Zarul Umbrella antara penyanyi Gegar Vaganza yang laris di pasaran.
Bekas pramugara ini akhirnya mendedahkan gaji yang diperolehinya ketika bekerja di syarikat penerbangan ternama tanah air. Ramai BBNU yang suka kerana mendapat ilmu baru, tapi anehnya ada pula yang marah-marah, kenapa?
Menurut Zarul, informasi ini bukan rahsia kerana ia diambil dari laman sesawang Flygosh.com sebagai rujukan. Sementara pengalamannya pula dijadikan sandaran untuk penjelasan lebih lanjut.
Kredit foto:
"Basic salary Malaysia Airlines ialah RM1,200. Macam saya dulu basic masa training dalam RM700. Sampai 16 tahun saya berhenti, basic saya RM3,300."
Zarul juga menjelaskan kru penerbangan ada elaun produktiviti yang mengikut pangkat antara RM20-23 sejam. Ada juga elaun pengangkutan, pergigian, elaun 'night stopper'.
"Kalau nak banyak, kena banyak 'fly' la. Macamana nak dapat banyak, itu atas rezeki sebab jadual tu pihak pengurusan yang buat."
Zarul turut berkongsi gaji pokok pramugara dan pramugari di Air Asia X yang lebih rendah dari MAS iaitu RM1,000 sebulan hingga membuatkan ramai yang baru tahu.
Ig
Bagaimanapun tidak semua yang menyukai perkongsian ini. Ada warganet yang melabelkan Zarul sebagai menunjuk-nunjuk hingga bab gaji pun nak berkongsi. Kritikannya itu membuatkan Zarul 'pin-post' komennya itu.
Namun, ramai yang mempertahankan perkongsian Zarul itu. Ianya adalah fakta dan Zarul cuma memperjelaskan lagi dalam konteks yang mudah difahami. Jadi, mengapa perlu dengki?
Ig
Terima kasih Zarul dengan perkongsian ini kerana bab gaji ini memang boleh buat gaduh sebenarnya. - CARI
|