

Chapter 6

HATI INI KUBIARKAN DALAM RINDU


Hakimi mengeluh . Dia kembali duduk mengadap meja tulis . Radio kecil yang sebentar tadi ditutupnya , di buka semula. Lantas berkumandang lagu Dealova . Jika selalunya dia akan mengikut sama menyanyi, tapi kali ini dia lebih senang menghayati setiap bait lagu sambil memejamkan mata . Malam yang dingin menghangatkan lagi perasaan diri .

"aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh"

Ada cebisan rasa yang amat payah dimengertikan. Hakimi resah sendiri. Mengapa kali ini aku tewas dalam mengawal godaan rasa., sedangkan dulu aku tidak punyai masalah mengawalnya . Ahh Hakimi mengeluh lagi . Entah , sukar untuk mempercayai dia sudah pandai berbicara tentang kasih sayang sedangkan baginya perempuan hanya menyusahkan . Hakimi termenung lagi , sungguh dia tidak dapat membohongi dirinya sendiri. Ternyata ada rindu melingkari diri . Alangkah manisnya jika peristiwa petang tadi berulang kembali . Saat gadis itu di pelukannya , wajah nan ayu itu ditatapnya . Manis , walau gadis itu berulang kali cuba minta dilepaskan . Jelingan , amarah nya mengundang rasa lain di dalam hati . Jatuh cintakah aku ? Tidak !! Hakimi mengeluh buat kesekian kali ..

……………………………………..............

“ Lia , turun makan  “ Mak Limah memanggil bila sedari tadi Azlia hanya mendiamkan diri di dalam bilik .  Sejak peninggalan Mokhtar dan Zuraidah ke London , hanya Azlia saja yang menjadi penghuni tetap di rumah besar ini . Namun agak pelik pula bila Azlia sering sahaja hilang di waktu subuh hari dan pulang bila hampir senja . Takut pula di hati  jika anak gadis yang seorang ini terlibat dalam gejala yang tidak sihat . Resah yang bermukim di hati, di buang jauh2 bila kepercayaan terhadap gadis itu masih utuh .Dia tahu Azlia pandai menjaga diri .

“ Mak Limah  kejap lagi  Lia turun ye “ Azlia menyahut bila panggilan Mak Limah didengar sebaik sahaja dia melangkah keluar dari bilik air . Rambut yang basah di balutkan dengan tuala . Azlia melangkah menyandarkan diri dibirai katil . Peristiwa petang tadi mula terlintas di fikiran . Masih terasa lagi betapa hangatnya tubuh lelaki itu . Malu pula bila memikirkan . Hatinya tersenyum . Tapi , apakah maksud katanya ? Terngiang lagi kata2 yang terkeluar dari mulut lelaki itu .

“ Abis awak nak apa ? “

“ Nak awak “

Azlia mengeluh . Mengeluh bila lelaki itu seringkali menduganya dalam pelbagai kata dan tingkah . Bila memikirkan sikap lelaki itu yang sering mengundang kemarahannya , tiap itu juga Azlia mengetepikan perasaan yang cuba hadir dalam hatinya . Tidak ! Dia hanya bergurau denganku . Desis Azlia berulang kali .  Hanya bergurau. Tinggal sebulan sahaja lagi , kau perlu kuat Azlia . Gumamnya. Rindu yang mula hadir , dipujuk . Mungkin ini hanya mainan hati ! Ya Mungkin !! Perlahan Azlia melangkah turun ke bawah , tidak mahu Mak Limah memikirkan apa2 melihat dirinya yang lain seperti biasa . Bibir cuba mengukir senyuman . Seperti selalu .

……………………..................

“  Lia , pakwe handsome tuu apa khabar , Hakimi ? “  Misya tiba2  menyoal bila dari tadi seronok bercerita tentang percutiannya di pulau tioman bersama dengan family . Azlia yang mendengar tersentak . Dijauhkan sedikit dirinya dari radio yang perlahan kedengaran . Badannya di labuhkan di katil .

