CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12534|Reply: 60

Ardell Aryana buka pusat laser bulu

[Copy link]
Post time 17-12-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
“Kalau Sudah Berkahwin Semua Itu Dibuat Untuk Kebaikan ..” - Ardell Aryana Buka Pusat Laser Bulu

Pelakon Ardell Aryana melebarkan lagi bidang perniagaan dengan membuka pusat laser bulu bersama sepupunya, Dr Por Yan Sheng.

Menerusi laporan Astro Awani, Ardell menyatakan ini merupakan cawangan ketiga selepas di Subang Jaya dan Midvalley.

“Ukhuwah saya dan pakcik (Dr Por) sudah terjalin sekian lama. Kami selama ini banyak berkongsi pemikiran dalam dunia perniagaan.

“Biarpun jarak usia kami dekat tapi saya bahasakan dia sebagai pakcik mengikut pangkat dan hormat. Banyak kali juga dia mengajak saya untuk bekerjasama. Namun rezeki hanya terjalin kali ini.

“Saya banyak melihat cara orang Cina berniaga menerusinya. Ia seperti satu perkongsian pintar yang kami jalinkan dalam perniagaan ini.

“Melihat kejayaan dua premis terdahulu diusahakannya, saya nekad untuk meneruskan kerjasama sulung ini. Ia merupakan cawangan ketiga yang dibuka di Publika, Solaris Duta Hartamas selepas di One City, Subang Jaya dan Midvalley,” kata Ardell.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Nadzmi Adhwa turut menekankan mengenai penjagaan kebersihan sebagai seorang wanita yang beragama Islam.

“Pada awalnya ketika saya berkongsi video atau gambar membuat laser buang bulu, ada yang bertanya bolehkah wanita Islam melakukannya.

“Saya sendiri meleraikan persoalan itu dengan bertanya ustaz dan mereka yang lebih pakar. Dalam Islam sendiri mementingkan kebersihan. Jadi tak salah untuk kita membuang bulu jika ia memudaratkan atau memberi masalah.

“Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat.

"Kalau sudah berkahwin, semua itu dibuat untuk kebaikan saat bersama suami. Perhatian utama di Hairy Mary pun lebih kepada menanggalkan bulu secara kekal dengan kesan efektif,” katanya lagi.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2019 11:36 AM | Show all posts

Ardell Nekad Buka Pusat Laser Bulu, Dah Minta Nasihat Ustaz

Siapa sangka pelakon Ardell Aryana akan membuka sebuah pusat laser bulu? Itulah yang diusahakannya bersama Dr Por Yan Sieng yang juga sepupunya untuk terjun ke bidang ini.


Foto: Instagram Ardell



Berdasarkan laporan Astro Awani, setakat ini mereka telah membuka tiga cawangan. Hubungan rapat bersama Dr Por telah membuahkan hasil dan mereka telah banyak berkongsi buah fikiran dalam perniagaan ini.


Dia menggelar Dr Por sebagai Pak Cik kerana begitu hormat dengan individu tersebut sungguhpun jarak usia mereka dekat.




  



Setelah melihat kejayaan melalui dua premis yang dibuka sebelum ini di Subang Jaya dan Midvalley, mereka nekad bekerjasama untuk membuka cawangan di Publika, Solaris Duta Hartamas pula.


Dia juga mengetahui sensitiviti bagi mereka yang beragama Islam dalam isu membuang bulu, malah telah mengambil langkah untuk meminta nasihat daripada golongan pakar terutamanya ustaz.




  



Tambahnya lagi, Islam sangat menitikberatkan kebersihan diri dan tidak salah jika mahu membuang bulu jika ia memberi kemudaratan pada diri.


Bagi mereka yang sudah berkahwin pula, ada baiknya menjaga kebersihan ketika bersama suami. Di Hairy Mary, kesan penanggalan bulu sangat efektif dan akan kekal hilang bulu tersebut.




  



Bagus Ardell, dalam diam tiba-tiba sudah ada perniagaan yang menjamin masa depan. Siapa yang berminat eloklah cuba dahulu pakej yang ada. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 11:42 AM | Show all posts
tahniah la,patut muka oriental
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 11:42 AM | Show all posts
Tambahnya lagi, Islam sangat menitikberatkan kebersihan diri dan tidak salah jika mahu membuang bulu jika ia memberi kemudaratan pada diri.


Pe mudaratnye?
Ce cite ce cite.

Yang pegi buat rawatan ni semua ade mudarat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejap kata semi permenant. Kejap kata hilang kekal. Which one?

Mesin apa yg digunakan?
Ada mesin yg tumbuh balik. Kalau tak betul setting.
Ada mesin 6 kali (6 bulan) dah nampak effect
Ada mesin 12 kali (12 bulan) kurang effective.
Method shoot laser pun kena betul.

