CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7975|Reply: 34

'Tanda Jodoh Kuat?'- Pakar Psikiatri Bongkar Sains Di Sebalik Pasangan Seiras

[Copy link]
Post time 19-11-2019 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Adakah anda dan pasangan mempunyai wajah yang seiras? Atau pernahkan anda perasan semakin ramai pasangan berkahwin kelihatan hampir serupa?


Orang tua-tua kata, pasangan yang seiras mempunyai jodoh yang kuat. Walaupun kenyataan ini tidak dapat dipastikan kesahihannya, tetapi rupanya ada penerangan saintifik mengapa sesetengah pasangan kelihatan seiras.




Kredit foto: Carian Google





Baru-baru ini seorang pakas psikitari, Dr Ahmad Rostam Md Zain menulis perkongsian di Twitter mengenai kajian saintifik mengapa pasangan kelihatan seiras.


Berkaitan dengan pasangan yang baru berkahwin tetapi sudah kelihatan seiras, Dr. Ahmad menerangkan kecenderungan individu dan teori assertive untuk memilih mereka yang mempunyai ciri setara.


Kredit foto: Twitter





'Kajian yg dikeluarkan pada 2011 mendapati bahawa kita cenderung untuk memilih pasangan yang ada iras muka kita atau iras dengan ibu ayah kita sendiri'

'Teori 'assortative mating' pula menyimpulkan kita cenderung memilih orang yg mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yg setara'


Bagaimana pula dengan mereka yang tidak seiras pada awal perkahwinan tetapi semakin lama-semakin kelihatan sama?


Kredit foto:





'Pengalaman hidup menyebabkan mereka melalui turun naik emosi dan cabaran yang sama. Kedutan di muka juga boleh berlaku di tempat yang sama'

'Kajian Robert Zanjonc menunjukkan, lebih tinggi tahap kegembiraan dan kebahagian yang dialami oleh 1-1 pasangan, lebih iras mereka akan kelihatan'

'Sistem imun badan juga akan mula menjadi hampir sama setelah lama bersama jadi xhairanlah jika seorang sakit, yang 1 lagi juga bakal tidak sihat'


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter





Tidak hairanlah Dr. Ahmad membuat kesimpulan bahawa mereka yang semakin seiras mempunyai ikatan emosi yang selesa dan saling percaya kerana mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama.


Kredit foto: Twitter

Kredit foto: Twitter



Jadi nampaknya walaupun tidak secara langsung, nampaknya adalah kaitan di antara jodoh dengan wajah yang seiras.

Bagaimana pula dengan pasangan anda, seiras ke? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Semua gambar kat atas tu semua seiras sangat..hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Urm..belum kawin lagi..haha{:smile

Tp kajian tahun 2011..xde ke recent research?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
mungkin.. tapi jodoh ni kan ketentuan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan aku laki bini seiras.. pun ceraiiii
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
My mom muka Chinese, my dad muka benggali campur melayu. Taktau tang mana yg iras. Tapi dah 59 tahun kahwin. Cumanya both suka layan wrestling. Hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2019 11:49 AM | Show all posts
aku dan wife org kata seiras
tapi yg xtahan org yg x kenal ingat aku adik dan dia akak
tu yg malas nk trim janggut
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Gmbr2 atas tu ape yg seiras..x blh nk cam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 11:59 AM | Show all posts
aku terlalu cantik utk muka sama mcm dia..ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:02 PM | Show all posts
semua kat atas tu muda2. Tunggu masing2 dah tua, jodoh kekal ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Seiras semua cam adik beradik pulak
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Abe joe ngn kak ros pun ramai kata seiras. Tp jodoh xpanjang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ketentuan Allah. Jumpa berkenan mana nak memilih seiras ke tidak macam pilih baju di kedai.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Choiii.. tkkan mata jodoh aku lagi cantik dari mata aku? Aku tak setuju
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:03 PM | Show all posts
tak bestnye muka seiras dgn pasangan..macam date dgn diri sendiri tapi version laki/perempuan hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 02:40 PM | Show all posts
alaaaaa tanak laki muka mcm aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2019 03:10 PM | Show all posts
Dulu bfor kahwin...org ckp muka i dgn husband sama...

Tp sejak dah kahwin, dua2 makin membulat...hilang dah muka sama tu. Di lapisi oleh lemak2 sihat. haha
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kak nab nanaz, mawar bejoe tapi betula dia cakap kot  cenderung pilih yg sama dgn muka sendiri tapi bila dah kawen perangai clash, maklumla masa bercinta banyak yg difakekan  
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 03:58 PM | Show all posts
aku ada kawan muka laki bini sama sangat, mcm kembar seiras, namun jodoh tak panjang....berpisah jua
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2019 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanas dgn bella sama gils pon mau cirai..hoho
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.338418 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list