CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1127|Reply: 2

Sanggup Kelar Leher Tak Nak Ditangkap Polis

[Copy link]
Post time 17-12-2019 06:17 PM | Show all posts |Read mode
Enggan ditahan polis, lelaki nekad mengelar leher sendiri.


Memetik ProjekMM, kejadian berlaku di rumahnya di Bagan Jermal, Butterworth, jam 5 petang pada Sabtu lalu.


Difahamkan, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan polis ketika menunggang motosikal curi sebelum melarikan diri dan bersembunyi di dalam rumahnya di Flat Thamby Kecil.







"olis bertindak mengejar lelaki itu sehingga ke rumahnya sebelum memecahkan pintu jeriji besi rumah berkenaan.

"Suspek yang ketika itu sedang memegang pisau lipat bertindak mengelar lehernya di situ juga bagi mengelak ditahan. Dia kemudian dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor.


Suspek yang menerima 30 jahitan di leher itu kini dirawat di HSJ dan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Menurut laporan, suspek yang positif dadah itu memiliki 20 rekod lampau dan dikehendaki polis kerana terlibat dengan jenayah.


Hasil siasatan juga mendapati suspek memiliki rekod rawatan sakit jiwa di Pusat Rawatan Sakit Jiwa, Jalan Perak. Dia yang tidak bekerja kemudian dihantar semula ke pusat rawatan berkenaan untuk dirawat.

“Berdasarkan rawatan sakit jiwa sebelum ini, lelaki itu mengalami keadaan tersebut (sakit mental) berikutan pengaruh alkohol dan dadah yang keterlaluan serta mempunyai kebiasaan cuba membunuh diri apabila ditangkap polis,” katanya.


Tambah Noorzainy, suspek dipercayai terbabit sekurang-kurangnya 10 kes ragut di SPU dan Seberang Perai Tengah (SPT) sejak bulan lepas.


Polis bagaimanapun percaya dia turut terbabit jenayah lain kerana menunggang motosikal curi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2019 03:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Apalah nasib
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2019 10:20 AM | Show all posts
Edited by mdhelmi at 18-12-2019 10:22 AM

napela mesti dadah
dah xde benda lain nk layan ke?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051100 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list