Thats why nak tanya mesin apa?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 12:32 PM | Show all posts
bukan dedahkan aurat ke proses tu? ke cmana kira, jgn sebab nak biz, yg haram dihalalkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2019 12:32 PM | Show all posts
iols pun ada gak pegi buang gulus2 armpit ni haa, manjang jer brpeluh teruk.
guna mesin laser ni dpt memutih kan ketiak gak.. tang mana mudarat idok ler tau.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Of coz la kena petik ayat2 islamik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2019 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx replied at 17-12-2019 10:42 AM
Pe mudaratnye?
Ce cite ce cite.



Macam contoh jika di muka atau dahi kita ada bulu yang serabut atau tebal, ia sedikit sebanyak menyukarkan untuk kita sujud dengan betul ketika bersolat.


~~~~
Dapuck ape dia ckap ni? Tunggang ugama level apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah la.berita mcm ni la yg iols tunggu, bukan citer nak honeymoon, citer dah bersedia nak dpt anak.
btw, iols pernah try guna laser treatment buang bulu tiak kat musee platinum.best sgt bila tiak dh takde bulu kasar2, yg keluar skrg pun halus gile itu pun sikit sgt malu2 nak keluar.bole dikata hampir dah takde la.rasa bersih gitu. klu treatment klinik dia bagus, iols nak try la buat kat area lain mcm bikini line ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboii bulu lebat sampai susah nak sujud katanya...orang ke king kong ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 01:28 PM | Show all posts
hzln replied at 17-12-2019 01:21 PM
Amboii bulu lebat sampai susah nak sujud katanya...orang ke king kong ni

tu la aku pun pelik...apa kena mengena la bulu lebat dgn sujud
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 17-12-2019 01:21 PM
Amboii bulu lebat sampai susah nak sujud katanya...orang ke king kong ni

Tersembur teh ais aku baca komen ni.. hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 02:05 PM | Show all posts
Memudarat kan tu, in term kalau bulu lebat sangat.
Perempuan bulu banyak dah macam lelaki.

Nanti jadi malu, kurang keyakinan diri.
Tapi yg bulu yasyer2 tu, tak perlu kot buang
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 02:17 PM | Show all posts
hzln replied at 17-12-2019 01:21 PM
Amboii bulu lebat sampai susah nak sujud katanya...orang ke king kong ni

hahaha king kong katanya.. idok pulak aku prnh nengok seumur hidup dahi bulu selebat2 nya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 02:35 PM | Show all posts
slyfynx replied at 17-12-2019 11:42 AM
Pe mudaratnye?
Ce cite ce cite.

Pompuan banyak bulu lalu merasa low self esteem and lead to depression? Especially bulu tang muka. Yang berbulu lengan, kaki and belakang pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2019 02:38 PM | Show all posts
supermum replied at 17-12-2019 02:35 PM
Pompuan banyak bulu lalu merasa low self esteem and lead to depression? Especially bulu tang muka. ...

OK... hujah diterima.
But then yang dtg biase nye nk buang bulu dada, bulu ketiak and bulu kaki kan
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 17-12-2019 01:21 PM
Amboii bulu lebat sampai susah nak sujud katanya...orang ke king kong ni

Bahahhahhahaha..celaka ko pnye komen smpai aku tergelak besar dlm pantry office nih. Ahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 02:40 PM | Show all posts
slyfynx replied at 17-12-2019 02:38 PM
OK... hujah diterima.
But then yang dtg biase nye nk buang bulu dada, bulu ketiak and bulu kaki k ...

Malu laki tengok bulu ketiak and bulu kaki lebat uols. hahaha Nak cukur kang bekerak ketiak, nak cabut satu2, nampak pulak liang roma nanti. Cukur bulu kaki leceh. Guna cream, ada org allergik pulak (Macam aku). haha asalkan tak lepas batas aurat, on je. Kecuali laser bulu pepek. Itu memang haram sebab dedahkan aurat hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2019 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
hzln replied at 17-12-2019 01:21 PM
Amboii bulu lebat sampai susah nak sujud katanya...orang ke king kong ni

Kelakar gile your statement..tergelak I sorang sorang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54635 Replies : 23
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50627 Replies : 185
Ada Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,500 Dakwa Beli Honda City Sebagai Kesilapan Terbesar Dalam Hidup
YgBenarAda Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,50
Views : 72049 Replies : 64
Berita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan Tawar Khidmat Seks
borneBerita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan
Views : 24639 Replies : 52
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 33750 Replies : 652
Kedutaan A.S sangkal dakwaan Najib, makamah di sana tiada motif politik
maklukpenggodaKedutaan A.S sangkal dakwaan Najib, maka
Views : 6752 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 128089 Replies : 3337
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 285354 Replies : 8436
Sekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lelaki Kelantan yang mereka takkan ‘date’ atau menjalinkan hubungan cinta.
YgBenarSekumpulan Wanita Kongsi Tidak Mahu Lela
Views : 30431 Replies : 66

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 1.478249 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list