Siapa yang tidak mengenali Datuk Seri Vida, usahawan kosmetik terkenal tanah air serta anak-anaknya, Cik B dan Kacak.
Kredit foto: Contenmedia
Kalau kita tengok mereka sekeluarga di media sosial, sentiasa kelihatan gembira kan? Selain kisah tragis kematian dua adik-beradik beliau dalam kebakaran beberapa tahun dahulu, rupa-rupanya ada lagi kisah hitam yang ditempuh sebelum ni.
Kredit foto: Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, adiknya Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin
serta seorang pekerja meninggal dunia akibat nahas kebakaran di rumah mereka pada tahun 2013
Perkara ini dikongsi Cik B menerusi laman Twitternya.
Cik B menceritakan bahawa semasa kecil dia pernah dipukul dan didera pembantu rumahnya serta kisah gelap bapa kandungnya.
Ayah pernah nak bakar rumah kerana tidak diberi duit oleh Datuk Seri Vida.
Cik B pernah dilarikan semasa kecil.
Sehingga kini, ayah kandungnya masih meminta duit daripada ibunya. Terbalik pula. Sepatutnya, bekas suami memberi nafkah pada anak-anaknya, kan?
Pembantu rumah pula pilih kasih dan memukulnya dengan buluh, tapi beliau memilih untuk merahsiakan perkara tersebut kerana kasihan jika pembantu rumah dimarahi ibunya.
Hal tersebut akhirnya terbongkar apabila ibunya melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Usai pembantu rumah itu terciduk, beliau telah diberhentikan.
Bebenang ini dikongsikan lebih 10,000 kali serta mengundang pelbagai reaksi warga maya. Kebanyakannya memberi kata semangat buat Cik B.
Setiap orang ada kisah silam sama ada pahit atau manis. Semoga setiap peristiwa lalu yang jadi pada kita boleh dijadikan kekuatan untuk menghadapi hari mendatang.
Selamat maju jaya Cik B! - CARI |