|
Keutuhan ikatan sesebuah percintaan bukanlah diukur melalui tempoh pasangan itu bersama, namun diukur melalui kesefahaman dan sikap toleransi di antara satu sama lain. Namun bagaimana pula buat remaja yang masih baru bercinta, apakah cara untuk mereka menguji tahap ketelusan cinta pasangan?
Seorang gadis dengan nama Shanis (@ShanisShhya) telah berkongsikan cara unik untuk menguji kefahaman teman lelaki terhadap dirinya. Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh Shanis, dia telah menyediakan beberapa soalan seperti ujian peperiksaan namun kesemua soalan adalah berkaitan dengan dirinya. Unik betul!
Soalan yang disediakan oleh Shanis terbahagi kepada empat bahagian, dengan jumlah markah yang bernilai 100. Kertas soalan ini pula diberi nama 'Cara Nak Kenal Girlfriend Saya', memandangkan hampir semua soalan adalah berkenaan dirinya. Lain macam betul orang zaman sekarang bercinta!
Yang paling menarik perhatian, soalan di Bahagian D memerlukan teman lelakinya untuk menterjemahkan simbol-simbol unik kepada perkataan yang kemudiannya akan menjadi soalan.
Tweet Shanis ini mendapat kecaman warganet yang rata-ratanya beranggapan ujian ini agak keterlaluan dan 'cringe'. Namun dari sudut positifnya, tidak salah untuk kita bergurau senda bersama pasangan dengan cara yang unik. Akan tetapi, seeloknya perkara dalaman disimpan berdua sahaja tanpa dikongsi untuk tatapan khalayak ramai.
Korang ada cara unik untuk menguji pasangan? Kalau ada kongsikan pengalaman korang di ruangan komen! - CARI |
|