“ Entah “ Sepi seketika . Tiada suara kedengaran . Hati Azlia pasti mudah tersentuh bila lelaki itu sering dikaitkan dalam segala hal . Menyebut nama lelaki itu sudah mampu menyesakkan nafasnya .

“ Sorrylah kalau kau tak suka aku tanya pasal dia “ Misya bersuara bila menyedari Azlia seperti kurang selesa mendengar nama Hakimi . Mungkin ada sesuatu yang membuatkan Azlia berkelakuan seperti ini . Azlia yang dikenali cukup ceria orangnya , dan kadangkala susah untuk menunjukkan rasa hati . Pasti akan ditutupnya selagi mampu , walau kenyataan sudah ada di depan mata . Ternyata kali ini berlainan benar .

“ Eh bukanlah , takut tersedak lak dia nanti “ Azlia cuba berselindung . Misya yang mendengar tertawa.

“ Wah , ambil berat nampak “

“ Banyaklah , dah .. tutup case ! “ Azlia tertawa sekali . Berbual dengan Misya pasti ada saja yang mahu diusikkan .

“ Oklah , tutup case pasal dia hari nii .. kalau open case pasal Fahrul boleh ? “ Kali ini makin kuat gelak tawa dari Misya .

“ Fahrul ada call kau tak Lia ? “ Fahrul , lelaki yang dikenali Misya dan Azlia sejak di tingkatan satu lagi . Sudah hampir 7 tahun mereka berkawan , dan Azlia tahu lelaki itu ada meyimpan perasaan padanya .

“ Kenapa ?“ soalan Misya di balas dengan persoalan .

“ Kau tak mahu pertimbangkan dia ke ? “ Azlia berdiam, mengerti dengan maksud gadis itu . Perlukah diberi peluang , sedangkan rasa yang ada untuk lelaki itu hanya sekadar kawan . Berlainan pula rasa hatinya bila bersama dengan Hakimi . Azlia termangu . Arghh aku fikirkan dia lagi !

“ Entahlah Misya , aku pun tak tahu nak cakap apa, tapi dia dah tahu apa perasaan aku pada dia “ Perlahan Azlia bersuara . Misya turut berdiam . Fahrul yang dikenali amat baik pada pandangannya . Lelaki yang boleh bergantung harap , lebih2 lagi bila sudah bertahun mengenali , dia arif benar sikap Fahrul .

“ dan ? “

“ dan dia minta aku fikirkan lagi, mana tahu kalau perasaan aku tuu boleh bertukar jadi lain “  Azlia meneruskan kata .

“ Kenapa  , nak tunggu bertukar jadi hijau ke ? macam hulk ? “ Kali ini ketawa kedua gadis itu menggema . Hilang suasana sepi , bertukar pula menjadi riuh dengan tawa .

“ Sorrylah Lia , tak kisahlah mana2 , yang penting persahabatan kau dengan dia tak terjejas “ Namun masih ada tawa lagi yang keluar dari mulut gadis itu .

“ Aku faham “

“ Eh ok lah , nanti kita sambung  dan jangan lupa perjanjian kita tu “

“ Aku ingat , good night “

“ Eh lia , kejap aku nak tanya something ni ! “ Azlia mendengar , menanti butir bicara dari gadis itu .

“ Majikan kau tak tahu ke yang kau ni …  “

“Tak . Aku rasa tak perlu lah mereka tahu , lagipun perjanjian kita hanya setakat cuti semester saja , “ Pantas Azlia menjawab bila memahami apa yang cuba disampaikan oleh Misya .

“ Patutlah hari tuu kau semacam je  “ Misya cuba mengingatkan detik mereka bertembung di pasar suatu tika dulu . Azlia yang mendengar turut teringat detik itu . Betapa risaunya dia andai Misya terlepas kata .

