View: 2739|Reply: 9
|
Lelaki Calarkan BMW Sebab Bapa Lambat Hadiahkan Kereta
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki bertindak kebudak-budakan apabila dia mencalarkan sebuah model baru BMW di sebuah bilik pameran syarikat itu di Jiangxi, Shangrao.
Menurut Shanghaiist, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki berusia 22 tahun mencalarkan pintu belakang sebuah kereta berwarna biru menggunakan kunci.
Tindakannya itu meninggalkan kesan calar yang panjang pada pintu kereta berkenaan.
Kredit foto: Shanghaiist
Apabila disoal staf, lelaki itu selamba menjawab dia sengaja melakukannya dan sudah merancang untuk membeli kereta berkenaan.
Sebaik polis tiba, lelaki itu mendakwa bapanya sudah berjanji ingin menghadiahkannya sebuah kereta sebagai ganjaran kerana lulus ujian memandu dan mendapatkan lesen.
Katanya, bapanya terlalu lambat membelikannya kereta menyebabkannya mencalarkan BMW berkenaan.
Terbiasa hidup senang dan dilimpahi kemewahan membuat dia bertindak seperti anak manja yang kehendaknya harus dituruti. Namun, tindakan tidak matang itu menyebabkan dia ditahan polis.
Tidak pasti sama ada bapanya membeli kereta terbabit selepas kejadian atau tidak. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
memang aku agak dah, dari tanah besar komunis |
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak bangga...saya dan saya pasti ramai kawan2 kat sini dah kereja buat loan baru ada kereta sendighi...tak main la mak pak beli...budak2 la ni...mak pak belikan motor belikan kegheta...bila pi kereja kena maki sikit sbb disiplin teruk teghuih beghubah muka...bowdow generasi2 la ni..haghap generasi seteruihnya lebih kuat dan kentai....dan tidak menjadi penduboq lgbt haramjada...wakakakakakakakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju. semua benda nak kena suap. dan sanggup melanggar adab sopan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab dah biasa dimanjakan dan tahu bapak dia mampu bayar jadi tak hairan ada yang perangai macam ni. Kalau kesana boleh nampak anak si kaya ni pandu segala kereta paling mahal sana sini merambu dengan kengkawan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Ish ish meolls kalau papa belikan kereta meolls terus cuci kereta tu... walaupun firsthand baru kluar kedai {:kill{:kill |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai manusia semalin hari semakin pelik kan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|