Umum sedia maklum mengenai kisah rumah tangga Dai Farhan atau nama penuhnya Da'i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad yang berkahwin kali kedua dengan seorang janda anak lapan yang telah mencetuskan kontroversi hangat.
Rata-rata netizen mengecam tindakannya berkahwin lagi sedangkan isteri pertamanya sedang sarat hamil anak kedua mereka.
Terbaharu, Da'i Farhan dikhabarkan telah menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain menerusi pesanan suara aplikasi Whatsapps. Perkara ini didedahkan oleh Asiah Abd Jalil, seorang peguam dan juga aktivis wanita.
Berita mengejutkan ini mendapat pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya agak kecewa dengan tindakan Da'i Farhan menceraikan isteri pertamanya yang sarat mengandung dan kini menunggu hari untuk melahirkan anak kedua mereka.
Tidak terhenti di situ,tumpuan netizen pula beralih kepada luahan adik kepada Daie Farhan. Dia turut berasa kecewa dengan sikap abangnya sendiri. Dek kerana mempertahankan kakak iparnya beliau telah disekat oleh abangnya di media sosial.
Malah dalam hantaran tersebut, Nik Fatma turut memberikan bayangan seolah-olah mereka sekeluarga tidak merestui tindakan drastiknya menceraikan Fatin.
Dalam pada itu, Fatin sendiri telah membuat kenyataan di laman facebook beliau dan akan menyerahkan kepada pihak mahkamah mengenai kes penceraiannya.
Beliau juga meminta semua pihak tidak menghukum sewenangnya serta menjadikan kisah sedih beliau ini sebagai pengajaran.
Sebaik-baik penolong ialah kesabaran dan tidak ada satu ujian Allah tanpa didasari dengan KESABARAN. Semoga semuanya yang baik-baik sahaja untuk kamu Fatin. - CARI
|