“ ok, Lia good luck “ Sebaik talian dimatikan Azlia tersenyum . Direbahkan badannya ke katil . Fahrul , seketika bayangan wajah lelaki itu menjelma, sedetik berganti pula dengan wajah Hakimi . Arghhhh Azlia menekup kepala ke bantal ! Tak mahu !!


......................................................bersambung.................................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2019 08:45 AM | Show all posts

hehehe.. enjoy !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2019 02:24 PM | Show all posts
Chapter  7

SENDU DI HAT
I ..


Azlia meneruskan kerja . Tangannya lincah menyidai kain di ampaian belakang rumah . Arif sudah pun pergi ke sekolah . Hanya Amylia sahaja yang menunggu sesi persekolahan petang . Hakimi pula sedari tadi berada di dalam bilik  . Melihat reaksi lelaki itu yang biasa saja di meja makan awal pagi tadi , menguatkan lagi andaian Azlia bahawa lelaki itu hanya bergurau dengan katanya . Aku saja yang fikir bukan2 ! Bisik Azlia . Sesudah menyidai kain , beralih pula Azlia ke laman depan untuk menyapu .

“ Assalamualaikum “ serentak itu bunyi loceng rumah kedengaran . Kelihatan seorang gadis sedang berdiri di pintu gate . Azlia merapati .

“ waalaikumussalam yer cik “ Gadis itu tersenyum .

“ Hakimi ada ? “ Azlia memandang . Hakimi ? Dipandang gadis didepannya . Kawan dia kah ? kekasih ? Bagaimana dia tahu Hakimi ada di sini ? Mungkin kah gadis ini pernah datang ke rumah ini ? Sedaranya kah ? Bermacam persoalan yang timbul di fikiran Azlia tika itu . Resah yang mula bermukim dibuang jauh . Kenapa perlu aku risau . lelaki itu bukannya ada apa2 dengan aku ! getus Azlia .

“ Ada , sebentar  ya “ Penyapu yang dipegang sedari tadi disandarkan di tepi pasu. Dengan wajah yang sedikit termangu ,  Azlia masih lagi mengukirkan senyuman . Pintu gate di buka .

“ Haii .. saya erin “ tangan dihulurkan . Manis  , sesuai dengan nama nya . bisik Azlia

“ Azlia “ huluran tangan disambut .

“ Jemputlah masuk , nanti saya panggilkan dia “ Azlia berbahasa sebelum meninggalkan gadis itu di ruang tamu . Nampak macam gadis baik . Azlia terus melangkah menuju ke pintu bilik lelaki itu . Pintu diketuk .  Azlia menarik nafas terlebih dahulu . Seketika pintu bilik dibuka .

“ Ada orang nak jumpa awak kat bawah “ Tidak dipandang wajah lelaki itu. Terus berlalu bila Azlia yakin bahawa lelaki itu mendengar apa katanya . Hakimi  hanya berdiam . Ingin di tanya siapa . Namun melihat Azlia yang terus berlalu mematikan niatnya . Pandang pun tidak . Hakimi mengeluh

…………………………………….

Azlia mundar mandir di dapur . Air minuman sudah siap tersedia . Namun untuk membawa dan melangkah kaki ke depan Azlia seperti tidak mampu . Melihat kemesraan Hakimi melayan gadis itu menerbitkan satu rasa . Rasa yang paling cuba dijauhi Azlia . Cemburu kah aku ? Kenapa perlu cemburu ? Berkali-kali Azlia menanya dan tiap itu juga hatinya sayu .

“ Kak lia .. “ Amylia . Azlia berpaling .

“ Ye sayang “ Azlia tersenyum . Amylia yang memandang mengerutkan dahi . Pelik melihat kelakuan Azlia yang sedari tadi dilihat mundar-mandir di dapur .

