CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17952|Reply: 140

'Mungkin Dia Tunggu Rupa Bayi Dulu' - Sumber Istana Dakwa Rihana Dua Kali Tolak

[Copy link]
Post time 26-11-2019 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Sumber istana hari ini memberitahu portal berita DailyMail UK bahawa model Russia, Rihana Oksana Petra, 27, yang enggan menjalankan ujian DNA seperti dikehendaki mantan suaminya, Sultan Muhammad V dan bukan sebaliknya.

Menurut sumber itu yang dikatakan rapat dengan Sultan, keengganan Rihana untuk menjalankan dua ujian DNA seperti diminta Baginda telah menyebabkan peguam Sultan mempersoalkan paterniti bayi tersebut yang kini berusia enam bulan.




Kredit foto: DailyMail



‘Mungkin Rihana ragu-ragu siapa bapa kandung bayi itu, sebab itu dia tunggu bagaimana rupanya sebelum membuat ujian DNA.

‘Penolakan Rihana menyebabkan keraguan di pihak Sultan,’ kata sumber istana tersebut.


Kredit foto: DailyMail




Bagaimanapun, Rihana menolak dakwaan sumber Istana tersebut dan menunjukkan bukti kepada DailyMail.




Kredit foto: DailyMail




Menurut Rihana, seminggu selepas kelahiran Ismail Leon, dia mengutus emel beserta gambar bayi kepada Sultan Kelantan dengan mesej peribadi yang ditunjukkan salinannya kepada DailyMail.




Kredit Foto: DailyMail




‘Ini beberapa gambar Leon, menyerupai kamu. Tetapi, kalau kamu masih ragu-ragu saya bersedia untuk membuat ujian DNA,’ tulisnya, sekali gus menyangkal dakwaan sumber Istana.




Kredit Foto: DailyMail



‘Anak lelaki kita lahir pada bulan Ramadan, jadi saya maafkan kamu dan berterima kasih kerana memberikan Leon dalam hidup saya.

‘Saya tidak tahu kenapa kamu tiba-tiba berubah, tetapi jika saya ada berbuat apa-apa kesalahaan, mohon maafkan saya.


Kredit Foto: DailyMail



‘Demi bayi kita, jangan hantar peguam untuk berunding, saya bukan musuh,’ sambung Rihana dalam emel bertarikh 28 Mei itu.


Nampaknya, Rihana berjaya mematahkan apapun dakwaan 'sumber istana' ini dengan bukti-bukti yang ditunjukkan kepada akhbar DailyMail. Lagipun, kini beliau secara terbuka menyatakan keinginannya untuk ujian DNA, jadi tunggu apa lagi? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2019 10:38 AM | Show all posts
iols hanya mampu gelak je kihkihkih

cc:  @de_ikea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2019 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung popcorn...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Yayyy pls dont ever stop Oks, give all that you haveeeeee , i support you i know you can do this
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
I cayo oks dalam hal ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
hiswife replied at 26-11-2019 11:12 AM
I cayo oks dalam hal ini

Makin lama makin i caya Oks, apa je sumber istana corner, Oks patahkan dgn bukti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2019 11:17 AM | Show all posts
bayar je lah kat dia... nak nafkah cerai tu...settled.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:20 AM | Show all posts
Halah halahhhh...

Ok gais, iolls nak niaga popcorn salted caramel ni sape nak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2019 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan ni blessing in disguise...kalau betina ni melayu, konpom dah dituduh derhaka, no media will give exposure etc.

Biarlah dia jadi satu pengajaran berharga buat any royal family yg cuba buat "wild" stuff, tanpa berfikir baik buruk kesannya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ngantuk la drama korang ni
Benda simple mcm sj nak drag mcm telenovela 200 episod
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:30 AM | Show all posts
HEKELEH, sekarang ni dia nak DNA test apsal istana menolak pula? Macam tak kesah kalau tu anak dia betul. Sejenis apa entah. Apapun, cara kau handle benda ni menunjuk intelek level budu jah. Dah jadi bahan bacaan tabloid luar negara. Bahan gelakan sedonia. Pfft
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:31 AM | Show all posts
sian baby tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:40 AM | Show all posts
masing2 menjawab..senang camni...be gentle,  ikut je kehendak exbini tu buat DNA..xperlu nak lari dari masalah & harapakan pihak istana je keluarkan statement..
sampai bila pn x settle kalau camni..buang skit ego tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:44 AM | Show all posts
Kesian pada anak yang tak bersalah. Sekiranya betul tu anak sultan, berdosa besar dia abaikan anak dia. Takat pikir nafsu ja tak kemana. Abis takhta segala terpaksa dilepaskan demi keinginan sementara. Kesian juga pd mantan isteri, tak kisah la siapa pun, terpaksa kejar bapak anak dia demi nak dapatkan nafkah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:45 AM | Show all posts
rasa nk jadi org tgh je..amik DNA diorg ni pastu urus sendiri.. main tolak2 ni wat pening je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2019 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kibodwatriuh replied at 26-11-2019 11:30 AM
HEKELEH, sekarang ni dia nak DNA test apsal istana menolak pula? Macam tak kesah kalau tu anak dia b ...

Skrg menolak dna sbb mcm nak balas dendam pada Oks saja

Apa salah dia? Kesianlah kat ex bini sampai minta maaf mcm tu tak tahu apa salah dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2019 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nora_29: Halah halahhhh...Ok gais, iolls nak niaga popcorn salted caramel ni sape nak?


Satu tempayan Kak Julie order nok. Krupkrap krupkrap aku dibuatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:57 AM | Show all posts
hidung Leon sebijik mcm sk
harap membesar tinggi dan helok mcm uncle belah Taganrog nya drpd ikut belah family apaknya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Rupa baby tu makin berubah pulak..dah ke arah bb kokesen dah..aku rasa oks pun tak pasti anak sapa sbb tu awal2 dulu tak didedahkn rupa bb tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2019 12:01 PM | Show all posts
Bila lah akan terbukti kebenaran..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.084523 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list