View: 2705|Reply: 14
|
'Awas Ketika Pam Minyak' - Wanita Kongsi Detik Cemas Kereta Cuba Dimasuki Lelak
[Copy link]
|
|
Sejak kebelakangan ini, kes jenayah semakin menjadi-jadi. Jadi, tidak kira di mana anda berada, anda perlu sentiasa berhati-hati supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku kepada anda.
Membaca perkongsian seoraqng netizen di Facebook, nampaknya stesen minyak juga sudah tidak selamat. Menurut Sydnie Cheng, baru-baru ini kereta yang dinaikinya hamper dimasuki oleh seorang lelaki asing ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen. Kejadian dikatakan berlaku di Muar Johor.
Kredit foto: FB/WOB
Menurut Sydnie lagi, ketika itu suaminya yang memandu kenderaan baru sahaja selesai mengisi minyak dan masuk ke dalam tandas berdekatan manakala beliau duduk di bahagian penumpang.
'Tiba-tiba seorang lelaki meluru ke arah kereta kami dan cuba membuka pintu di sebelah pemandu, jadi saya cepat-cepat mengunci pintu dari dalam tetapi lelaki itu cuba membuka pintu secara kasar' terangnya.
Semasa lelaki itu cuba membuka pintu berkenaan, Sydnie cuba menghubungi telefon suaminya dan menarik perhatian beberapa orang awam yang sedang berada di premis itu.
'Saya buka cermin sediki dan menjerit ke arah seorang pemuda, saya meminta tolong dan menyuruhnya memanggil polis' kata Sydnie.
Nasib baik suaminya muncul seketika kemudian dan menegur lelaki asing tersebut.
'Saya cuma mahu start enjin' jawab lelaki asing itu, tersengih tanpa rasa bersalah.
Lelaki itu pergi hanya selepas beberapa orang awam mula mengerumuni kenderaan mereka.
Kredit foto: FB/Google
Sydnie yang sempat mengambil gambar lelaki asing itu bersyukur kerana suaminya muncul segera. Beliau juga mengingatkan orang ramai, terutamanya wanita supaya sentiasa mengunci pintu ketika mengisi minyak atau ke tandas.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Zaman sekarang ni nak kena berhati2 selalu terutama bila berada di tempat awam. Penjenayah ni akan bertindak bila ada yang leka seketika. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi janganlah amik mudah, time keluar keta nak isi minyak. Siap-siaplah kunci keta. |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur akak ni cepat bertindak. Pelik ya tak ditangkap. Mungkin sebab tak ada bukti atau saksi yang ingin membantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bila siapa2 keluar dari kereta je iols automatik kunci pintu. Sebab tau bahaya. Bila2 je orang boleh masuk bawak lari kereta huhu. Tapi iols geram family iols tak buat macam tu. Susah nak ingatkan. Kang apa2 jadi baru menyesal |
|
|
|
|
|
|
|
pam la sedas dua muka dia
nak start enjin kereta org jadaaahhhhh nya
esok2 org lain pulak dia try |
|
|
|
|
|
|
|
ke die nk tlg alihkn kt tmpt parking..rmai yg beratur kot..husnuzon sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menakutkan, banyak kes jenayah berlaku di stesen minyak so kalau tinggal dalam kereta sila kunci pintu segera |
|
|
|
|
|
|
|
pokaibanktokyo replied at 29-11-2019 12:15 PM
Kenapa tak tangkap
orang sumer kat situ terus bengong bila warga asing tu sengih kat drng. |
|
|
|
|
|
|
|
omg teruknye keselamatan kita sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak tangkap?
Kenapa tak bagi sebijik ke muka, luku kepala ke?
Sebab kita yg baca di sini, tahu apa yg dah berlaku.
Kalau kita di stesen tu, kita jugak akan ambil masa proses apa yg berlaku antara dua strangers.
Diorg ni kenapa, kenal ke?
Yg jantan ni nak start kereta ni, yg dlm kereta suruh start ke guane?
Ke yg dlm kereta tu yg pemasalah? Kejap nak tengok siapa tu.
Dlm tengah nak susun puzzle ni lah, yg ambil masa tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku isi minyak mmg lock pintu dr dulu lg |
|
|
|
|
|
|
|
Kereta tu tinted jadi bangla ni xtahu ada nyonya dalam kereta. |
|
|
|
|
|
|
| |
|