“ Kenapa ? “

“ Tak da apa2  , jom tolong kak lia bawa kan kuih ke depan “ Azlia cuba menyelindungkan keresahan hatinya . Nasib baiklah Amylia ada , kalau tidak mesti lama aku duduk di dapur ni ! Amylia hanya menuruti . Suara yang sedang rancak berbual makin kuat kedengaran .Wajahnya cuba dimaniskan agar gadis didepannya tidak mengandai apa2 , lebih2 lagi pada lelaki itu . Hakimi .

“ Eh , tak perlulah susah2 “ Azlia mengerling sekilas . Tersenyum .

“ Tak .. jemputlah minum “ Azlia mempelawa . Dapat dilihat riak wajah gadis itu yang ceria di sisi Hakimi . Dari gerak tubuh gadis itu membuatkan Azlia terfikir , mereka pasti mempunyai hubungan yang istimewa. Amylia yang di sisi menggamitnya supaya duduk . Serba salah pula Azlia , memikirkan tidak elok perkerja sepertinya duduk di situ .

“ Eh duduklah Lia , sekejap . Bolehkan Kimi ? “  Manja nya . Hakimi tidak bersuara , hanya membalas senyuman . Sama seperti senyuman yang pernah diberikan pada nya pada lewat petang itu .

“ Lia dah lama kerja sini ?”

“ Tak juga “

“ Kimi tak cakap pun kak juwita ada ambil pembantu baru , boleh Erin datang belajar memasak “ gadis itu melirik memandang . Pernah juga sesekali dua dia berkunjung ke rumah ini , namun tidak pula dia terlihat Azlia . Selalunya hakimi akan memaklumkan  dahulu disebabkan kebiasaannya yang suka datang secara mengejut.

“ Perlu diberitahu ke ? Bukannya penting pun . Tempat lain pun boleh belajar memasak .“ Tersentak . Azlia memandang . Tidak penting ? adakah maksudnya kewujudan aku di rumah ini tidak penting ? Itukah yang dia anggap  ? Ada rasa sayu di hati Azlia .

“ Hei kimi ni.. ada pula cakap camtu  “ Ditamparnya peha Hakimi . Ada tawa di bibir lelaki itu . Tidak sedarkah yang hatiku tersinggung ? Azlia menunduk .

“ Yerlah Uda ni , kalau takda kak lia , tak makan tau Amy dengan Arif . Uda pun sekali tak makan “ Azlia cuba tersenyum . Tidak difikirkan lagi samaada senyumannya itu nampak ikhlas atau pun terpaksa.

“ Saya pergi dapur dulu lah ye , ada kerja sikit nak buat “ Azlia meminta diri . Tidak betah untuk berlama di situ . Takut hatinya  yang sayu menerbitkan air mata . Bergegas Azlia melangkah . Sesayup kedengaran suara Amylia memarahi Udanya . Di dapur  Azlia melabuhkan dirinya ke kerusi makan . Kenapa hati ini mudah sayu sejak akhir2 ini ? Azlia membungkam . Air mata yang mula terbit di seka . Kenapa aku perlu menangis ? Disekanya lagi . Hatinya menangis melihat sikap Hakimi dan seringkali airmatanya hampir menitik bila teringat peristiwa itu . Di ruang tamu , Hakimi mengeluh , tersedar dengan keterlanjurannya dan dia tahu di sana ada hati yang sedang menangis .


-----------------------------------------bersambung----------------------------------
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2021 09:08 AM | Show all posts
Kedengaran dari ruang tamu, sesi perbualan mereka disulami gelak tawa dan gurau senda.  Sesekali terdengar suara Amylia dalam perbualan itu.  Ternyata Amylia juga begitu mengenali gadis yang bernama Erin.  Sudah tentu satu keluarga ini sudah menganggap gadis ini sebahagian dari keluarga mereka.

Azlia meneruskan kerja hariannya seperti biasa.  Hatinya sayu.  

"Ah, apa guna aku nak bersedih-sedih?"  Dia bukan ada apa-apa kaitan dengan aku"  Bisik hati kecil Azlia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.068717 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list