Idola para wanita dan juga artis, Neelofa baru-baru ini telah mengeluarkan produk terbaru, iaitu produk minuman susu pisang yang diberi nama 'Nilofa'.
Neelofa yang memang sudah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan dan memiliki barisan produk hijab di bawah jenamanya sendiri iaitu 'Naelofar' sudah dikenali ramai oleh rakyat Malaysia malah di luar negara!
Jika sebelum ini susu pisang sangat terkenal di Korea dan walaupun boleh didapati di Malaysia, Neelofa memulakan langkah baru memperkenalkan susu pisang jenamanya sendiri, malah harganya juga sangat berpatutan. Rasa lemak-lemak manis itu memang menjadi igauan.
Maka berbondong-bondonglah rakyat Malaysia terutamanya peminat Neelofa mendaftar untuk menjadi agen dan stokis susu pisang tersebut. Dikatakan susu pisang tersebut kaya dengan nutrien seperti
vitamin, dietary fibre, mineral. Selain itu, produk minuman ini juga dikatakan dapat
meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal selia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen serta mengurangkan masalah obesiti. Wah, banyaknya khasiat susu pisang Neelofa ni ya!
Namun, semalam kecoh pula di media sosial Twitter apabila seorang individu mengatakan produk Nilofa ini sebenarnya 'over claim'.
Eh pulak?
Rupanya, dalam senarai bahan pembuatan susu tersebut, sebenarnya satu biji pisang pun tak ada. Malah, kandungan gula dalam minuman tersebut juga sangat tinggi dan sangat
'contradict' dengan kelebihan khasiat susu tersebut.
Warga net mula menyedari malah ada yang sudah lama sedar mengenai tersebut tetapi menghiraukan isu tersebut kerana takut dikecam peminat Neelofa.
Rasanya, tak perlu
'over claim' sesuatu produk jika hanya sekadar untuk melariskan produk. Kalau dah artis jual, sudah pasti akan laku juga barang itu. Betul tak? -
CARI