Menerusi sedutan video yang dimuat naik oleh laman Instagram MeleTOP itu, pelakon wanita berkenaan nyata
tidak dapat menahan kesedihan dan mengalirkan air mata semasa pengumuman itu dibuat.
"Saya dengan berat hati akan meninggalkan rancangan MeleTOP dan ini menjadi bulan terakhir saya.
"MeleTOP telah banyak mendidik saya dan kerjaya seni saya membesar bersama rancangan ini. Ia ibaratnya sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya," katanya sebak.
Nabil juga kelihatan terkesima dengan pengumuman itu dan cuba berseloroh mengenainya. Tetapi nampaknya dia juga seperti terkejut dengan berita tersebut.
Kredit foto: IG
Pengumuman itu sekali gus menjawab spekulasi ramai selepas terdengar desas-desus sebelum ini mengatakan bahawa Neelofa bakal menarik diri selepas tujuh tahun bersama rancangan itu.
Kebanyakan peminat nampaknya begitu kecewa dengan penarikan diri Neelofa ini dan turut tertanya-tanya siapakah yang akan menggantikan tempat kosong tersebut di samping Nabil Ahmad.
Sedihnya Lofa!
-CARI