Sebelum ini kecoh apabila Da'i Farhan telah bertindak menikahi seorang ibu tunggal anak lapan sebagai isteri keduanya tanpa pengetahuan isteri pertama. Isteri pertama penceramah bebas tersebut mengakui telah redha dalam hiba kerana terpaksa menerima pernikahan kedua suaminya itu.
Namun, semalam kecoh di media sosial apabila seorang peguam terkenal,
Asiah Abd Jalil mendedahkan kepada umum di Facebook bahawa Da'i Farhan telah melakukan sesuatu di luar jangkaan akal normal.
Menurut peguam tersebut, isteri pertama Da'i Farhan telah selamat diceraikan melalui
voice note menerusi aplikasi Whatsapp. Memberi alasan Fatin telah nusyuz dan memfitnah suami. Menurutnya lagi, Da'i Farhan kini sedang berada di China bersama isteri keduanya.
Malah, satu laporan polis juga telah dibuat oleh keluarga Fatin sendiri yang mendakwa Farhan telah memukul bekas isteri dan juga mengurungnya.
Walau bagaimanapun, hasil tinjauan di laman sosial kedua-duanya tidak memuat naik sebarang perkembangan terbaru mengenai status perkahwinan masing-masing.
Untuk rekod, Farhan yang sebelum ini mengakui telah dilamar oleh 18 orang wanita namun terpaksa menolak sebelum memilih untuk menikahi wanita ke - 19 (isterinya kini) kerana auranya yang begitu
'masya-allah', telah dikritik hebat oleh netizen.
Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak. - CARI