|
Seorang lelaki di Brazil cemburu apabila tunangnya memberi perhatian lebih kepada anak lelaki mereka hingga dia tergamak mengambil tindakan drastik dengan menembak mangsa di kepala.
Menurut Daily Mail, kejadian berlaku pada pagi Selasa di rumah mereka di Rio de Janeiro sebelum Patrick Azevedo Silva, 22, melarikan diri selepas menembak Maria Eduarda Lima, 17, ketika mangsa sedang memangku anaknya.
Kredit foto: Daily Mail
Suspek bagaimanapun dilaporkan berjaya ditangkap pada hari sama.
Bapa mangsa, José Roberto Lima, 38, berkata, anaknya sedang memangku anaknya ketika dia ditembak Silva.
Bapa saudara mangsa, Lucas Rodrigues, 26, memaklumkan, ibu mangsa menerima mesej daripada Maria pada malam sebelum kejadian.
Menerusi mesej itu, mangsa mendakwa Patrick bersenjata dan mengancam untuk membunuhnya.
Bimbang dengan keselamatan gadis itu, mereka bergegas ke rumahnya namun terlewat.
Maria ditemui dalam keadaan parah di samping anaknya berusia setahun yang menangis sebelum dikejarkan ke Hospital Negeri Alberto Torres.
Kredit foto: Daily Mail
Namun, mereka dimaklumkan doktor bahawa peluru tertanam di bahagian yang sukar menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan pembedahan dengan harapan keadaan mangsa bertambah baik.
Malangnya, gadis itu meninggal dunia keesokan harinya dan keluarganya memutuskan untuk mendermakan organnya sebelum dia dikebumikan.
Difahamkan, anak mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan kini di bawah jagaan datuk dan neneknya. - CARI |
|