Seperti yang tular pada hari ini, kebanyakan pelajar sekarang ini seakan-akan ‘lemak’ dalam mencapai apa jua kejayaan mereka.
Sebelum ini, telah tular berita tentang soalan Matematik Tambahan SPM yang terlalu sukar sehingga membingungkan guru – guru dan menyebabkan pelajar – pelajar menangis keluar dari dewan.
Lalu, pelajar SPM 2019 membuat tuntutan markah lulus kertas Matematik Tambahan diturunkan kepada 5% dan 50% untuk peroleh A+. Petisyen itu sehingga kini sudah ditandatangani oleh lebih 30 ribu orang.
Belum pun selesai dengan petisyen Matematik Tambahan, terkini, satu petisyen menuntut perkara yang sama dibuat untuk subjek Sejarah pula. Tidak masuk akal, namun itulah yang dimohon oleh pihak yang tidak diketahui identitinya.
Petisyen-petisyen ini mendapat reaksi bercampur baur daripada netizen. Seorang pengguna Facebook menerusi entrinya menyifatkan bahawa generasi muda masa kini merupakan 'Generasi Lembik'.
Baca lanjut:
Wargamaya turut bersetuju dengan entri ini.
Kredit foto: FB Azaruddin Azman
Petisyen tuntutan markah untuk subjek Sejarah turut mengundang kekecewaan pada wargamaya di laman Twitter.
Petisyen ini mungkin isyarat satu reaksi balas pelajar yang tertekan dan memerlukan penelitian yang lebih telus berkenaan sistem pendidikan negara kita secara lebih menyeluruh.
Apapun adik-adik sekalian, setiap kejayaan yang dicapai itu memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan. SPM hanya permulaan. Perjalanan kamu semua masih panjang. Kejar mimpi, hadapi realiti. - CARI |