"I love every bits of you and Iook forward to the years to come."
Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua buat pasangan serasi, Fattah Amin dan Fazura.
Ig
Ucapan manis penuh romantis itu didedikasikan Fazura kepada suaminya Fattah yang dipanggil 'husbaby' yang menerima segala keanehan, kemanjaan dan kerana menjadi suami yang terbaik untuknya.
Ig
Tulisan di Instagramnya disambut dengan komen tahniah oleh selebriti tempatan seperti Fasha Sandha, Erra Fazira, Nabila Huda dan lain-lain.
Sementara itu, Fattah sendiri memuatnaik video nyanyiannya di sebuah pentas berduet dengan isterinya dan mengucapkan terima kasih atas momen manis selama ini.
Ig
Tiada gosip panas kali ini, hanya sekadar ingin berkongsi momen bersemut pasangan ini dengan Forumner semua dengan ucapan, kita tunggu 'baby' Fatzura pula ya. - CARI
|